aku mengantukkk!! tapi tak nak tidur time asar, nak tidur lepas maghrib sampai isya'..hehe..serius, hari ni sangat penat otak bagi aku..da rasa macam otak udang ni ha..macam otak2 pun ada..apa hal kalau ada word otak selalunya makanan eh?? pernah makan otak kambing?? eh tetiba..
hari ni ada 4 kelas..eleh setakat 4 kelas, apa masalahnya cik Beron?? dulu time sekolah straight 5 6 kelas cool je lagi. siap boleh tidur di sebalik timbunan buku..baru 4 kelas da nak penat otak la, penat pinggang la, penat telinga..banyak songeh la kau cik Beron!!
tapi serius hari ni aku sangat rasa upside down..mula2 kelas tort, ok lagi sebab lecturer tu fun..then rehat, kitorang pergi makan..lepas tu sambung kelas Criminal Law..prang pung pang pang belajar pasal jenayah la, orang ni tembak orang ni kat perut, tak mati2, pastu die pergi bakarnya lagi, ha mati pun!! puas hati aku!! kalau tak mati jugak, meh aku yang bunuh, buat panjangkan kes je!! =P
Criminal Law sangat pening but it's interesting..kalau kau nak membunuh ada direct niat ke, takde niat ke, niat tersembunyi ke, tu semua kene ambil kisah..kalau ko tembak kat perut, tak termasuk dalam motif membunuh, tapi motif mencederakan..unless kalau ko tembak orang tu kat kepala otak, sah2 la nak membunuh namanya tu..belajar punya belajar, last2 aku rasa otak aku yang bersepai kene tembak!!
lepas tu masuk kelas Business Accounting..astaga!! aku lupa nak kutip otak aku yang bersepai kat kelas Criminal tadi..ah sudah!! 1st slide je aku paham, slide seterusnya aku anggap aku tak ambil subjek tu sem ni..huhu..budak Law bila masuk kelas akaun macam typical budak tadika masuk kelas budak SPM belajar add math!! bukan aku nak bangga, dulu math aku boleh dikatakan tahap kembang hidung la..tapi sekarang?? huh!! adik tanya 7 x 8 pun, aku gelabah "kalkulator mana?? kalkulator??"
lepas habis kelas account masuk kelas retorik pulak dah!! ayyoomaaaa!! tau tak retorik tu apa?? senang cerita sort of seni bahasa la..bukan yang zaman Hang Tuah punya bahasa, tapi belajar macam mana nak berhujah, macam mana nak meyakinkan audience..wakluu!! serius otak aku tak boleh terima..mula2 belajar bunuh membunuh, tiba2 masuk kira2 pulak, last2 kene berbahasa pulak..apakah?? penat lah otak aku macam ni, sian la dia, macam da tak cukup oxygen..ingat aku multi-talented ke?? sapa ada Lamborghini 5 biji?? nak kahwin ngan aku tak?? haha
tggu..jgn x tggu..hehe~
ReplyDeleteakan trus menunggu..hehe
ReplyDelete