”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/30/2010

cemburu buta

cemburu - perasaan iri hati bila melihat bf/gf/suami/isteri/tunang kita beramah mesra bertepuk tampar bergigit bahu dengan orang lain yang semestinya opposite jantina dengan dia..it's normal babe..bak kata Cyril Takayama bila aku cemburukan dia peluk perempuan lain time nak buat magic 'cemburu tandanya sayangg' sambil mengenyit mata, oh kacak! ;)

buta - cacat penglihatan, memakai spek mata hitam, berjalan menggunakan tongkat, kadang2 terlanggar tiang

bila dua word ni dicantumkan, tak ke worst jadinya?? cemburu buta bukan bermaksud orang buta cemburukan aweknya menolong kawannya yang juga buta menyeberang jalan..cemburu buta bermaksud manusia yang iri hati melihat pasangan menyapa orang lain even just nak tegur 'eh awak, wallet awak terjatuh'..manusia jenis ni kategori gelojoh mengikut kata hati tanpa sebarang istighfar dan tanpa memikir dua kali..

boleh gila layan manusia yang cemburu buta ni!! kalau boleh isteri dia kene kerja kat pejabat yang semua perempuan, kalau boleh suami dia pergi pejabat pun nak ikut hari2, kalo boleh handphone gf dia biar die pegang, kalau boleh fb bf dia tak boleh ada kawan perempuan langsung..gila apa!! kau ingat dunia aku ni ada kau je ke?? kau ingat aku lahir guna rahim kau ke??

aku betul2 tak into dengan orang blind jealousy ni..tak aman hidup!! balik lambat sikit kene maki hamun, agaknya dia ingat kereta boleh terbang apa..oh lupa nak bagitau, selalunya orang yang cemburu menkhinzir buta ni datang with package U all, cemburu buta + panas baran..good combination ever! heh

tiba2 aku nak merapu pasal benda ni sebab aku kesian kat 1 married woman ni..tak perlu tahu siapa..suami dia ada penyakit sawan cemburu buta and aku rasa suami die mental..perempuan ni kerja kat pejabat and suami dia takde kerja!! yeah clap! clap! clap!..its normal nowadays wife is the one who supports her husband life..oh aku bukan nak cerita issue ni, aku nak cerita pasal cemburu buta.. gila tak gila laki ni, isteri dia lambat balik dari kursus pun die boleh mengamuk serang isteri dia kat pejabat sampai kene panggil polis leraikan..kalau lambat sehari dua aku terima la, ni tak sampai 2 jam ok!! sah kene sunat lagi sekali bagi matang sikit..heh

da tu, siap serang rumah bapak mentua..ni da bukan kes cemburu buta, ni kes buta hati..kalau tak silap aku, perempuan tu dalam proses nak mintak cerai kot..siapa tahan noks hidup macam tu, nak senyum kat laki lain sikit pun tak boleh, karang ada yang makan penyepak..sebelum ni ramai yang cop perempuan ni perempuan sombong sebab tak pernah tegur orang..rupenya dia takut suami dia yang penganggur terhormat tu dapat tahu..da tahu cemburu, ko pergi la cari kerja mangkok!! kunci isteri dalam rumah tak payah bagi sape2 tengok..ni kerja malas, makan nak, isteri cari nafkah pergi serang2..otak bagi lembu makan agaknya!!

kalau aku pun tak tahan hidup dengan lelaki macam tu..bak lagu Fynn Jamal 'mana tahan angin cemburu buta'..yang penting dalam relation adalah TRUST..takde trust susah la, memang akan hancus berderai..prang pung pang pang *bunyi hancus berderai*..kalau takde kePERCAYAan, baik ko bercinta ngan kucing je la, boleh mengekor kau walaupun ke bilik air..heh

6/28/2010

rumah impian

semua orang pun mesti ada rumah impian kan?? elehhh aku pun ada jugak *nape ayat macam nak cari gaduh* =P..meh aku cerita ciri2 rumah impian aku..kot2 ade orang berminat nak sponsor ke..hehe..

aku tak suka rumah besar2 macam istana..kalau nanti anak aku sedozen and sampai mati duduk ngan aku tak pe jugak..ni nanti last2 tinggal berdua je, tak kan nak ajak ayam kambing iguana duduk sekali dalam rumah kot..so aku suka rumah yang simple and setingkat je..lagipun aku penakut malas naik tangga, kalau ada escalator takpe..haha..high demand pulak..

yang paling penting dalam rumah aku nanti ada bilik khas simpan aku punya novel2 and komik2..wah!! 2rak untuk aku..rak lain boleh kongsi ramai2, jiran nak tumpang simpan buku pun boleh..hehe..ala2 bilik membaca komik la, baca komik je eh? nak baca paper pergi kat ruang tamu..haha

decoration simple but elegant..aku paling tak suke decoration bunga2 ala2 british tu..entah kenapa, rasa nak campak kalo tengok..selalunye corak bunga ros la, pinggan bunga ros mak aku pun aku rasa nak campak je..haha..aku suka suasana rumah yang cool and tak crowded..

