pagi tadi aku bangun awal, 7.30..awal la tu kan?? hehe..aku nak pergi Hospital Taiping dengan mak, ada follow up medical checkup dari operation appendix aku bulan lepas.. kene drive sendiri..sob sob..baru ingat nak manja2, nak tidur kat seat belakang..tapi ayah ada hal kat pejabat, cis punya audit!! punya la banyak hari dalam dunia ni, hari ni juga nak datang..ni lah nasib kalau da boleh drive sendiri, semua kene buat sendiri..menangis sekarang!! *gedik Beron*
sebelum pergi, aku siapkan cousin aku nak pergi tadika..aku mandikan dia, pakaikan baju dia, hantar dia pergi sekolah..auwww!! da rasa macam mak2 da ha..sampai2 tadika dia nangis tak nak pergi sekolah, ah sudah!! nasib baik mak aku ada nak pujuk, kalau aku, sungguh aku tinggalkan je kat situ, da penat mesti die berhenti nangis kan?? hehe..
aku sampai hospital pukul 9.30..parking punya la jauh, dalam kawasan hospital, penuh!! eh ramai pulak orang sakit hari ni..spoil betul hari ni..huhu..da daftar2 segala hal, punyalah aku mengantuk, sementara nak tunggu turn aku jumpa doctor, aku tidur..tahu aku tidur kat mana?? aku tidur atas riba mak..haha..slumber badak aku je..tiba2 nama aku kene sebut guna microfon..opocot kau!! aku tengah tidur, terus terjaga..hampagas betul, tak reti panggil elok2 ke?? terpinga-pinga aku bangun, duduk tegak..mak yang pergi counter ambil apa ntah..lepas tu aku perasan ada sorang perempuan ni pandang tak puas hati je kat aku..eleh, tahu la ko jeles tak boleh tidur atas riba mak kau..sapa suruh bajet perempuan sangat?? haha
aku kene cek dengan sorang doctor lelaki Cina..peramah sungguh aih!! bila die suruh aku baring nak cek parut and perut, dia panggil sorang doc perempuan Melayu sekali..tengah2 dia cek tu dia tanya aku sekolah mana..alah, malu la I, mana ada I sekolah da..auwww!! disebabkan terlampau malu, aku geleng je kepala..then dia cakap "tak belajar ke?"..aku kata la aku da masuk U..then dia cakap "badan kecik, I ingat u budak sekolah lagi"..lepas tu doc Melayu tu sampuk "I pun ingat U budak sekolah"..omaigod! omaigod! kalau boleh kembang aku rase, memang da terbukak balik jahitan aku hari tu..haha
time dia tekan2 perut aku, aku terloncat..doc tu da gelabah tanya kenapa..aku sengih2 la kata aku geli, die gelak..then dia tanya buat lembut2 geli ke, buat kasar2 geli..aku kata la, lembut2 yang geli..pastu die perginye tekan perut aku kuat..memang, memang tak geli, tapi senak!! da la baru breakfast nasi lemak sotong, aku risau kaki sotong terkeluar kat hidung aku je..haha
semuanya ok..doctor tu puji aku sebab ambil keputusan datang cepat kat hospital time sakit hari tu, sebab appendiks aku da bernanah, kalau lambat sikit memang pecah..kalo pecah, InsyaAllah aku da Innalillah sekarang -_-''..lepas tu doctor tu ada cakap "parut U cantik, so takde masalah nak pakai bikini after this?" dalam nada gurauan la..o betul ke doc?? boleh ke pakai bikini?? ok sekarang juga nak pergi beli!! haha..gila ke, mahu bapak aku tolong gali lubang kubur untuk aku camtu..doctor tu sangat friendly and peramah..aku cerita masalah gastrik aku kat dia, punya la panjang lebar dia cerita.sampai aku da pegang tombol pintu pun he keeps talking..adoyai!! Faz, ko da jadi doctor nanti jangan peramah sangat eh, serba salah patient nak keluar, nanti patient rasa nak lepak lama2 ngan ko sambl layan teh tarik.. :D
hey nad!
ReplyDeletemeh meh usha blog aku
http://bihagossipgirl.blogspot.com/