”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/28/2011

jadilah pemandu yang berhemah..ajal kau mungkin sedang menunggu di hadapan!

tengah hari tadi, selepas seiya sekata tak nak pergi kelas BM, dalam bahasa kasarnya, ponteng kelas! aku and the geng bercadang nak lunch dekat Marrybrown..wah selera bukan main gajah lagi! nasib baik dekat Changlun ada Marrybrown je, kalau ada McDonald harus aku da macam gajah sekarang..

on the way nak pergi, kitorang nampak kereta kancil accident..perghhhhhh! scary dan insaf seketika..betul2 depan hotel UUM accident nya..dengar cerita, accident pagi tadi, 3 orang mati..huhu..berdasarkan pemerhatian, aku rasa owner dia perempuan coz kat tepi jalan ada tempat letak tisu colour pink plus teddy bear kecil2..CSI tak mata aku?? hehe..tapi kalau owner dia laki, sah berlaku kecelaruan identiti di situ

tengok keadaan kereta dia buat aku meremang bulu roma..sungguh!..nampak sangat ajal di mana2..dan bila2 masa je woiii!..niat baik nak pergi kelas pagi2 buta, siapa sangka lagi 3km nak sampai, ajal datang menjemput..hati gembira nak balik jumpa ayah mak, siapa sangka sebenarnya korang sampai dengan van jenazah bukan bas ekspress..nauzubillah..bukan aku nak elak mati, tu siapa pun tak boleh nak elak..tapi biarlah bukan mati denga cara mengerikan..huhu

kadang2 bukan salah kita..kita punyalah sebelum start enjin kereta pakai seat belt, check signal, tayar, cermin bagai, betulkan kedudukan seat, letak lip gloss sikit kat bibir, sambil turunkan hand break kumat kamit baca doa..da start jalan, asyik2 jeling meter takut overlimit..sekali time turun bukit, lori belakang punya brek tak breakfast pulak..apa kan daya?? tu namanya takdir ye adik2..perlulah redha di situ..

aku terdiam setiap kali tengok accident sebab terimbau kenangan lama..*switch ke scene hitam putih*..dulu aku accident paling teruk injured bahagian kepala..17 jahitan jugak la aku kena..darah dari kepala tak payah cerita la macam mana, dengan likatnya, warna nak dekat hitam *eh tercerita pulak*, habis 1 muka aku berbedakkan darah, basah 1 baju dengan darah, mata pun tak boleh bukak sebab darah bertindak sebagai gam..time tu aku on the way nak pergi KL..time doktor koyakkan baju aku, alihkan kaca2 dari luka aku, dan paling sadis botakkan kepala aku! aku menangis! meronta-ronta..sambil menjerit "nak pergi KL, nak pergi KL"..psycho tak aku?? keadaan da macam tu pun aku nak pergi KL lagi -_-''..bila difikirkan balik, cukup lah aku accident sekali je! peritttt!..dan Alhamdulillah aku masih hidup dan diberikan kesempatan untuk merapu di sini ^^,

kereta yang accident pagi tadi..dapat bayangkan tak apa jadi kat manusia dalam tu?? huhu..nauzubillah

2/27/2011

I just miss u grandpa!

tok, kadang2 Nadia lupa yang tok da takde kat dunia ni..bukan, bukan Nadia tak boleh terima qada' dan qadar Allah, just Nadia rasa yang tok masih di sini..bila Nadia ternampak apa2 yang mengingatkan Nadia kat tok, baru Nadia sedar yang tok da jauh, tok da takde kat sini

tok, hidup ni bukannya senang kan??..kadang2 rasa nak cepat je ke 'sana'..world is too crowded for me! tapi selagi belum tiba masanya, kita tak kan berjumpa kan??..don't worry, I'm just ok here..biasalah masalah2 kecil ni kalau datang salah masa memang rasa nk buat bungee jumping je!

kerja banyak ya amat tok oiiii! dulu tok nak Nadia jadi doktor kan?? hehe..sorry, tak dapat lunaskan impian mu kerana cucunda mu ni Allah tahu kemampuan nya! ;)..walaupun kadang2 rasa tak mampu je nak further dalam law ni, but I won't disappointed you and others family members! :)..da janji dengan Cik Mal nak buka firm sama2..keh keh keh berangan!


perpisahan..memang susah nak terima kan??..lupa apa ntah lagi..cuma ambil masa nak terima, berapa lama?? ikut daya tahan mental masing2..berpisah, mati atau hidup, dua2 sakit rasanya!..tapi ingat satu benda, tak de  apa yang kekal dalam dunia ni..so selagi dia ada dekat dengan kita, hargailah! nanti menyesal tak sudah pulak!


menyedari kau di sini membuat hati rindu, air mata mengalir syahdu
satu hari, ini juga akan jadi habitat aku
hilang dunia, hilang segala
kembali kepada yang berkuasa
dunia hanya sementara
maka fokus pada yang utama!