master bed room aku nak lengkap ada sofa, tv, komputer, kat 1 sudut aku nak letak heater air, kot tiba2 malam2 lapar, boleh bancuh milo =))..rumah nak kecik, bilik nak besar..gila apa ko Beron!! bilik dalam rumah, bukan rumah dalam bilik ok!! aku bukan apa, once da masuk bilik aku malas nak keluar da..especially kalau duduk sorang2, mampus terkujat pun aku tak kan keluar selagi hari tak cerah!! haha

luar rumah pulak aku nak ada bunga warna-warni..ada tak 1 pokok yang keluarkan bunga macam2 warna?? aku tak nak banyak2, malas nak siram..haha..kalau banyak pun aku nak buat sistem siram macam yang padang sekolah ada tu, sambil tu boleh aku tumpang mandi sekali..rumput wajib rumput karpet tu sebab aku nak main golek2..pagar rumah kene berbatu and tinggi sebab kalau aku joget2 tak de sape nampak..haha..nak buat tinggi yang boleh wat wall climbing terus, petang2 boleh exercise..tak pun panjat wall tu untuk tegur jiran yang lalu lalang..takde la orang kata aku sombong kan? hehe..terjenguk je kepala sambil hai hai kat orang :D

ha tu je la kot yang aku nak conquer..tempat lain biar en. suami yang uruskan dia nak macam mana..bertimbang rasa kan aku?? bahagian dapur pun biar dia yang uruskan..haha..eh bath room dalam master bed room pun aku punya bahagian!! hehe..ni cerita kalau dah berkahwin, kalau tak, aku nak duduk ngan mak aku je..jimat noks!! tiap minggu boleh pergi beronggeng 1 Malaysia..heaven!!

6/26/2010

taktik

ni aku bagi taktik nak makan nasi lebih

taktik 1
bila orang da menegur kita makan 3 pinggan, jawab macam ni :
pinggan first tadi nak rasa je, da sedap baru tambah, sekali pinggan kedua lupa baca bismillah, kene la tambah lagi 1 nak amik berkat.. hee~

taktik 2
buat2 terbubuh kicap lebih kat nasi, "eh bak nasi tambah, masin pulak dah" (mimik muka dan nada kene seiringn serius)

kecik hati

mak : Nadia tolong goreng telur, tak nak kuning cair
aku : ha ok
mak : nak keraskan kuning tu nanti terbalikkan tau telur tu
aku : -_-'' ingat aku tak reti goreng telur ke (dalam hati)

6/25/2010

award

1st time dapat award dari cik Najmi, bakal MPP..hehe..rasa macam lepas jadi heroin Johnny Depp pulak nak dapat award2 ni..Najmi, apa kata lepas ni bagi kereta sebiji ke, baru true..haha



1 ) Thank & link the person that gave you the award.



syukran Najmi..(tibe2 rasa baik guna syukran)


2 ) Pass this award onto 5 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.



kalau suruh 50 aku pass la, 5 mana cukup!! :)



3 ) contact said blog n let them know they've won the award



malas la!! haha



4 ) state 5 things about yourself

  • baik
  • cantik
  • elegant
  • sofistikated
  • anggun
bab riak ni, suruh 50 pun boleh..haha..aku da habis jujur ni..kalau tak setuju, sila terbalikan screen untuk baca :D

6/24/2010

Lenggong kota kenangan

aku da seminggu kerja kat Lenggong tolong pksu aku jaga kedai je..sungguh aku jaga je!! sampai2 on computer main game secara bergilir-gilir sampai petang..ada 6 game sedang aku pertarungkan sekarang..aku cuak sebenarnya kerja kat situ..sebab potensi nak jumpa orang2 yang aku kenal sangat la tinggi..Isnin hari tu aku buat marketing, ternampak cikgu PJ (Om) aku time kat MRSM..nasib baik dia tak perasan..hehe..tu yang aku tak suka.

kedai tu dah la hujung pekan..Lenggong tu da sedia maklum Hulu Perak, tambah pulak kedai tu letaknya dihujung..dapat bayangkan tak hujungnya macam mana?? 1 deret ada 6 kedai..tapi yang buka sampai petangnya kedai paksu aku je..sunyi ok!! agak scary la, kalau pencuri datang, dengan segala hormatnya aku akan suruh dia ambil apa saje, janji jangan amik dara aku ape2 kan aku!! huhu

kedai tu tak masukkan air lagi..so apa2 urusan membuang akan dibuat di masjid berhampiran..tak jauh sangat, seberang jalan je..tadi aku solat Zohor kat masjid tau!! muslimah sangat rasa..sebab aku seorang je perempuan sembahyang Zohor kat masjid!! pakcik2 masjid pandang aku macam nak buat aku jadi menantu doirang je..auuwww!! haha

