”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/21/2010

duit mengalir ibarat paip air bocor

gila lah sumber kewangan aku sekarang merudum ke tahap paling muflis..lagi 0.01% boleh diisytiharkan bankrupt!! matila! matila! lepas ni makan nasi putih dengan ikan goreng share2 beli dengan kucing -_-''..baru bulan 8 hoi hoi! ada lagi 3 bulan kat sini..mana nak cekau duit??

aku ni anak mithali..ade segumpal perasaan malu nak mintak duit kat mak ayah walaupun aku ni bawah tanggungjawab dorang..hehe..pernah tak korang rasa macam tu?? rase gelabah nak buat intro ayat nak mintak duit..kalau call sambil cakap nak mintak duit tu memang aku sorok muka dalam selimut..poyo kan?? konon macam 3G ngan mak aku je kan

ayat mula pun mesti macam aku la anak paling solehah dalam dunia ni..tone suara pun antara dengar ngan tak je..hangguk btoi!! bukan diri aku la weh..sebab tu bila agak2 da tak de duit, seminggu sebelum duit habis aku da bina ayat paling power dalam otak macam mana nak mintak duit..padahal normal la kan manusia menketedarah macam aku ni guna RM 100 seminggu?? tapi aku tak tahu la kenapa aku malu sangat nak mintak!! sebelum call aku rasa nak buat solat hajat, biar mak aku yang tanya aku ada duit ke tak, bukan aku yang mintak..hehe

pernah sekali tu, aku tak makan 3 hari sebab tak de duit, nak mintak mak malu..lagi satu masalah aku, aku sangat la tak selesa nak pinjam duit orang..kalau pinjam pukul 2, pukul 2.05 rasa nak pulangkan, tak tenteram la hidup aku berhutang ni haih..en. sayangg marah gak la time tu..malu tak bertempat..hehe

dengan ekonomi sekarang ni lagi la..hayyooo!! masuk toilet pun boleh cecah 50sen..dulu 50sen boleh beli air, sekarang 50sen untuk buang air..gilo apo!!..nasib baik masuk surau kat shopping complex tak payah bayar, kalau tak mahu aku solat kat tengah2 shopping complex tu..huhu..

tadi melayang lagi duit aku, dekat rm50 juga lah..bayar duit ko-k..ntah ape2..pergi Kuala Nerang je pun, bayar macam aku pergi KL..da la die yang nak buatkan aktiviti untuk kita, patutnya dia la sponsor kan?? pastu nak paksa2 pulak..very the loser!!

hai nasib baiklah aku single lagi, erk' maksud aku takde tanggungan..tak payah fikir duit susu pampers anak, duit bil elektrik air astro bagai..fikir perut sendiri je..tu pun sampai gastrik2 sebab tak jaga makan!! perut sendiri pun tak reti jaga la ko Beron!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!