Pages

5/20/2025

Ke Jakarta lagi kita

Tahun ni, ni kali kedua aku ke JKT. Tujuan pergi kali ni sebab nak teman Didi ke acara tahunan dia, Jakarta Rugby 10's

15 Mei 2025

Flight kami petang pukul 6.35pm. Kami gerak dari Ipoh macam biasa naik bas Yoyo, jam 1130am. Minta tolong adik aku hantar ke Terminal Aman Jaya. Sampai je KLIA2 terus solat dulu then pergi makan Texas Chicken sementara nak tunggu boarding. Kalau berdua kami memang backpack je, takde check in luggage.

Boarding dah nak senja

First time board dekat gate L. Sendu sikit sini

Sampai JKT Alhamdulillah semua dipermudahkan smooth je proses sampai la ke pintu keluar. On the way nak keluar dah siap2 aktifkan e-sim. Ni aku beli dekat Shopee RM46 for two, 5 days 5gb. Alhamdulillah cukup sebab dalam hotel guna wifi.

Kami book grab melalui aplikasi grab ke Grand Thamrin Hotel. Tips ambil grab jangan guna agent kat sana, book sendiri guna apps 2x ganda lagi murah. Hari tu beria agent pujuk ambil grab dengan dorang, IDR 300k, tak payah tunggu dan all in. 

Aku tolak sebab yang aku book tu lagi murah and waiting time 10min je pun, aku bukan nak kejar apa pun. Aku cakap takpe, aku nak minum2 dulu. Lepas tu dia cakap harga dalam apps tu tak termasuk tol la parking la. Aku diamkan je sebab aku tau tol pun tak seberapa and hotel kami tu masuk tak payah bayar parking.

Sebab aku bijak dan firm, total bayar grab dari airport ke hotel just IDR185900 jehhh. Yeahh I winnn! Tapi ramai cakap bluebirds lagi murah tapi tu laaa aku tak dapat nak sign up apps dia. Sedeyy.


Gate 2F, kawasan menunggu Grab

Kali ni aku ambil hotel melalui apps airasia jugak yang flight + hotel tu. Bagi aku murah la, flights for two returns + hotel 3 malam = RM 1350.

Review Hotel Grand Thamrin

Staffs: semua baguss banget dehhh. Friendly and very2 helpful ⭐⭐⭐⭐⭐

Lokasi: Terbaikkk! Seberang jalan terus pintu masuk Grand Indonesiaa. Didi beberapa kali puji pilihan aku haha. ⭐⭐⭐⭐⭐ Didi dengan aku memang suka shopping mall. Lol

Pemandangan dari bilik. Seberang jalan je aku cakap, tu la korang tak percaya haha siapa tak percaya entah

Bilik: Ada lif. Bilik bersih, ruang selesa. Aircond lambat sejuk. Yang tak best air bilik air bertakung. Time sabun badan kena tutup air haha. Hari last aircond kami menitik air tapi nasib baik dah hari last and pekerja pun beria minta maaf. Sabun yang disediakan kecik gila so kami beli sabun and shampoo sendiri. ⭐⭐⭐

Deposit: IDR100k

Lepas letak beg kami terus turun cari dinner. Sepanjang kami kat sana setiap malam hujan tapi tak lebat, boleh redah. Kami pergi 1 lorong ni ada barisan kedai2 makan and pergi kedai yang paling bersih di mata kami haha. Kami order ayam penyet. Sedappp! Dua pinggan Ayam Penyet + Es Jeruk + Air Mineral = IDR65k

Kemudian ke Indomaret beli keropok wajib aku beli dengan beli aiskrim haha.

Keropok paling sedappp! Huaa teringat-ingat. 

Aiskrim Mochi paling sedappp!

Sedapp!


Kedai yang kami dinner malam tu ada dekat lorong ni, seberang dengan Plaza and Grand Indonesia

Dua kali kami makan dekat warong tepi jalan baru tau time kita makan akan ada orang datang nyanyi sambil main gitar. Suara semua sedap2 pulak tu. Sekali je bagi tips sebab sekali makan dekat 3-4 orang datang, parokkk lee haha

16 Mei 2025

Hari ni hari free kami. Memang saja free kan 1 hari sebab taknak jadi macam tahun lepas, datang jauh2 just untuk pergi stadium rugby. Mehh. Memang takde perancangan khusus, just nak jalan2 ke mall je hehe.