on the way nak balik tadi aku nampak seorang pakcik ni seberang jalan hanya pakai tuala ok, hanya tuala!! kalau terlondeh aku tak tahu nak bagi reaksi apa..slumber kobis je pakcik tu..kalau aku bawa kereta mau aku speed depan pakcik tu, sure terbang tuala dia!! hahaha..lagi 1, time nak balik juga aku nampak signboard 'bersopanlah anda di jalan raya'..aku tak tahu kenapa aku rasa nak park kereta tepi jalan..kuar dari kereta, jalan dengan ayunya tunduk bawah sepanjang 100meter..macam tu sopan la kan?? haha..aku rase tak kene ayat tu..buat je lah ayat 'berhemahlah ketika memandu' instead of yang tadi..kan mudah nak faham?? haha..psst, kalau pengarah JKR terbaca blog aku, agak2 dia hire aku jadi juru bahasa diorang tak? ;)

dingin!!

satu pagi di Cameron Highland
pergi toilet, tadah air dalam cebok / timba
kumur
aaaaaarrrrrggghhhhhhh!!
cilake!!
lupe on heater
terbarai gigi rasanya

Jaya Jusco Kinta City

entri ni bukan nak cerita asal usul JJ Ipoh or bagaimana dia terkenal or siapa yang tubuhkannya..entri ni nak habaq kat hangpa *nape tiba2 slang Kedah?* macam mana aku boleh habiskan masa dari pukul 12 tengah hari sampai 6 petang tanpa seminit pun mulut berhenti bercakap or gelak sampai aku da pegang luka operation aku, takut terburai!!

aku, Ros, Eyda, Intan, ngan Dini jumpa semalam..sebelum Intan datang kitorang lepak kat Mc'D hampir2 sejam..mengunyah sambil bercakap, jimat masa..then kitorang tengok Toy Story 3..lawak gila hokeyh citer tu!! ramai penonton bawa anak masing2, kitorang mampu bawa anak tekak je la..haha..eleh, tu bukan anak2 yang nak tengok, mak bapa yang terkinja-kinja..macam aku tak tahu muslihat licik dorang..yela, fikirlah, tak kan anak baru nak belajar merangkak pandai tengok cartoon!! haha..da la tak payah nak berdalih..aku faham :)) *sebab nanti aku pun mungkin buat camtu..hehe*



lepas habis wayang, Intan pun menjelmakan diri..dorang shopping, aku tak sebab baru lepas shopping dengan mak..cuti2 ni mak la banker aku..hehe..aku setuju dengan Intan bila dia cakap "aku bersyukur tak jadi pakwe korang"..ayat ni di tuju khas kepada Eyda, Ros dan Dini..pegang 6 baju, masuk fitting room 4 kali, beli 1 baju yang tak di try pun..tahniah cik Eyda! haha..bila dorang bertiga masuk fitting room time yang sama, aku rasa kalau CCTV detect sound paling mencurigakan, mesti CCTV menghala ke dorang..astaga!! buat fitting room macam toilet aspuri MRSM Lenggong..suara dorang je la kat JJ tu

Dini.Intan.Eyda.aku.Ros
(sebelum shopping)

dua dah hilang-eyda muka tak sabar nak shopping



last2 tinggal berdua, jadi penunggu setia depan fitting room :)

pukul 6 blah pergi Burger King (bk), K.E nak jumpa kitorang..K.E mempunyai jantina yang opposite dari kitorang...K.E tak kekok ngan kitorang sebab dia ala2 iguana, boleh adapt dengan environment walaupun time tu kitorang gelak sampai kene jeling dengan orang yang tengah tengok bola..hoi pakcik, nak tengok bola dengan aman tengok kat rumah la!! =P



     
*sori pic k.e takde sebab dia tak hensem..haha..tak la, sebab aku lupa nak amik pic dia :))

pukul 7 nak balik da, hantar Dini kat rumah dia..balik tu aku drive kereta Ros coz dia tak nampak drive malam..nasib baik kitorang pergi time aku da sihat sikit, kalo tak mahu panggil tow truck tarik kereta yang sihat walafiat ke Kuala Kangsar..haha

6/20/2010

Father's Day

sebenarnya aku tak tahu bila father's day..as usual, aku tengok orang lain wish, aku pun nak wish lah, baru ikut trend kan?? hikhikhik *nape gedik piang sangat gelak camni*..

