”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/29/2010

relief mid-sem burden

tadi baru selesai jawab mid sem test untuk Tort..not bad la soalan dia..and jawapan yang aku bagi macam bad je..haha..tak yah la korang tahu soalan dia..bukan korang rajin nak jawab pung!! *tibe2 terengganu* heh'..habisnya exam tadi, maka hilanglah beban aku sebelum cuti raya ni..hoyeah!! haipp Nadia!! jangan lupa pada assignments yang da kedip2 mata suruh dibuat..huhu

lepas raya punya tests and assignments tak nak pandang lagi!! berani la munculkan diri depan aku walau hanya bayangan, aku bom dengan meriam buluh! heh'..esok kelas terakhir aku weh sebelum cuti..nak pakai baju kurung la, nak mintak maaf kat semua orang yang lalu lalang..ceh' padahal kat sini memang aku selalu pakai baju krung..ayu gitewww!!

tak sabarnya nak balik..tahun depan sempat lagi ke tak nak bepuasa kat Bukit Kachi ni..sumpah aku boleh kurus macam tiang lampu TNB kalau berpuasa sebulan kat sini..berbuka makan nasi dengan air mineral je..kadang2 aku beli air manis..konon nak menyahut seruan Kementerian Kesihatan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan..sahur pun tak, sebelum tidur minum susu dengan telan kismis 7 biji sambil selawat dan usap perut memberi nasihat "sabar eh perut, jangan buat hal, puasa dapat pahala, tuan kau ni da la banyak dosa" ^_^''

macam mana la agaknya puasa kat rumah nanti ya?? pukul 7.15 da on radio..mula la dengar iklan pak mat songkok..aku tak tahu siaran negeri lain ade ka tak, tapi kalau Perak sure ada..tak tahu la pulak tahun ni, sebab aku tak pernah berpuasa kat Perak lagi, mana tahu Pak Mat songkok da arwah ke kan..heh'..pukul 6 mak da sibuk memasak di dapur..aku?? oh aku tengok Jejak Rasul..tambah ilmu..bukan tak nak tolong mak, cuma mak aku lagi suka kalau aku tolong habiskan makanan dia je..

kalau kat rumah, mak masak ikan bilis masak sambal pun slurrrppp habis..kat sini?? makanan tak pernah memenuhi kriteria tekak aku..kalau tak ikutkan rasa lapar, makanan tu mahu jadi hidangan tong sampah..bukan tak bersyukur..da masak sambal pun manis, apa cerita?? loya tekak I tau makan manis2..aku punyalah berinisiatif  kurangkan pengambilan gula dalam makanan..dorang la yang menhancur leburkan niat murni aku..kalau tak fikir mencarut adalah berdosa, tambah2 di bulan yang mulia, depan rezeki pulak tu, da lama aku....hei' malas nak cakap je..heh'..nasib baik esok last aku berbuka kat sini, utk tahun ni maksud aku..lusa sampai raya aku buka puasa bersama keluarga tercinta..auwww! penyayang sungguh rasanya :D

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!