Pergi kali ni aku tukar duit IDR1,5juta, aku topup Wise dan aku pakai Touch n Go Visa kad. Wise dengan TnG Visa Kad dua2 exchange rate dia rendah tapi lagi untung TnG sebab dapat cash back. Hari tu aku beli barang kat Grand Indonesia dapar cashback RM20. Best kan? Sepanjang kat sana, kami memang tak langsung ke Tanah Abang or Thamrin City, memang ke mall je. 

Hari ni is a memorable day for me. Aku dah ada blog ni start tahun 2007 and ramai yang aku kenal dekat sini melalui alam maya, sorang pun aku tak pernah jumpa. Dulu nuffnag pernah jemput untukk hadir beberapa events dorang semua aku tolak sebab aku introverts haha. Kalau aku extroverts aku rasa aku dah popular macam Cik Epal dah sekarang haha minus the kontroversi lol.

Pergi Jakarta kali ni aku teringin nak jumpa Fanny, blogger yang menetap di Jakarta, aku kenal dekat sini. Suka sangat baca cara dia review satu2 tempat atau apa2 makanan, terus rasa nak pergi dan nak makan haha.

Sampai je JKT aku whtaspp dia, dia dah tinggalkan nombor whatspp dekat e-mel aku. Kebetulan Jumaat tu free kan terus ajak dia jumpa dekat Grand Indonesia kalau tak menyusahkan dia. Dia cakap boleh ajeee, jarak km dari rumah dia tak berapa jauh tapi sebab macet mungkin akan ambil masa sikit.

Terharu tauu dia sanggup tempuh jem semata nak jumpa blogger sendu macam aku ni haha. Fanny ni dulu belajar dekat Penang so dia dah biasa sangat dengan Malaysia dan orang Malaysia hehe.

Debar  nak jumpa orang yang kita tak pernah jumpa sebab aku kan introverts, takut awkward. Haha. Fanny ajak makan dekat Restoran Remboelan. Restoran mewah dekat sana tapi harga sangat berpatutan dan makanan sedappp.

Kami jumpa dalam pukul 12pm and selesai dalam 2pm. Sembang macam dah lama kenal walaupun ada waktu Fanny cakap aku tak berapa faham dan pandang Didi untuk dia translate kat aku hahaha. Tapi overall it was very nice to meet Fanny. Kecil je orangnya, lawaaaa dan ramahh. Macam2 topik kami sembang tapi last2 sembang bab politik Inonesia memang aku serahkan kat Didi je haha. Ada jugak dorang dua gelakkan aku disebabkan kebodohan geografi aku yang ketara pekatnya hahaha.

Thank you so much Fanny for the gifts. Love and appreciate it! 😘

Thank you too for the treat 💖

Buku menu pun grand kan?

We bid goodbye dengan harapan supaya persahabatan ini berkekalan dan we can meet each other again. Aku dengan Didi dan convince kan Fanny supaya datang bercuti dekat Ipoh haha. Aku dengan Didi dah siap bincang nak bawa Fanny ke mana kalau dia datang Ipoh nanti hehe Semoga Allah izin. 

Thank you so much Fanny belanja kami lunch dan bagi souvenirs 😍 

Lepas berpisah aku dengan Didi pun balik hotel sebab petang tu Didi ada training untuk tournament esoknya dekat Mangga 2. Kami naik grab ke sana. Sampai sana sempat la dorang warm up sebelum ada orang datang cakap tak boleh training dekat padang tu sebab padang rosak. Kalau nak lari kat tepi2 boleh. Dah tu kami bersurai je la, buat rugi duit grab je datang haha.