sebelum tu mari aku cerita sikit pasal ayah aku..he's a very family man..dia tak romantik langsung ok, kahwin dulu pun family yang arrangekan..bertuah mak aku, dia perempuan pertama dan maybe yang terakhir untuk ayah aku..bukan macam orang zaman sekarang ni, selalunya dapat saki baki orang lain..haha..memang orang kata couple ni kene kontra, baru match each others kan?? macam mak aku kepoci gila, kalau dapat bergosip sampai kadang2 tu dia lupa yang dia da berlaki..haha..ayah aku pulak pendiam..tak banyak cakap, sampai adik2 dia lagi baik ngan mak aku dari dengan dia..dia banyak cakap ngan mak aku je :)

hidup ayah aku hanya ada mak aku je..semua benda mak aku uruskan..comel tak weh, nak pergi isi minyak kereta pun nak mak aku teman?? lelaki memang manja walaupun dia pengganas dunia..haha..ayah aku jenis tak reti show his love..sumpah tak reti!! dan aku mewarisinya..haha..tapi aku tau dia sangat sayang kat kitorang..time mak aku sakit, dia yang nangis, mak aku gelak2 je dalam wad..dia tak tunjuk dia nangis, tapi aku ternampak, last2 aku nangis sekali..haha

sepanjang pemerhatian aku, ayah aku seorang yang sangat amanah..kalau ikutkan kerja dia, nak terima rasuah memang boleh sangat aih!! kalau dia ambil semua duit yang orang nak bagi, ntah2 sekarang aku da duduk kat bungalow 4 tingkat setengah ada lif lut sinar, ada kolam renang pelbagai warna 5 biji..tapi dia tak pernah ambil..nak buat ape pun kan hidup atas duit tak berkat?? kalau orang bagi tanpa sedar dia, dia akan cari balik orang tu nak pulangkan..kalau aku mahu beli psp sebiji..hahhahaha

overall, I have a really2 great father..tanpa dia, tak de la blog aku.rase.aku.cool ni..hehe..ayah, I LOVE U so much..u are the greatest man in my life :))

to all the fathers, especially ayah, tok, bakal bapak mentua, pakcik2 aku

HAPPY FATHER'S DAY
lead the rest (ur family) to the best ;)

6/17/2010

wedding planner

woih pejadah tiba2 nak merapu pasal wedding ni Beron?? goreng ayam pun terlompat-lompat lagi ada hati nak kahwin..duit nak beli topup pun raba dalam poket seluar ayah, jangan beranganlah!! boooo...haha

eh suka hati I lah, ini blog aku yang punya!! haha..tak de lah, kita kongsi blog ni sama2 ya?? siapa2 nak aku tolong carikan jodoh sila tingglkan komen serta ciri2 yang di cari..haha..jangan nak buat gila, aku main2 je..jodoh sendiri pun kat mane lagi entah, ada hati nak match make kan orang..huh'

tadi aku tengok TV3 pasal wedding planner ni la..dulu aku ada juga terfikir kahwin nanti nak ambil wedding planner je *tak salah berangan :D*..senang!! aku goyang kaki je tunggu hari kahwin, bakal suami harusah gelabah nak akad nikah, tak kan tu pun wedding planner nak buatkan ye tak??

tapi tadi lepas aku terdengar talk tu, aku rasa 'ha tak payahlah, aku pun teror what bab2 nak menjahanamkan mendekorasi majlis aku nanti'..nak tau sebab ape?? minimum cost RM32k ok?? baik aku beli kereta nasional cash macam tu..tak de jadahnya aku nak habiskan banyak tu sebab kahwin!! cost tu A-Z la dia siapkan..baju tidur aku tak tahu dia sediakn jugak ke tak..kata A-Z kan..haha..

but memang superb la majlis tu..decoration bunga kat pelamin, aku agak2 la kan, habis satu taman bunga dia sodok!! baju pengantin perempuan tak nak berjela-jela pulak panjangnya..pengantin da sampai kat pelamin, kain dia baru sampai pintu utama dewan hotel tu..haha..



kadang2 aku fikir, what a waste la kan..tapi citarasa orang lain2..kahwin hanya sekali kata mereka, kononnya la sekali =P..bukan nak doakan yang tak baik, tapi jodoh kan kat tangan Dia..aku lagi suka perkahwinan simple but nice..walaupun kita mampu, tapi tak perlu rasanya nak melabur sebanyak tu untuk 1 majlis yang tak sampai 5 jam pun..nak menyediakan yang terbaik untuk tetamu tu bagus, tapi not in that amount..kepuasan dan penghargaan dari seseorang tu bila kita dapat melayan dia walaupun sekejap, bukan dia dilayan oleh pekerja hotel..

it's just my opinion..no offend eh..mana tahu tiba2 ada mana2 Sultan meminang aku ke, tak kan dia bagi urus majlis sendiri kan?? haha

mabuk darah

semalam aku pergi cuci luka operation hari tu..tak sakit pun..tadi ada la seorang makhluk Allah ni tanya aku, aku tengok ke proses  cuci tu..teater musical Cuci tak dapat tengok, tak kan cuci luka sendiri tak nak tengok kan..lepas tu dia reply 'berani ko eh, aku mabuk darah'..hahahaha..aku tak tahu kenapa aku rasa insan yang mabuk darah adalah insan yang comel..ok jangan tiba2 nak mengaku mabuk darah pulak..aku da kenal 2 orang mabuk darah, dan dua2 nya LELAKI..haha..nasib korang tak period hoi!! haha

korang tak rasa mahkluk2 mabuk darah ni comel ke??

