”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/03/2011

chef

ni nak buat pengakuan berani dikutuk..aku memang tak reti masak..hahahahha...takpe2, jatuh saham sikit dulu takpe..lepas ni kita kasi up balik..setakat simple2 tu boleh la, tak de lah jahil sangat..terpesong sikit2 tu ada lah..contohnya tertukar daun sup daun bawang dengan kucai..sikit punya hal kan?? keh keh keh..bukan tak nak belajar masak, tapi tu la..ha mula nak bagi 1001 alasan huhu..dulu lepas SPM aku ada belajar masak..tapi bila da sambung belajar, pihak universiti buat amaran besar2 kat blok, yang dalam bilik tak boleh masak..maka berkecailah segala skill mkill aku selama hampir2 setengah tahun jadi penganggur..habaq mai sekarang siapa yang bersalah dalam hal ni?? dah tentu bukannya aku =P hehe

sejak detik itu aku bertekad, 5 hari sebelum kahwin baru aku nak belajar masak..hehe..tapi kalau kau biar aku sorang2 kat rumah aku boleh survive la..nak sumbat perut orang yang tak berani lagi, takut ada kene diarrhea :D..tapi seriusly aku sangat minat seni masakan, kulinari kan nama sedap dia??..tiap kali aku tengok mula la semangat nak memasak tu berkobar..gila kagum tahap nganga mulut kalau tengok dorang decorate makanan..tambah2 kalau chef tu hansem, hai apa nak dikenang..ngeh ngeh ngeh..

tiba2 aku rasa nak tukar cita2, nak jadi chef..haha..sila jom gelak bersama-sama..goreng telur dadar pun hangus ada hati nak jadi chef..tapi tekad aku, aku nak pandai masak, nak decorate tiap masakan aku..tak kira la masakan kampung ke apa..ni kira azam la..azam tahun bila jangan tanya..aku tengah layan cerita Korea, Yuhee The Witch..siapa pernah tengok cerita tu?? sila terliur..kagum gila kan tengok hero2 dia pandai masak?? cair I nyah, air liur pun meleleh..da la hansem, tangan mulus decorate makanan..perghhhh! pakej terbaik..tapi bukan aku minat kat dorang, aku nak ada bakat macam dorang..tapi macam susah je..tapi aku akan usahakan! chaiyo! chaiyo! eh kenapa tiba2 bersemangat?? entah!! aku memang minat dari dulu benda2 ni, tapi sekarang baru berkobar..mungkin da rasa layak kahwin..ngahahahha..tapi tak de lah sampai nak drop law amik kulinari..hehe






sah2 la bukan hasil tangan aku..hehe..tapi da bomb gila kan kalau boleh buat macam ni?? walaupun kadang2 indah rupa dari rasa, tapi first impression tu penting..bila hati da suka, pahit getir sanggup telan..keh keh keh..tapi tak de jadahnya kalau nak buat macam ni kalau setakat nak makan malam hari Isnin..special event baru nice! hari2 nak buang masa mengadap benda ni tak boleh jadi jugak..ingat aku kerja kat hotel ke?? hehe..amacam?? dengan tekad macam ni naik tak balik saham aku yang merudum tadi?? ;)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!