”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/23/2024

Kehilangan besar kepada negara

Pagi tadi bangun pukul 5.45am, togok air dan niat puasa. Mengantuk betul mata sebab semalam pukul 1.30am baru tidur, teman Didi meeting, pukul 12am baru sampai rumah. Dah sampai, gosok baju, mandi dan solat Isya', baru tidur.

Siap-siap pergi office. Dari semalam Didi buat trick yang trending dekat TT dekat aku, yang bermula dengan suruh tiup mata tu, walaupun sampai pagi tadi dah 5x dia buat, aku tetap buat2 terkejut dan dia gembira HAHAHA

6.45am bergerak ke office. Trafik macam biasa, jemmm! Tapi apa yang aku boleh buat selain sabar ye dak? How I wish my car can turn into helicopter huhu.

Sampai office 720am, sebab mengantuk sangat aku rehat kejap sebelum mulakan kerja. Aku tak biasa tidur lambat, I need my beauty sleep huahuahua. Pukul 8am aku mulakan kerja.

Tetiba dalam group office ajak makan dekat pantry, bos masak bihun sup utara. Astaga, dugaan apakah ini? Haha. Dan aku cari pasal pergi ke pantry dengan niat nak menjenguk tapi apakan daya, nafsu menguasai segala haha. Aku terkandas maka berbuka puasa. Haha. Kawan2 pun tak membantu, semua hasut cakap masih sempat aku nak habiskan puasa 6 di bulan Syawal. Huhu

Aku memang kalah dengan bihun sup utara sambal merah dan dah sepanjang 3 tahun aku kat sini, baru pertama kali nak merasa air tangan bos. Peluang ni tak boleh disia-siakan haha. MashaAllah, sedap betullll, secukup rasa, dagingnya lembut. Dalam rasa berdosa buka puasa, aku turut rasa bersyukur buka puasa HAHAHA.

Tetiba Didi message. Aku buka message dan Allahuakhbar, terkejut sangat baca berita yang Didi share. Kemalangan udara pesawat TLDM yang melibatkan 10 orang mangsa. Innalillahirojiun. Didi paling sedih sebab salah sorang mangsa adalah kawan baik dia masa dia di dalam TLDM dulu.

Dalam masa yang sama aku dengan Didi tengah membincangkan sesuatu and Didi suruh aku decide sebab dia tak boleh fikir. Dia ambil half day sebab dia rasa lost. Huhu. Aku ajak dia sama2 doakan semua mangsa dapat husnol khotimah dan ditempatkan di taman syurga.

Didi baru hilang kawan dah sedih macam tu, aku tak dapat bayangkan apa perasaan ahli keluarga dorang. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada semua mangsa yang terlibat. Paling takut dengan kematian yang mengejut macam ni. Semoga Allah titipkan kekuatan kepada semua yang terkesan.

Bukan je ada yang kehilangan ahli keluarga malah negara kita pun kehilangan perwira-perwira negara. Memang kehilangan yang besar dan amat menyedihkan. Tak silap aku tahun lepas pun ada beberapa tentera Indonesia menjadi nahas kemalangan udara jugak, aku dapat perkhabaran dari kawan lama yang merupakan tentera dari sana.

Kemalangan udara ni jarang2 berlaku tapi sekali berlaku impaknya sangat besar. Yang aku ingat nahas MH370, nahas MH317, helikopter terhempas yang meragut nyawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar (bapa mertua Mira Filzah), pesawat kecil terhempas di Ipoh, pesawat kecil terhempas di Elmina. 

Semoga mereka semua sedang berbahagia di alam sana. Tak dapat bayangkan perasaan mereka semasa menghadapi situasi tersebut, aku ni mimpi jatuh katil pun rasa nak nangis. Huhu

4/22/2024

Review on our Gadgets

Aku suka gadgets, dari dulu lagi. Dulu time pakai android, aku rasa setiap setahun setengah aku tukar handphone. 

Iphone 15

Start pakai iphone tahun 2013 tak silap, bermula dengan Iphone 6 then tukar Iphone XS Max then Iphone 12 Pro Max, sekarang Iphone 15.

Reason tukar ke Iphone 15 literally sebab nak handphone yang kecil sikit, dah cemuih pakai iphone besar, nak type 1 jari susah, jatuh atas muka sakit, masuk dalam poket terjuih keluar haha. Nak ambil Iphone 14 pro sebenarnya tapi dah tak keluar production and SA Machines cakap ambil Iphone 15, features dia memang tak jauh beza dengan Iphone 14 pro.