ke aku seorang yang rasa??

ok abaikan!!

tapi memang comel la weh..nampak darah muka pucat, tak pun pengsan..padahal warna merah tu punyalah memberahikan..kalo tengok darah warna striking, tak ke rasa nak amik buat cat rumah??..kalau darah warna biru, agak2 dorang mabuk jugak tak?? apa faktor mabuk darah eh?? warna ke bau?? aku tak rasa darah ada bau unless yang 'tu'..ke memang semula jadi ada dalam gene dorang 'aku mabuk darah'

http://www.emocutez.com

6/15/2010

result sem 2 sesi 09/10


syukur??
sangat!! sebab tak de fail..at 1st aku da aim 1 subjek fail..siap da alihkan buku tu untuk di repeat..heh'

memberangsangkan??
tak langsung!! seriusly..just ckup2 nak bernafas je

kecewa??
tak..u get what u deserve..banyak tu kau usaha, banyak tu la yang kau dapat ye Beron!! =P

komen overall??
Alhamdulillah..tak sangka boleh dapat keputusan camni walaupun jawab caca marba je..pointer naik dari sem lepas :) tapi still di tahap yang tak boleh tampal result kat file transparent nak bagi semua orang tengok.. heh'

apendiks (siri akhir)

kan best kalau cerita betul2 pun pendek je, macam cerita apendiks aku ni..takde la aku buang masa seminggu nak habiskan 1 novel..kalau nak cerita detail, memang letih la!! nurse nama apa, doctor asal mana..aku cerita yang penting je..kot2 pengalaman aku boleh jadi panduan korang satu hari nanti ;)..ape aku merapu ni??

mari start!!

aku sedar time ala2 Subuh la..berdasarkan kadar kegelapan, hmmmm tak dapat aku nak meneka pukul berapa..time tu sakitnya, masyaAllah!! pandang2 sebelah pulak tengok mak takde teman..oh no!! rasa nak menangis..ini rasanye 1st time aku sakit agak teruk dan mak ada di sebelah..syurga!! bukan senang nak bermanja ;)..aku tak boleh bergerak walaupun seinchi setengah, pedihnya bagai diperah lemon dan ditaburi garam halus atas luka yang baru ditoreh dengan pisau rembo..nak tahu rasenya, cubelah toreh tangan..tangan je pun!!..sakitnya lebih sakit dari sakit hati bila dapat tahu suami kene tangkap basah dengan janda anak 5..aku serius ni..

aku rasa time tu aku masih di bawah pengaruh ubat bius..lalu aku sambung tidur..aku sedar pukul 8 bila nurse nak ambil tekanan darah and suhu badan..time tu aku kene bangun duduk..proses nak bangun tu, tak perlu aku cerita kan..nanti mau mati semua pokok cili di Malaysia gara2 penduduknya terpengaruh dengan kesakitan yang aku alami lalu memilih tak nak makan pedas2 lagi..kebarangkalian sakit yang aku alami ini hanya ilusi diri aku sendiri pun tinggi..aku surrender!! tilam terpaksa dibangunkan guna pemusing..sangat bersyukur ada manusia yang berotak kreatif nak buat tilam boleh dibangunkan gune pemusing!!..guna benda tu, sakitnya tetap menyengat!!

lepas beberapa jam aku gagah juga pergi toilet yang jauhnya tak sampai sekangkang beruk pun..tapi aku ambil masa ala2 2 purnama nak sampai ke situ..aku terpaksa tunjuk aku gagah depan doktor yang bahawasanya aku boleh jalan walaupun macam kura2 kena diabetes..kalau tak aku tak boleh balik!! kesengsaraan diteruskan dengan tegar sampai pukul 6 petang, doktor pakar datang kata aku da boleh discharge!! yehaaa!! tapi bila fikir aku kene jalan pergi toilet salin baju hospital yang macam baju pesakit jiwa tu aku rasa macam nak bogel je balik..haha..tak larat nak berjalan

-tamat-

*now I'm getting better..makan kanji..jalan macam orang tak de kaki..nak bangun kene paut kat something..suara tak boleh kuat2, nanti sakit..tak boleh batuk, tak boleh bersin, pedih!!..tiba2 pulak kene senggugut..memang nice!! syukur tak payah susah2 nak solat, tapi tiba2 aku terfikir, macam mana aku nak bongkok nak cuci pad?? harus guna kaki..darurat!! kalau aku bongkok, sampai esok tak bangun rasanya..tapi aku cuba perlahan2..tak kan sebab sakit operation, pad harus diduakan kan?? ;)

