”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/15/2011

penakut memang tak cool

ramai orang cakap aku pemberani orangnya..kolej aku satu bilik berdua je, boleh kau nak sumbat 10 orang pun, tapi sila tidur bawah katil..bila roomate takde, mak akan pesan tidur kat bilik kawan yang ada orang, kalau bilik kawan yang kosong, sama je la ceritanya tidur bilik sorang2!..parents aku jenis yang penrisau, kadang2 tahap yang suka fikir pelik2..dan sebagai anak yang pendegil, aku jarang2 nak dengar cakap dorang..hehe

mak aku risau bila aku cerita, ada sorang budak kat sini kena rogol sebab dia tak perasan ada lelaki menyorok bawah katil..style pintu kat sini pulak, dia auto-lock, kiranya orang luar tak boleh bukak tanpa kunci and orang dalam akan terkunci dengan sendirinya...maka, orang luar susah nak masuk kalau apa2 jadi and kalau kunci rosak dari dalam, sila la engkau keluar kat tingkap, terjun ke bawah dari tingkat 4..jadi dari detik itu, setiap kali balik sorang2 ke bilik mak akan pesan suruh check bawah katil, dalam locker la..kadang2 aku menjawab ye mak, dalam laci pun Nadia check..lalu dapat jawapan tengkorak kamu..ha tau pun!

ayah pulak akan pesan check tiap sudut, takut2 ada ular..selepas beberapa kes ular masuk bilik students kat sini and aku sendiri pernah nampak ular bersiar-siar di dalam longkang di petang yang hening..yela, korang nak expect penguin masuk bilik ke dalam hutan bumi Sintok ni?? ok la ular yang masuk dari harimau..heh!..setiap pesanan akan diiringi oleh gelak dari aku..haha..aku manusia yang ambil mudah semua benda, sampai ada orang kene ingatkan itu dan ini..bukan tak risau, cuma malas nak serabutkan fikir benda yang tak best..dalam2 melawan, atau cuba tukar topik tiap kali kena bebel, aku tetap check bilik aku sebelum landing atas katil..ingat aku otai sangat ke?? takpunnnn..aku suka protes je..hehe

dan esoknya mak akan call tanya aku tidur mana.dan jawapannya mesti aku akan tidur sorang2 jugak, maka siapkanlah telinga anda kene bebel paling kurang 3 minit..berani betul kamu ni Nadia, da la blok tu kosong lagi, apa2 jadi tak de sape tahu bla bla bla..aku just mampu hehehehe..aku bukan tak nak tidur bilik kawan, aku tak suka menyusahkan orang dan mengganggu privacy orang..mana tahu dia nak gayut dengan bf dia ke malam tu, tak pasal2 kene gayut kat tangga blok sebab aku ada dalam bilik dia..tak cukup murni ke pemikiran aku ni?? jawab! jawab!

pada hakikatnya, aku tak la berani seperti yang terdetik di sanubari mak bapak aku..mak aku takut ada orang jahat masuk bilik, ayah aku pulak takut ada binatang berbisa masuk bilik..tapi aku pulak takut................ok teka sendiri..aku manusia yang susah nak tidur dalam terang, tapi terpaksa kalau tidur sorang2..then mesti akan terjaga setiap jam..

walaupun lampu bilik aku macam kat i-city meriahnya, aku tetap fikir bukan2..mula la simpan satu badan dalam selimut, kalau boleh tidur dalam locker, lama da aku buat..lalu, aku cuba mendigest otak untuk fikir benda lain..tapi dasar otak pendengki, tak fikir benda pelik2, mesti aku fikir makanan! mula la aku lapar, pukul 3.30 pagi hoi!! mana nak cari makanan?? gerak dari katil pun aku tak berapa nak berani..cakap la tak berani langsung, susah sangat nak mengaku!..maka hasilnya, aku gigit tengkuk teddy sampai tertidur! anggaplah tu drumstick ayam key ef seeee! =P

4 comments:

  1. hahah..hebat naa ang ni..baik2 tedy bear tuh.kang dia btukag jadi lembaga..haha

    ReplyDelete
  2. oi ko jgn buat aku rse nk buang tedy bear tu =P

    ReplyDelete
  3. eyt?awk duk kolej mne nih..sunyi sepi g eh skang nih?haha..men2 la..awk 2 gadis tau..kna lbih ati2 la..tp cm x sagka je..mcm2 bley msuk blik 2..ular la..laki pn bley msuk..uiks..monyet mst ade gak kan?haha..

    ReplyDelete
  4. kolej dlm hutn! hahaha..tu yg mcm2 boleh msuk tnpa sempdn!..hehe ok bos!..ha tept skali..monyet la plg pelwt setia kmi tiap ptg =P haha

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!