Rembat je la ek. Tapi ada sikit kesalan sebab bateri Iphone 15 tak tahannn sangatt! And dah biasa tengok ada 3 camera tetiba ada 2 camera rasa sedih. Hahahah bebukan je perangai kau ni. Takpelah, tunggu lagi 5 tahun kita ambil Iphone 20 pro huahuahua.

Makin lama kualiti iphone makin menjunam. Harga makin mahal! Merepek! Tapi tetap kau beli haha. Tak berani nak ambil android walaupun yang mahal contoh macam Samsung S23 etc tu padu dorang cakap. Entah, tak pernah cuba and takut nak cuba sebab takut gambar dia bila masuk dekat IG jadi macam tangkap gambar guna kalkulator haha.

My Iphone is my life. Tinggal wallet takpe jangan tinggal Iphone haha. Dalam tu ada macam2 bagi memastikan kelansungan hidup seharian haha. 

Rating : 8/10

Ipad Mini 6

Memula aku beli Ipad 9. Tak praktikal sebab besarrr! Nampak sangat aku tak suka benda besar tapi suami besar. Eh? Hahahah.

Then aku tukar ke Ipad Mini 6. Best decision ever! Loveee teruksss. Function to the max. Screen size just nice untuk tengok Netflix, main game, baca Quran. Eh bukan baca Quran tu kena letak yang 1st ke? Hehe. Eh bukan kau beli Ipad mainly untuk kerja ke? Haha

Untuk kerja of course. Sangat berguna untuk ambil note warna warni tanpa perlu bawa pen 25 batang masa mesyuarat. Senang cari notes sebab boleh bahagi ikut seberapa banyak note books yang kau nak. Boleh create account Microsoft Words and easily transferred to PC. Boleh semak dokumen di mana jua anda berada. Boleh main game time mesyuarat yang melalut.

Dalam Ipad jugak aku plan kehidupan aku. Aku jenis manusia yang suka plan tapi tak suka ikut plan HAHAHA. Kau gila ke? Acah2 orang cakap. Dalam tu ada impian aku, ada tempat aku meroyan (coz I love writing), ada jadual hidup, ada financial tracker aku. Kalau korang bukak Ipad aku korang akan tau aku jenis manusia macam mana dan betapa miskinnya aku hahaha.

Rating : 10/10

Pocketbook Lux 4

Ni hadiah hari jadi aku tahun ni! Love gilaaaaa! Pocketbook adalah e-book. Dulu aku pernah baca e-book guna Ipad tapi mata cepat letih so e-book ni memang buat aku makin rajin membaca + aku subscribe unlimited books access. 

Ringan, tak sakit mata is a very plus point. Cuma kadang2 memang rindu nak beli physical books. Sekarang kalau aku pergi kedai buku and nampak buku yang macam best, then aku cari ada tak dalam e-book. Sekali ada daa! Alaa tak boleh membeli haha

Rating :10/10


Nintendo Switch V2

Ni hadiah hari jadi jugak. Best tu best tapi takde masa oi nak main. Huhu. With a packed daily schedule, mana kau nak membaca lagi, mendobi, kemas rumah, pergi kerja, memasak, tengok Netflix, ha cuba cakap bila aku boleh main game? Huhu.

Tapi aku kendong la benda tu ke mana2 time balik kampung time bercuti tapi jarang la dapat main. Takpelah, nanti kita susun la jadual kehidupan balik macam mana haha.

Rating : 8/10

PICO

Ni sama nasib degan Nintendo tapi ni lagi dah jarang main. Huhu. Aku selalu bukak untuk exercise je tapi Nintendo pun ada features yang sama. Nak jual lah! Haha. 

Rating : 6/10

Drone DJI Mini 2

Ni Didi yang control 100% sebab dia tak percaya kat aku 😒 Pun jarang2 guna tapi bila nak guna ada. Hah gituu konsepnyaaa. Gambar/ Video dari drone memang superb. Berbaloi la beli walaupun jarang guna. Dah guna yang tu jee tak payah upgrade2.

Rating : 8/10

Sony Earphones XM-4

Ni pun hadiah birthday. Memang berguna waktu workout layan laguuuu. Aku ni bukan jenis layan lagu 24 hours, tapi time nak guna memang berguna haha. Noise cancelling dia paduu. 

