aku selalu rasa budak yang lahir tahun 1990 or 1 batch dengan aku selalu jadi mangsa eksperimen kerajaan..mungkin pihak kerajaan tahu kami ni jenis pandai berdiplomasi, tak kuat memberontak, mempunyai toleransi yang tinggi..dan yang mungkin dorang tak tahu, dalam diam kami memaki jugak sebenarnya..haha..1st eksperimen yang dibuat kepada kami yang budiman ni adalah mengenglishkan subjek math and science..hasilnya?? entah!! tak berani nak komen..bagi aku ok, orang lain aku tak tahu..ok tak ok pun, failed jugak subject sciences aku..haha..dengar cerita nak bubar balik..ke da bubar??..hayohh! matila tiap kali tukar menteri nak tukar sistem..mangsanya, anak bangsa jugakkk..
cuba stick dengan 1 sistem sampai berjaya, buat la apa pun untuk bagi berjaya jugak..da habis inisiatif, baru move ke sistem yang lebih sistematik..kalau gagal sikit nak mengalah, naya oi..ceh! memandai je aku nak ajar kerajaan..haha..okay2, buatlah apa korang rasa baik untuk rakyat..kalau boleh, sebelum buat apa2 keputusan, solat istikarah and bermesyuarah la dulu ;)..pasal nak mansuhkan PMR aku tak nak komen apa2, sebab da tak de kene mengena dengan aku!! haha..kalau aku rasa tak ok, nanti anak aku, aku hantar belajar kat Australia dari tadika lagi..haha
oh yang terbaru, aku dapat tahu Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) nak selaraskan cuti budak2 IPTA, jadi sama dengan foreign country, if I'm not mistaken, we'll follow Australia..ceh gelabah Nadia, tiba2 nak speaking..haha..aku pun tak tahu apa motifnya..kalau Australia ikut musim winter, summer bagai..kita?? kita ikut musim durian kot..haha..berita gembiranya, sem depan, cuti mid sem aku 3 bulan beb!! 3 bulan!! kalah orang pantang macam ni..yang spoilnya, makin lambat la aku grad!! patut boleh grad mid 2013, lepas selaras ni maybe aku grad end 2013..hoi!! lambat lagi tu..tak payah fikir la..entah hidup ke tak lagi pun -_-''..maka makin lambat la aku kahwin!! haha..eleh macam kalau grad mid 2013 ada orang nak kahwin dengan aku!! haha
apa2 pun sebagai rakyat yang belum layak mengundi, apa ntah lagi nak jadi adun negeri, terpakslah redha dengan segala keputusan pihak tertinggi..kalau bapak aku tanggung full cost aku study, boleh jugak aku nak bawa sepanduk tanda protes keliling putrajaya lepas tu singgah alamanda..tapi dengar cerita aku belajar ni 3/4 kerajaan tanggung..so sebelum habis belajar, duduk diam2, baca je buku sampai khatam, kalau tak, tak pasal2 aku kene buang universiti pulak..hehe..apa2 pun I believe the government sector always make a smarter choice for the upbringing and future of their's peoples..ceh ayat mengampu!! mana tahu tiba2 lepas ni kerajaan nak bagi rumah sebijik sorang ke kat siapa2 yang berjaya grad..1st class degree honour = banglo, 2nd class = double storey, 3rd class = apartment..kentut kau!! berangan kuat..ngeh ngeh ngeh!
part yg last psl rumah tu i agree muahaha
ReplyDeletehaha..jom2..kita hntr memorndum rmai2 minx kt kerajaan! :D
ReplyDelete