Malam tu kami ke GI lagi. Tu je la tempat kami pergi pun haha. Memula nak makan dekat Food Court tapi takde yang menarik perhatian. Ada 1 kedai crepes tu nampak menarik dah beratur sekali nak bayar tak boleh sebab dorang tak terima wise/kredit kad/ cash. Ada QR je tu pun bank Indonesia je boleh. Erghhh.

Kami dinner dekat Warong Lekor dengan kos IDR400k. Sedap makanan dekat situ. 



Oh dekat GI kami sempat beli perfumes 3 botol percuma 5 botol perfumes travel size. Wangiii cuma tak pasti tahan lama ke tak bau dia. 2 beli bau unisex, 1 beli bau maskulin untuk Didi. Total kerugian RM279.41 (guna TnG kad)

Ok la kan? Dapat 3 botol perfumes yang 1 botol = 100ml kot. Dapat free lagi. Berbaloi dengan bau. Harap tahan lama, boleh repeat nanti hehe. 



Paling sedap bau ORGSM tu

13 comments:

  1. Wahhh jumpa Fanny memang dia lawa dan kecik je orangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu la rezeki dapat jumpa dia kali ni. Memang manis je orangnya :)

      Delete
  2. Perjalanan yang sangat menyenangkan
    Wah kalau saya tahu, pastinya ikut kopdar nih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanya saya harus google kopdar itu apa haha.
      Maybe next time? ;)

      Delete
  3. Saya pun senaaaaaang bisa ketemu Nad dan Didi juga ☺️. Memang paling sukaaa kalo ada kesempatan meet up dengan teman2 bloggers, Indonesia ataupun Malaysia. Sebab saya tak pernah Datang kalo ada acara bloggers di sini. Jadi selalunya ketemu jika janjian dengan teman yang nak jumpa 😄

    Di sebrang GI itu memang banyak tempat makan murah, kalo pandai cari, dpt juga yg sedap2. Tapiiii saya jarang makan situ, Krn banyak pengamen 🤣🤣. Yg menyanyi2 tuh lah. Kalo cuma 1-2 oke fine. Pernah juga yg datang tak putus sampai saya selesai makan.

    Apalagi skr ini saya jarang bawa cash. Kecuali mereka bisa dibayar dengan qris tak apa 😂

    Tp kalo bagi mereka cukup 2rb saja pun oke sbnrnya. Cuma memang dah jarang bawa cash.

    Insyaallah THN depan yaa saya kesana. Betul2 jadi tertarik setelah nad KSH tahu tempat2 menarik di perak 😄👍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meet up seperti ini lebih senang dan akrab kan daripada gather di events yang bising, nak cakap pun kena jerit2 hehe

      Haha ya ada yang selagi tak bagi tips selagi itu tak berganjak tapi saya dengan Didi hanya keras membatu menikmati makanan haha. Tapi suara mereka semuanya enak2.

      Hehe we're gladly waiting for you here :)

      Delete
  4. Seronoknya la jumpa Fanny...akak ni blom sempat2 lagi nak ke Jakarta...plan selalu asyik x jadi..kena terjah terus la x yah plan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jangan fikir dalam2 sangat kak, book je tiket zasss pergii haha

      Delete
  5. Murahnya ayam penyet dan air tu. Saya kalau ke Indonesia car bebek goreng sebab kat Seremban susah betul nak jumpa, entah2 memang takde orang jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah kann? bebek tu itik kann? sedapp eh?

      Delete
    2. Kak, kalo nak coba bebek, try bebek Kaleyo. Rekomen sangat. Cabang banyak di mana2. Tp Minggu tutup. Ada banyak resto bebek, tp yg harga oke, enak, dan halal, bebek Kaleyo lah.

      Delete
  6. Touch & go boleh guna meluas kat sana ke macam mana?

    Yaa.. Fann tu lawa. Uncle berkali cakap dengan dia, dia sepatutnya jadi vlogger bukan blogger. 'Sab-se-kraiber' dia mesti juta-juta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TnG tu saya apply yang TnG visa kad uncle. So boleh guna kat mana2 yg boleh guna card transaction.

      Kan, lawa lembut jee orangnyaa. Betul, setuju! Petition for Fanny jadi vlogger hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!