”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/10/2010

hari pertama sem 3

petang tadi aku sampai DPP tercinta ni..wekkk!! tercinta la sangat, terbenci ye kot..punya la luas Malaysia ni, kenapa perlu letak U ni di Sintok??..tak de pembangunan, takde hiburan, takde pakwe hensem..eh over pulak..da la jauh dari town, nak lepaskan tension pun kena terperuk dalam kereta sejam baru nampak bangunan yang boleh menggembirakan hati iaitu shopping mall..walaupun masuk dalam tu hanya nak mengumpat orang lalu lalang, tapi puas!!..

3 tahun lagi aku harus menyeksakan diri aku stay kat sini..tadi ayah aku warning "lepas grad jangan datang sini dah"..amaran keras tu, nampak sangat dia pun tak suka tempat jin berdendang sayang ni..aku rinduuuuuuuuuuuu!! rindu rumah dan keseluruhan isinya, termasuk bekas letak gula kat dapur -_-''..dari semalam aku da rindu dan buat muka paling comel mintak nak balik lambat..tapi puan mak tak bagi..mak memang hati kental, kalau dengan ayah baru buat suara meleret da cair..laki~laki~..haha..tiba2 nak salahkan laki pulak..sebagai anak yang solehah, turutkan je la kata ibu tercinta, syurga ada kat tapak kaki dia..hehe

esok da start kelas..tapi aku lupa kelas pukul berapa..dan di saat begini la portal nak gedik2 manja tak boleh access..perasaan nak mencarut memang sukar untuk ditapis lagi, tapi bila terpandang telekung terus teristighfar :)..nasib baik da siap kemas barang yang da macam 1 lori..penat la hai badan ni, padahal sepanjang perjalanan aku baring kat seat belakang, seronok adik2 tak ikut, kalo tak menyempitkan kereta je..heh

malasnya nak mulakan rutin baru..bangun pagi, pergi kelas, buat assignments..haish..kat rumah bangun nak dekat tengah hari, makan mak sediakan, main dengan kanak2 ribena, tengok tv..hai la syurga dunia~~..lepas ni mesti aku selalu update blog ni ha, bosan takde buat apa!! huh..

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!