And now tengah aim nak beli headphone Sony WH XM5 pulak. Cuba korang doakan aku dimurahkan rezeki untuk beli benda tu. Haha

Rating : 10/10

Insta 360 X3

Ha semua jenis kamera ada tapi nak gunanya malas haha. Benda ni pun padu, berbaloi la nak beli untuk yang rajin ke sana sini. Lagi padu kalau rajin and pandai edit.

Rating : 8/10

4/16/2024

Diari Syawal 2024

1 Syawal

12.00am - Didi kejut untuk ucap Happy Birthday to me! Haha. Alhamdulillah. Another year older, another year wiser. Rezeki tahun ni birthday on 1st syawal.

Lepas tu dia ajak pergi tengok pesta meriam besi dekat Kg. Talang. Kebetulan dorang mintak volunteer perempuan untuk cucuh meriam tu, Didi tolak aku pergi depan 😒

Orang time birthday cucuh lilin, aku cucuh meriam besi. Kau adoo? Haha. Rare betul pengalaman birthday kali ni haha. Alhamdulillah. Kuat weh bunyi mercun tu, sampai bergegar jantung. Macam mana la orang boleh bawak toddler ke tempat macam tu, tak takut anak pekak ke oi? haha.

Nah layan video sikit. Hehe

9.00am - pergi solat raya dengan Didi and Lah (my sister). Imam dah bagi briefing baru nak sampainya pun. 

Sunat makan sikit sebelum pergi solat raya. Didi bangga bila Mak cakap 'Nak buat rendang daging campur sikit, Didi suka'. Perasan menantu kesayangan padahal memang dia je menantu haha. 


Imam pakai baju melayu warna yang dikatakan viral, padahal tak haha kene scam.

 Bersalam-salaman, berphotoshoot.

team ungu

11.30am - pergi rumah Opah. Kali ni semua balik rumah Pah. Meriah! Tapi tak boleh lama sebab aku kena pergi menjalankan tugas demi rakyat jelata haha. Sempat makan semangkuk laksa Pah yang tak boleh miss!

1.00pm - 5.00pm - Kerja 😑

7.30pm - Sampai rumah Mama. Konon nak gerak balik kampung Didi dekat Kedah malam tu tapi tak jadi sebab dah lewat.

8.30pm - Balik rumah Opah Didi kejap. Adik beradik Abah semua ada kecuali yang sulong. Ada yang aku baru jumpa 1st time, Alhamdulillah semua layan aku dengan baik hehe.

2 Syawal

8.30am - Gerak ke Pendang, Kedah. Dari Ayer Tawar lalu WCE, memang jimat masa betul, dengan jalan kurang kenderaannya, pemandangan pun cantik. WCE Perak dah siap sepenuhnya, yang Selangor belum, dijangka hujung tahun 2025 baru siap. 

Beli yang segera je sebab takde kedai yang bukak lagi

Hai mami jarum alahai mami jarum haha. Bukan aku punya, Mama punya dia suruh pakai haha

WCE

11.30am - Ziarah kubur Mak Tok. Panas betul ye raya kali ni, pergi rumah orang rasa nak balik cepat2 je. 

1.30pm - Sampai rumah Kak Na (Sepupu Didi) di Beseri, Perlis. Suami Kak Na ada kebun Harum Manis, kami dah order 22kg nak bawak balik.



Dekat rumah Kak Na memang juadah raya dia harum manis la ceritanya, sakan makan tanpa berkira-kira berapa RM dah habis haha. Harum manis adalah Musing King bagi mempelam.

Selain harum manis, Kak Na hidang sup daging jugak, makan dengan nasi and air asam. Second round makan bihun sup utara dengan sambal merah pulak. Waduhhhh2, penat je diet sebulan, dalam masa sehari naik balik berat macam sebelum puasa hari tu. 😂

6.00pm - Pergi melawat kebun harum manis Abang Zaki. Didi antara sepupu yang muda sebab Mama anak bongsu, so dia banyak sepupu yang dah baya2 Mama. Memula aku agak awkward nak panggil dorang kak/abang sebab dah baya Mak aku haha. 

Cantiknya Perlis


7.00pm - gerak ke rumah Macik di Seberang Jaya, Penang. Dalam perjalanan cari hotel tapi takde yang berbaloi untuk tidur beberapa jam and kami decide nak shoot balik je terus lepas singgah beraya dekat rumah Macik.