6/14/2010

apendiks (siri 2)


lepas masuk ward aku kene puasa..da la perut kosong, kene puase pulak da..perasaan memberontak tu sangat membuak-buak la..lepas doktor pakar datang, die kate boleh makan!! yes!! terus call mak yang time tu dekat kafe, order teo o ais satu, dengan roti..takde hati aih aku nak makan nasi kat hospital..nasib baik katil aku mengadap jalan raya, bukan mengadap pesakit lain..kalo tak, mampus aku tak makan ape..da la ward tu, pesakit baris aku je muda belia tak kahwin lagi, yang lain semua pangkat nenek ade 4 cucu..

ade 2 orang minah yang sebaya2 aku kene operation kat breast..tengah hari mak aku keluar, aku pesan bubur ayam mc'd..tengah2 melahap tu, tibe2 ramai doc serbu aku, nasi baik tak tercekik ayam!! rupenye aku kene puase balik sebab malam karang aku kene operation gak..ayark!! nasib baik sempat melantak sikit..aku baru nak jalan lenggang kangkung balik kampung esok pagi..aku ingat, apendiks aku nak stay kat dalam aku..nak keluar jugak rupenye ye =P

dari pukul 7 nurse suruh tukar baju operation..sexy wokk baju tu!! terbukak kat belakang..auww!! time tu aku da sakit mengigil balik..semua orang suruh sabar, ye aku tau, tu je boleh buat pun..nak buat operation immediately mau ayam meloncat keluar dari perut aku karang..haha..die at least kene puase 6 jam..

tunggu punye tunggu sampai mak aku tertidur sebelah aku..sian mak aku, kene darah tinggi sebab jaga aku..huhu..around pukul 12, nurse kejut kate doc da panggil nak operation..time tu aku tak rase ape pun sebab aku ngantuk gile!!..aku pasrah je orang angkat aku, bukak baju aku, cucuk aku..buat la ape2, janji aku nak tidur..sebelum die bius, doc tu suruh mengucap..aku rase aku baru nak lafaz 'ashhadu....', aku da tak sedar ape da..kalo mati tengah operation, tak sempat mengucap..huhu

bersambung....tak larat nak type

apendiks (siri 1)

aku da selamat menjalani pembedahan buang apendiks Sabtu lepas..Alhamdulillah semuanye selamat..keadaan aku masih weak, jln mcm orang dalam pantang yang keluarkan 3 anak kembar..sakit pinggang, sakit tengkuk, sakit tangan, padahal belah dekat perut je!! luka tu sakitnya tak payah la tanya kan, sendiri mau ingt!!

aku start sakit malam Khamis..tahap menggeletar kaki..muntah kalo dibundarkan mau ade 10 kali..dari pukul 10 malam aku muntah sampai 3pagi..tak boleh tidur sebab sakit yang tak tertanggung..mule2 die attack kiri, then bawah perut, last skali baru remain kat kanan..

pukul 3.15 pagi aku da surrender, kejut mak n ayah..ayah terus bawa aku pergi Hospital Taiping (HT)..dekat emergency room, bile doc tu da cek macam2, die tnye 'ade potensi mengndung tak?'..aku kn tgh mamai2, aku blur gile dgn soalan die tu..aku pandang die, then aku terpandang ayah aku kat sebelah..pastu aku terfikir 'oh datang dengan ayah, bukan dengan suami, so takde potensi mengndung'..so aku pndg doc, gelengkan kepala..sian die lame tunggu jwapan aku..sape suruh tanye pukul 4 pagi time aku tengah sakit..hehe

lepas tu die kate aku kene masuk ward, die cucuk tangan aku belah kiri nak masukkan air..sakitnye!! da masuk setengah jarum tu, boleh tak die keluarkan balik jarum tu kate 'kite buat lagi sekali ye, jarum ni besar, tak muat'..boleh??..lepas tu gune jarum kecil sikit kat tangan kanan pulak..aduhaii!! sehari due2 tangan aku tak boleh gerak..pedih!!

pukul 7pg, ambulans hantar pergi ward..

bersambung.....

6/09/2010

pengecat proffesional

aku ade keje baru..aku tolong pacik aku cat kedai baru die kat Lenggong..aku tak sangka aku ade skill mengecat..aku ingat aku ade skill menjahit merapu je..style jugak kadang2 buat keje2 comot ni..sakit tenguk aku asyik2 kene pandang atas..tangga lupe bawa, ha padan muka!! nak tengok hasilnye?? alah malu I..

before

after


weh! weh! jangan gelabah lagi..ni tak siap lagi..esok aku sambung touch up..da siap full aku upload lagi gambar..macam korang meroyan nak tengok je kan..hahaha..aku saje poyo2, bangge diri jap..ade jugak bakat terpendam rupenye Nadia Roslan ni..hehe..

ok2, sape2 nk booking aku cat rumah korang, boleh je!!..dari umah macam umah nenek kebayan, aku boleh transform rumah korang jadi cam tadika..nak? nak? :D

