Pages

6/10/2025

Niat nak makan Nasi Kerabu, rezekinya Maggi Tomyam

 Isnin lepas kan cuti, tengah hari tu makcik aku ada buat makan2 dekat rumah dia. Habis makan aku pun balik rumah aku, dekat je rumah dia dengan aku.

Sampai rumah aku nap kejap. Pukul 5pm kau tau Didi ajak ride pergi KL makan Nasi Kerabu. WTH haha tapi aku layankan ajeee. Padahal esok kerja ha. 

Kami pun gerak dengan gembiranya dalam pukul 5.30pm. Tengok google maps cakap sampai dalam 8.30pm gitu. Ok lah, dah whatsapp kedai siap2 and dia bukak walaupun public holiday, kedai pun tutup jam 11pm.

Perjalanan ke KL kalau naik kereta memang jem la, mujur kami naik motor. Sampai RnR Behrang Didi ajak berhenti minum air. Waktu pukul 7pm. Aku pun masuk Petron beli air mineral je pun. Minum kejap dalam 5minit then ready nak gerak.

Di sinilah drama bermula. Jeng jeng jenggg

Tetiba  motor tak boleh on! Padayappa. Memula ingat bateri remote habis, nasib baik Petron tu ada jual bateri bulat tu. Beli la then tukar bateri remote. Sekali tak bolehh jugakkk huaaaa.

Aku contact kawan aku orang sana tanya nombor pomen kot dia ada. Ada dia bagi tapi pomen tu tak boleh buat motor Didi, dia buat motor 250 ke bawah je. Dia bagi no kawan dia.

Kawan dia boleh buat tapi masalahnya kawannya tu bengkel dekat Selangor haha. Dia bagi arahan melalui call and whatsapp je. Sementara tu ada sorang kawan Didi hantar kawan pomen dia untuk tolong.

Ada jugak geng2 motor yang berhenti cuba nak tolong tapi tak mampu nak tolong haha. Jam 8.30pm masih takde harapan motor akan hidup.





Then Didi ikut sorang pomen ke kedai dia, belakang RnR tu, keluar lalu jalan tikus. Sementara tunggu Didi aku duduk dalam surau, tumpang caj telefon yang dah nazak.

9.30pm Didi call ajak ke workshop tu lepak sana, dia ambil aku guna motor pomen tu. Nasib sebelah workshop dia ada kedai burger, kami pun lepak la situ, bersembang dengan orang kampung. Didi order oblong, aku order maggi tomyam haha.  Nasi kerabu ke mana, apa ke mana haha.

Kedai yang kami lepak. Walaupun dorang cakap sesama dorang macam nak gaduh tapi semua baik2 hehe 

Tu la orang cakap, kita merancang Allah sebaik-baik perancang hehe. 

Dah memang tak boleh buat apa dah, kami decide nak towing motor balik Ipoh. Survey towing harga RM450-RM500. Parokkkk.

Kepada owner motor berkuasa tinggi, sila subscribe Bike Warrior kalau nak hidup aman, free towing 600km. Kami tak tau, ye la kami ni lone ranger, tak join geng2 motor so memang tak tau la wujudnya benda tu. Bike Warrior tu bawah insurance Allianz, dia tak macam insuranse kereta yang dah include. Kalau motor kena subscribe lain.

Berbalik kepada motor yang masih tersadai tu, pomen workshop try roger kawan dia yang ada Triton and pernah buat kerja towing motor ni, dia ambil RM250, murah la sikit. Kasii on! Walaupun Didi cuak sebab tak properly handle haha.

Apa2 pun Alhamdulillah semuanya selamat sampai Ipoh. Kami sampai dalam 1am, nasib baik ada kawan Didi tolong boleh terus hantar ke bengkel, kalau tak 1 hal pulak esok nak towing lain.

Balik ke rumah kawan Didi tolong hantar. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ini, jumpa ramai sangat orang yang baik. Betul la kalam Allah dalam Surah Al-Insyirah yang menceritakan tentang pengharapan dan kemudahan setelah kesusahan.

Perghh selama berblog ni, ni kali pertama aku quote Ayat Quran rasanya. Syabas Nadia, kipidap! Haha.

Kami sampai rumah dalam pukul 2pm then terus siap2 nak tidur. What a long journey. Esoknya kami dua ambil EL haha.

Disebabkan motor tu buat hal esoknya kami book motor baru. Danke! Hahahhahahah tak2, gurau je. Tapi kalau betul pun apa salahnya ek. Eh? Haha.

Bila pomen tengok motor Didi tu takde problem apa weh! Dia siap boleh start macam biasa. Ayoyo. Hikmah apakah yang Allah nak tunjuk ni? Aku syak ada problem dekat sistem. Itu masalah teknologi ni, short sikit je habis semua. Kan senang motor manual dulu, start guna kaki je haha.

Apa2 pun Alhamdulillah semuanya dah selesai.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!