Jem gila, sepanjang Kedah ke Penang tu ada la 10km je kot boleh pecut, yang lain terkedek-kedek la kau ikut bontot kereta depan.

10.30pm - Sampai rumah Macik, member dah tidur hahaha tapi bangun jugak sebab kami dah sampai. Tumpang solat bagai, sempat pekena mee kari semangkok. Sedappp.

11.30pm - gerak balik. Aku take over drive. Sebelum tu singgah Family Mart beli kudapan peneman memandu sebab aku tau Didi confirm lena haha. Aku beli setin air red bull, gula2 masam.

2.00am - Alhamdulillah safely arrived rumah Mama. Alhamdulillah jalan lancar, bila masuk je WCE memang aku on kan cruise, sepanjang Changkat Jering ke Changkat Chermin aku just layan stereng sambil kunyah gula2 masam, ngantuk oi. Didi lena sepanjang jalan, ciss! Haha.

3 Syawal 

10.30am - Mama ajak pergi teman dia buat urusan bank. Terus cari lunch, ingat nak makan Mamak Madinah, Manjung tapi tutup, makan la Mamak lain.

3.30pm - Gerak balik rumah Mak. Sampai2 je adik beradik Mak penuh datang beraya.

6.00pm - Semua dah balik, Didi ajak jogging. Cantik betul pemandangan belakang rumah Mak, dengan tengah sunset, dibentangkan pulak dengan permaidani sawah yang menghijau. Perghh memang vibe kampung on habis time tu.

Cantikkan view belakang kampung aku? 😎

Malam just lepak dengan family side Ayah dekat luar rumah.

4 Syawal  

8.30am - Gerak ke rumah Wankak di Teluk Intan, beraya sambil tengok cucu Wankak yang baru.

3.00pm - Gerak balik rumah Mak

5 Syawal 

Hari ni Mak masak lontong dengan spageti bolognese. Sedappp! Takde sape sangat pun datang, kawan adik aku je beberapa orang, yang lain kami yang melantak haha.

3.30pm - Kami pun balik rumah. Lama sangat dah tinggal rumah, apa la jadi dekat anak2 ikan dan pokok kat rumah tu. Sebelum balik, Didi sempat singgah Jambatan Victoria, Karai nak main drone haha. Layankan je la video ni ekk.

6.00pm - Sampai, nasib semua hidup. Syabas! Haha. Nak jogging hujan pulakk.

6 Syawal

11.30am - pergi servis motor.

1.00pm - Lunch dekat Saddam, Klebang. Sedapp! 

Surrrrr

Then pergi AEON Klebang nak cari barang sikit. Sempat pekena Shinjuku Secret Recipe yang kami dah craving begitu lama. Dapat pun! Alhamdulillah, sedappp.

Sendiri gemok, sendiri bising

7 Syawal

Kerja! Bye! 😫

Huaaa susah betul nak move on dari Ramadan and Syawal's fever ni kan? Rindunya suasana Ramadan tu, rindu riuh pikuk saudara mara masa hari raya.

Semoga panjang umur, diberikan kesihatan yang baik untuk kita semua sekeluarga jumpa Ramadan dan Syawal tahun depan. Ameen. 

4/02/2024

Iftar di luar

25 Mac 2024 (14 Ramadan 1445H)

Hari ni Didi ajak berbuka dengan kawan2 office dia dekat Hotel Tower Regency, Ipoh. Ikutkan aku memang malas nak berbuka dekat luar ni sebab waktu Maghrib kan singkat, nak berkejar solat bagai, I dont like. Tapi sebab ada orang belanja kita layan je la ek.

Dalam 7.15pm baru keluar rumah, dah siap2 ambil wudu'. On the way nak naik ke hotel dah masuk waktu pun. Sampai2 kami minum sikit and terus solat dulu. 

Makanan dia so-so je la, tak tau nak cakap worth it ke tak sebab tak tahu harga sekepala berapa. Ada nasi putih, nasi tomato, lauk pauk, ada pasembor, rojak buah, kuih muih, ada shawarma, ada kambing, ada ice cream.