6/06/2010

pleasant suprise

pagi semalam aku bangun..pagi tu tak payah la tahu pukul berape..janji belum cecah tengah hari kan..hehe..lepas cuci muka pergi dapur, jumpe hotdog dibalut roti telur disaluti sos dan mayonis..tak ke sedap??..aku balun berapa entah..then aku on9..family aku yang lain pergi Padang Rengas merisik untuk pakcik aku..

tengah2 aku on9, tibe2 ade orang bagi salam..aku da gelabah macam ayam nak kene sembelih..sape la pulak nak datang ni, da la parents aku takde..kalo orang nak masuk meminang aku sape nak layan, sape nak bagi keputusan?? dan yang paling penting aku tak mandi lagi!! haha..kalo suare laki bangla memang aku buat2 jadi tugu negara dalam rumah la..ni perempuan, bagi salam pun macam polite gitu..nak je aku jerit dari dalam rumah "tak pe macik, saya da beli kain baju raye da"..

tapi kalo bakal mak mentua macam mne, mampus kene reject..so aku jawab salam sambil jengket2 pergi pintu..aku buka pintu dengan lemah lembutnye..tak mandi takpe, janji sopan..haha..sekali aku tengok..wah!! whoaaaa!!! oh my god!! rase nak menari pusing2..tau sape datang?? kawan yang aku da rindu 5 bulan..tqah!!..weh best gile aku, tak sangka langsung..aku tau die ade kat Perak sebab ziarah pakcik die meninggal, tapi tak expect akan jumpe sebab ade kematian kan..mane tahu die tolong nak bace talkin ke..

datang rumah aku pakai baju kurung you..time raye ko pakai jeans kan minah??..terbalik pulak da..haha...yang pergi tetap pergi, kami tetap bergosipp macam tak kan mati -_-''..ape aku kisah aku tak mandi lagi kan..ngan tqah je pun..hehe..sumpah best!! lame gile tak jumpe..rindunye haii...die kawan baik aku time buat foundation, hope kwan sampai mati ye? ;)

tqah, thnx for coming..walaupun kejp, i appreciate it so much!!..merase jugak ko nak jumpe disaster2 kt rumah aku kan..nnt dtg lg eh?? hehe..kalo ade rezeki, nanti aku pergi Shah Alam, kite ronggeng..hehe

6/03/2010

Lost World vs Prince of Persia

pagi tadi aku, adik aku, Ros, sepupu aku, kawan adik aku, dengan semangatnya pergi Lost World..tengok2 tiket da naik harga jadi RM30..takpe2, demi semangat kerbau nak berkubang, kitorang pejam mata je bayar..time bayar, ayat common cashier tu "makanan tak boleh bawa masuk ye, tracksuit tak boleh pakai"..aku angguk2 je la malas nak amik kisah coz selame ni ayat tu je dorang cakap tapi still boleh pakai tracksuit..

sampai kat tempat scan tag tu die kate tudung kain bawal tu tak boleh pakai!! what the pandaiiii!! kitorang Islam kot!! tak kan semate2 nak mandi dengan kitorang bayar RM30 nye, kitorang sanggup mengumpul dosa..ewahh2, ingat kumpul dosa boleh dapat masuk syurga ke nanti????..marah ni!!..yela, fikirla la, lantak la ko sembah patung ape pun wahai si owner, tapi hormati la agama kitorang..

tau tak alasan ape dorang bagi??.."kami tak nak kejadian lemas jadi"..what the ceteknye ilmu fikiran korang, not make sense at all alasan lapok tu..laser tak lasernye mulut aku tadi, aku cakap "abis ape gune korang ade life guard tu!! kalo camtu baik kami bogel je"..geram! geram! panas hati I nyah bertekak dengan orang Islam pulak tu..last skali die panggil manager die kot, nasib baik Hindu so aku assume dia tak paham agama kitorang..aku malas nak gaduh, aku mintak balik duit kitorang..nasib baik dapat..tapi hampa la, ingat nak mandi manda cuci mata..lepas ni memang aku pergi Bukit Merah je la..heh'

http://www.emocutez.com

disebabkan kecewa kitorang pergi JJ..duit kononnye nak masuk Lost World tu kitorang makan Mc'D dengan tengok wayang..ha puas hati!! disebabkan terpengaruh dengan blog Zati, sampai terngiang-ngiang..aku pun ajak dorang tengok Prince of Persia..persetankan Lagenda Budak Setan, lain kali aku tengok..best la citer tu, lawak pun ye..hahaha..filem aksi yang mantopp la..tengah2 aku tengok citer tu aku rase macam familiar gila dengan muka hero dia..nak kata macam muka boyfren aku tak, nak kata macam jiran sebelah rumah pun tak, pakcik2 aku pun tak de stok muka macam tu..nak habis baru aku teringat macam muke sape..hehe


