”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/08/2011

siapa cakap masyarakat majmuk Malaysia tak makmur?? mari aku nak tabuh sikit

tadi aku ikut ayah beli barang kat kedai hardware..ayah aku beli apa ntah, yang penting bukan daging burger..pemiliknya lelaki Cina tinggi lebih kurang 6 kaki, muka boleh jadi model seluar dalam tapi penampilan sedikit selekeh sebab yela owner kedai hardware kot weh! bukan underwear!..aku stare kedai tu dari jauh je, malas nak keluar sebab tak menutup aurat dengan sempurna, ada ke patut aku lupa pakai seluar..hahhaha..tak2, memain je..

dari pandangan aku yang hampir ada kelulusan seorang doctor kalau aku belajar rajin-rajin time SPM dulu, aku rasa kedai tu boleh maju walaupun kurang tersusun..aku memang jarang pun nampak kedai hardware tersusun macam kedai Levi's, eh bukan jarang, sungguh tak pernah!..time aku tengah fikir strategi perniagaan apa yang Cina tu gunakan sampai tak berhenti orang keluar masuk kedai dia, aku ternampak seorang atok Melayu bergaya ranggi keluar dari kedai tu..mungkin ada barang dia tertinggal, dia nak patah balik masuk kedai tapi Cina tu da keluar dengan barang dia..dorang berborak kejap sambil tangan Cina tu cuba bukakan plastik..tiba2 dari planet mana entah ada seorang India datang, ambil plastik dari Cina tu dan tolong bukakan..dan mereka kembali berborak bertiga, mungkin membincangkan isu harga barang naik

bila aku tengok scene tu, otak aku macam terpause untuk fikir benda lain..tiba2 semangat patriotik menyerap masuk dalam jiwa aku..kalau kereta aku open air, tang tu jugak aku diri sambil tabik hormat, nyanyi lagu negaraku..suasana yang sungguh harmoni, kalau orang 13 May tengok, mahu menangis terlolong menyesal..hehe..

sebenarnya aku rasa kempen nak mengeratkan silaturahim antara kaum ni kurang perlu..buang duit sana sini, orang datang kempen tu sebenarnya nak makan free je, bini malas masak..apa penceramah cakap ibarat makan kat mulut, keluar kat punggung la..benda ni semua ikut diri masing2..orang ni, kalau dia humble, ingat asal usul, sedar diri yang dia perlu hidup masyarakat, dia akan baik bertegur sapa dengan semua orang tak kira la gigi kau jongang ke, kulit  kau berpanau ke, kau tak sembah tuhan yang aku sembah ke..tapi tu la, kadang2 kesedaran tu lambat datang, kene ketuk ngan hammer baru sedar..pendekatan yang lebih efektif perlu dilaksanakan..amacam boleh tak aku jadi menteri perpaduan kaum?? keh keh keh

4 comments:

  1. teringat skola rendah dulu..blaja ayat majmuk..hahaha

    ReplyDelete
  2. gle kuat memori kau..aku ingt aku suke pnjt pokok je sek rendh dulu hahha

    ReplyDelete
  3. haha..jrang ade org gna ayat tabuh 2..n my frenz pn rmai yg x tau..hehe..

    ReplyDelete
  4. haha..tu la, rse lame gila x gune..tu yg gune ;)

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!