Jumaat lepas aku pergi makan buffet dekat Ayam Gepuk Ganteng, Meru bagi aku tu berbaloi. RM35 sorang, makanan and minuman varieties, ada yang sedap ada yang biasa je tapi worth it. Harga macam tu memang berbaloi sebab kalau beli kat bazar baru dapat 3 jenis makanan je kalau buffet kita makan sikit2 je tapi boleh makan pelbagai. Tapi kalau harga RM80 ke atas / pax untuk aku yang tak makan banyak ni jadi tak berbaloi walau sesedap mana pun, unless orang belanja kekeke.

Dalam pukul 9pm baru gerak balik. Dalam kereta aku cakap dekat Didi

Lama kita tak tidur hotel kat KL kan? Asyik tidur dalam khemah je lately haha.

Jom nak? Serius ni, Abang pun hari tu terfikir, lama tak honeymoon dengan Ayang. Cari la hotel, minggu ni kita pergi. Berbuka kita pergi bazar mana2, berbuka dalam bilik, then kita rehat2 je la dalam bilik.

Jommm!

27 Mac 2024 (16 Ramadan 1445H)

Pagi ni bersiap nak ke kerja terus masukkan beg dalam bonet nak ke KL petang nanti. Nanti aku ambil Didi dekat office dia, dia tinggal kereta kat sana and terus shoot ke KL sebab office dia dah on the way ke KL. 

Hotel aku dah book semalam. Good bargain maybe sebab weekdays kot kan and Nuzul Quran tak semua Negeri cuti, Negeri yang ambil 1 Ramadan cuti Nuzul Quran dorang tak cuti. 

Time Zohor aku siap2 jama' taqdim. Aku beli jugak juadah berbuka risau jem ke apa takde benda nak makan dalam kereta pulak nanti. Aku beli chicken wrap yang officemate jual, murah, isi banyak dan sedap! Hihi Alhamdulillah. 

Pukul 7.15pm camtu kami sampai penginapan yang disewa, The Robertson. Apartment 1 bilik, superb, kolam renang besar, mengadap Menara Merdeka 118. It was our second time there. Nak masuk pun senang, pak guard pun friendly cuma nak naik ke parking lot berbelit sikit jalannya.

Kami berbuka dalam rumah je. Then solat semua baru keluar cari makanan yang benarr haha.

Memula nak pergi Restoran Khan Jee tapi Didi macam taknak so kitorang pergi makan Stiq dekat Wangsa Maju.

Aku makan kambing, Didi makan steak tapi gambar dekat hp dia. Sejak ada hp baru ni dia amek gambar sendiri je tak share dengan aku 😏 haha. Sedap! Kombinasi yang enak tapi tak habis pun, sambung makan moreh kat bilik. 

28 Mac 2024 (17 Ramadan 1445H)

Hari ni namanya hari bersantai. Memang takde rancang apa2. Bangun pagi bila terasa nak bangun hahaha alangkah gembiranya hidup sebegitu rupa. Then ada barang nak cari kami pun siap ke Lalaport. Rancangan asal nak round KL naik train tapi disebabkan panas + puasa, jadi malas pulak 😅 so marilah naik kereta yang telah direzekikan Allah tu hehe.

Fisrt time ke Lalaport, jalan2 je pusing2, takde beli apa pun, window shopping. Then kami ke TRX Mall, 1st time jugak. Best! Suka pulak aku dengan mall ni. Tingkat bawah sekali jangan la dikenang, semua butik premium macam Dior, LV. So kita yang marhaen ni ke atas sikit.

Memula ke Charles & Keith nak belikan hadiah farewell kawan. Dah setel kita ronda2 kedai kasut (kegemaran kami untuk buang masa). Azam aku tahun ni taknak beli kasut tapi lama dah kecundang azam tu.

Best sini sebab banyak brands and paling rare ada butik HOKA. Perghh harga diaa, cuci mata je la, cantik memang cantik tapi kami ni tetaplah setia sebagai duta Asics haha. Didi berkenan 1 kasut ni, trail run shoes tapi dalam dilema nak beli ke tak. Then decide beli lain kali.

Dalam 4.30pm kami sampai penginapan balik, rehat2 kejap dalam 6.30pm pergi Woodfire TTDI untuk iftar. Sebelum keluar Didi bisik dekat aku 'Yang, lepas berbuka jom pergi TRX nak beli kasut' sambil buat cat eyes hahahahalahh nak jugak dia beli, ingat lain kali tu tahun depan haha

Burger terpaling sedap abad iniii! Dah cuba banyak tapi still tak boleh lawan yang ni. Harga keras sikit tapi berbaloi. Sekali sekala je punn. 