=


sama kan weh??  haha..lepas ni boleh buat prince of Malaysia pulak..cop! cop! aku nak jadi heroin :D

http://www.emocutez.com

notesasukehati : tadi terjumpe Ili secara tak sengaja..sakan hang la ni noo...moge berbahagia :D

6/02/2010

cukupla 6 je

Fakhri.Fatini.Sara.Ika.Hadif.Fina

inilah kanak2 yang mak aku jaga, maybe ade yang da kenal, dorang ni sepupu2 aku gak..perangai sekor2 astagfirullahalazim, masyaAllah, subhanAllah, tak de yang Alhamdulillah..kesejahteraan hidup aku tergugat start jam 11 pagi bila celik nya mata mereka..dorang ni macam kembar, sorang bangun semua bangun, sorang nangis, semua nangis, sorang buat aku marah, aku marah semua sekali..adil kan aku?? :)

aku rase esok nak pergi cek blood pressure la sebab aku rase tekanan darah aku naik dengan dorang..perangai sama je semuanye, takde sikap toleransi sesama manusia..degil, nakal, panas baran *mcm inherit dari aku je*..memang tak boleh jadi pasangan hidup sesama sendiri, bak kata JWW Birch "not complete each other"..

sampai satu tahap tu aku biar je dorang bergusti sesama sendiri..selain dapat mengutip pengalam hidup, mereka juga boleh menguatkan stamina diri..betul tak?? *angguk laju2*..sabar aku cepat je hilang dengan dorang..tapi bila aku marah, dorang ingat aku nak berjenaka..mereka lari sambil jelir2 lidah..oh sabar, tahan la diri aku dari menjerang anak2 orang !!

http://www.emocutez.com

tapi tak syak lagi, dorang juga boleh buat aku tersenyum girang dan ketawa senang..contohnya time lunch tadi..kami orang2 dewasa da habis makan..tinggal la dorang dekat meja makan sendirian..6 orang, cukup 1 table..macam mana bersepahnye keadaan tak payah la amik tahu..mungkin mak aku puas bila mengemas dengan keadaan bersepah super disaster macam tu..tahu ape perbualan mereka??..anggaplah kanak2 memang jujur dan tulus ikhas bila berbicara..oh sebelum tu, dorang panggil aku "ayong"..perbualan mereka :

Fina : sedapnye AYONG masak
Fakhri : haahkan Na, AYONG pandai masak
Sara : nanti kita suruh AYONG masak hari2 nak

http://www.emocutez.com

komen mak aku dari depan bila dengar dorang bersembang di dapur "ee getik aku dengar, aku peluh2 masak kat dapur, Ayong die jugak yang dapat nama"..haha..chill la mak, doa tu, mane tahu satu hari nanti Nadia boleh jadi chef terkenal ke..hehe

ni yang aku rase nak peluk cium dorang ni..tiba2 jadi sayangg gila kat dorang..nasib baik Hadif ngan Fatini tak bijak bercakap lagi, kalo tak, tak tahu la pujian ape bakal aku dengar =')..*padahal pegang sudip pun aku tak hari ni*

6/01/2010

20 tahun lagi!!


20 tahun lagi aku baru umur 40 kot!! mak aku 43 sekarang mantain je, tak de la berkedut macam ni..tipu3!!..kalo tengok muka macam ni kat cermin, mahu aku histeria tengok muka sendiri..akan ku hapuskan semua daya pantulan kat rumah..haha..tak dapat menerima kenyataan betul ko Beron

eh umur 40 harus vogue lagi tau..auww..weh, sedar diri sikit, kubur da siap tergali agaknya time umur 40..bawa2 insap la Nadia..sempat ke tak eh aku hidup sampai 40? huhu..kalau sempat macam mane life aku time tu kan??..duduk dalam rumah mewah sambil buat manicure dengan cucu2 ke, ke merempat tepi jalan mintak sedekah *nauzubillah*, ke kat rumah orang tua duduk kat tepi tingkap tunggu anak2 yang tak pernah melawat, ke tengah berloving doving dengan suami tercinta *nak macam ni*..ahaks..doraemon! doraemon! meh nak pinjam mesin masa jap meh ^_^

we can't predict future kan..well plan macam mane pun, kalo itu bukan fate kita, tak kan jadi gak kan..just remind diri sendiri that Allah always give the best for us coz He knows the best!!..tapi doa la ape yang kita rancang tu yang terbaik untuk kita :)..perancangan hidup aku : habis belajar nak kerja, kahwin, kumpul harta secara sederhana, kumpul pahala, hidup bahagia..tapi nak sampai tahap tu, banyak pengorbanan diperlukan kan?? banyak air mata akan mengalir I guess..bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah..

eh kenape aku rase aku ni boleh jadi kaunselor tak bertauliah..pandai jugak ko serius eh Beron, ingatkan tak reti..hehe..kaunselor untuk diri sendiri boleh la, untuk orang lain jawabnye ke lautt..haha..