Alhamdulillah kenyang, kami gerak ke TRX. Sekarang banyak betul jalan baru dekat KL ek sampai Google Maps pun tak register lagi. Kami konfiden la lalu hiway paling tinggi rupanya maps baca kami tengah kat bawah, tetiba dia suruh belok kiri, kau nak aku menjunamm jatuh ke? haha. Sesat kejap tapi akhirnya jumpa TRX yang dicari dan terus menuju ke kedai idaman hati.

Eh bukan Didi je ke nak beli? Eh? Eh? Hahah. Ni semua salah Didi racun. Memula dia ambil warna cream, cantik tapi akan cepat kotor la. Lepas tu aku tengok design lain tapi takde size, tinggal design ni je ada size. Then Didi cakap cantik pulak so dia pun tukar. Halah halah cakap je la nak sweet sama2 hehe. Dah 3 pasang Asics kami sama, Novablast 2, Nimbus 25 dengan yang ni. Yang ni je sama warna hehe

Dapat 15% diskaun, jadi la potong RM100++. Lepas raya nak aktif hiking balik (yo yo oo je) 😛

29 Mac 2024 (18 Ramadan 1445H)

Balikk, pukul 11.30am checked out. Singgah Decathlon Damansara, Didi nak cari barang dia. Aku rembat stokin running 3 pasang. 

Hari ni berbuka rumah Opah. Opah masak nasi minyak. Nyummm. Balik rumah opah singgah moreh dekat Secret Recipe. Nak makan shinjuku tapi takde stok. 


30 Mac 2024 (19 Ramadan 1445H)

Hari ni berbuka rumah Mak. Siang pergi ambil baju raya, beli perkakas kuih raya Mak, beli kasut raya dengan pergi nursery, Didi beli pokok Matoa nak suruh Ayah tanam,

Time beli kasut raya dekat Bata, aku nak bayar pakai kad as always tapi dia cakap tak boleh, cash je. Aku nak cancel sebab koserr la nak pergi ATM nak datang balik, ingat dekatt? Dah la parking susah. 

Eh tetiba ada pulak terminal kad dia tuu. Eh??????!! Adaaa? Kenapa cakap tak bolehh? Kawan aku cakap mesti sebab nak tipu profit sebab kalau cash boleh adjust profit elak cukai. Gitu mehh?


Malam tu keluar beli burger (lagi) dan aku pergi cari tudung dekat bazar raya. Nasib jumpa kat kedai depan2, tak payah tawaf 1 bazar.

31 Mac 2024 (20 Ramadan 1445H)

Biskut legend by Mak

Mak open order untuk family je. Hihi


Lepas berbuka kami pun balik rumah tapi Didi ajak makan burger (lagiiiiiiii). Dia memang hantu burger. Haha


Cutestt!

Sedapp. Juicyy. Cuma roti soggy sikit so bersepah makan hoho

1 April 2024 (21 Ramadan 1445H)

Hari ni berbuka dengan kawan office dekat MH Hotel, Ipoh. RM58/sekepala (sponsored hehe). Berbaloiii! Ada nasi arab kambing, sup kambing, kari kambing and many more varietiess of foods. Semuaaa sedapppp! Alhamdulillahhh. 

Terpalinggg paduuu

Sedapppp!

Kenapa aku rasa Ramadan tahun ni berlalu dengan cepat ehh? Tup tup next week dah rayaa. Huaaa. Preparation untuk raya Alhamdulillah rasanya dah settle semua, duit raya semua dah tukar. Dapat duit bonus memang semua habis ke duit raya. Temanya dari rakyat kepada rakyat demi rakyat huhu. 

Macam biasa aku akan kerja on 1st day of Syawal. Dah 3 tahun kerja time raya 😭 Nasib dapat duit raya.

So,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI GUYS
MAAF ZAHIR DAN BATIN

ucap siap2 tak kalut huehuehuehue

Hmm nampak gayanya azam diet aku ke laut (??) Kita sambung diet time Zulkaedah lah hahaha.

3/18/2024

Ramadan 1445H

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadan Kareem kepada semua peminatku di seantero pelosok dunia hahaha. Pejam pejam celik, lagi 3 minggu je nak raya.

Azam tahun ni nak kurus haha. So dah seminggu berjaya tak pergi bazar, minum pun air kosong je, sahur minum air rendaman kurma dengan secubit garam. Alhamdulillah Jumaat lepas timbang turun 3kg huahua. Harap istiqomah la sampai tua. Haha

Seminggu ni makan yang sihat je (sihat la sangat)

Selasa (1 Ramadan) - Siakap steam lemon

Try kurma viral. Sekali cukup, kalori tinggi! Kitonyo tengah jaga makan hehe

Rabu (2 Ramadan) - Ikan Singgang

Ikan hancur sebab terendam lama dalam air asam jawa, lepas tu rebus pulak haha. Enoki goreng fav Didi tapi termasin. Didi cakap okay, lidah aku memang tak tahan masin

Khamis (3 Ramadan) - Sotong buttermilk

Bendi masak sos tiram cair and tabur garlic goreng atas tu perghh sedapp gila baqhangg! Didi pun suka.
 

Jumaat (4 Ramadan) - Ikan bakar

Ikan bakar guna paste Adabi, hmm tak kena selera, lepas ni kena buat paste sendiri jugak. Bawah brokoli tu ada bendi hihi

Malam tu Didi nak moreh. Seminggu sekali moreh tak gemuk kot kan? Haha. Dia teringin maggi udang. Apa lageyyy.

Memula buat stok udang

Guna stok buat kuah. Perghh terangkattttt! Alhamdulillah kenyang sampai esok haha

Alhamdulillah 4 hari masak tanpa fail. Sedap tak sedap belakang cerita haha tapi Didi hari2, sedapnyaa yangg, bangga kitaa walaupun tau dia tu semua sedap hahaha.

Sabtu (5 Ramadan)

Hari ni cadang nak berbuka rumah Mama tapi kami bermalasan dekat rumah sampai Zohor. Then baru bagitau Mama nak balik sekali Mama cakap dia nak berbuka dekat masjid hahaha padan muka, lambat lagi bagitau. 

Lepas Zohor kami ke Ipoh Parade dulu nak beli handphone Didi yang dah gila. Disebabkan aku malas nak fikir, aku cakap kat dia aku topup sikit duit nak beli handphone tu sebagai hadiah birthday dia Jun nanti (lambat gila lagiii haha), dia gumbiraa haha tapi memang sikit sangat la aku topup, 1/8 dari harga sebenar huahuahua.

Aku mana boleh Didi beli benda baru, aku pun nakkk! Hahah. So aku pun beli handphone yang sama sebijik sejebon dengan dia. Baru Swuetttt hahaha. Didi cakap, jam dia handphone semua ada contribution aku, so dia takkan jual la dia cakap haha. Didi ni sentimental sikit, aku tak haha. 

Tapi punya la lama nak setting handphone tu, dari Zohor nak ke Maghrib baru settle. Didi punya cepat sebab memory lama dia 64gb je, aku 128gb so lagi besar nak transfer. Tak pepasal beli baru, reason aku sebab aku nak handphone kecik huahuahua dasar suka habiskan duit.

Settle semua kami pun cari makan, berbuka dengan air mineral je. Pergi 2 restoran, dua2 buffet and full house, last sekali makan dekat Nifayyi je, tu pun dekat pukul 8pm baru makan.

Dekat pukul 930pm baru gerak balik rumah Mama. 

Ahad (6 Ramadan)

Hari ni request Mama masakkan ayam masak merah and Mama pairkan dengan masak lemak kobis suun. Gandingan yang mantap sekaliii! Puas hati. Tu pun Didi cakap tak sesedap dulu sebab dah tak guna sos Aminah Hassan. Susah nak jumpa dah katanya. Aku akan usahakan cari nanti sebab nak rasa apa rasa makanan ruji Didi waktu kecik2. Dia cakap waktu kecik hari2 dia makan ayam masak merah haha.

Sebelum berbuka kami sempat ke Aeon Manjung cari baju raya. Nasib jumpa. Musim panas ni memang elok cari baju raya dalam mall je huhu. Then sempat tapaukan sikit Sushi Empire untuk kudap berbuka. Mama suka Sushi Empire, nanti boleh belikan lagi. Lepas maghrib kami pun gerak balik rumah. Memula Didi ajak makan smash burger dekat Medan Gopeng then tak jadi sebab kenyang lagi haha.