*sorry, entri emo sikit! terjumpa gambar ni, tiba2 jd emo ;)

2/24/2011

i'm in love with my girlfriends :)

hari ni UUM diisytiharkan cuti sebab TPM datang melawat sempena hari jadi UUM ke 27, boleh da 'bina masjid' ni..sila la melawat selalu, aku suka cuti2 ni..dia bawa anak dia yang Najwa tu dengar cerita, aku baru tahu yang anak dia lah yang berduet dengan Malique tu..fewiiiit! I jealous you dapat duet dengan Malique! =P..

jenis manusia yang tak sedar diri macam aku dan rakan2 ni, walaupun asignments segunung, cuti totap cuti! aku memang manusia yang menggunakan cuti sepenuhnya, dari C = come on, lets go to somewhere!, ke U = u can do what ever you want!, ke T = tidur sepanjang hari, ke I = I feel like I'm in heaven..

so tadi aku, Cha, Dira, Dila, Chot and Sheril pergi melantak McD kat Alor Star then teman Chot pergi specialist mata, dia sakit mata..memang la pergi specialist mata sebab sakit mata mangkok! takde nya orang pergi klinik mata sebab nak deliver baby! eh? haha..Wawa and Maria tak dapat ikut, biasalah orang ada komitmen lain, mana nak sama dengan orang bujang! hahahaha..ampunnn! mati aku kena sembelih kalau dorang baca ni..dorang ada kerja lain hehe..

mula2 ingat nak tengok wayang, sekali call cinema tu dia kata buka sampai pukul 6 je..oh lupa malam ni malam Jumaat..amboi amboi uncle, malam Jumaat je nak tutup cepat ye! hemoh hemoh hemoh! woi, orang baca yassin la! apa fikir bukan2..ish ish ish..pergi insaf sekarang!

then sebab memang nak aplikasikan cuti sepenuhnya, kitorang pergi main bowling..lama siak aku tak main, rasa nak tercabut jari baling bola 9kg..hok alo Nadia, orang pegang 12kg 3 jari je la woi! memang la pegang bola bowling guna 3 jari je sengal!..nak dekat last baru aku jumpa bola 7kg, baru boleh strike! *sapu2 tangan, tiup2 tapak tangan, buat muka bangga 0.o*

tapi kami lagi banyak buat aksi perempuan terlampau!..main belum half, gambar yang da ditangkap dekat2 100 keping..baru nak masuk 2nd half, dua2 lane kami stuck, hilang segala score..dasar dengki aku strike betul lah! haha..time tu area maghrib, manusia macam kami je ada dalam tempat tu, maka mula la buat onar..mesti syaitan berpeluk tubuh sambil menggeleng kepala tanda kesal sebab kami mengurangkan kerja mereka! -_-''..abang bowling tu suruh main balik semula sebab silap dorang, tapi apakan daya..yang wajib harus ditunaikan..acehhhh! padahal da sakit pinggang asyik membongkok nak baling bola masuk longkang!

kau mampu duduk atas lantai semata-mata nak bergambar??

bakal isteri2 siapa la ni?? baik redha! -_-''

baju merah tu memang gedik..abaikan! haha

eh aku sepatutnya tak perlu posing gedik begitu sekali..sungguh tak perlu!

how a guy can impress me, physically ;)

aku ni kalau nak cerita suka orang secara rawak, memang berpukal-pukal orang da aku suka..'eh perasan tak mamat tu hari2 pakai baju sama warna dengan awek dia, sporting gila, suka la'..'eh tengok2 tu, mamat pakai baju hitam tie merah, cool gila gaya, suka la'..'fuyoo tadi aku jumpa laki bawa mak naik motor, teman pergi pasar, sweet gila! suka la'..perempuan! perempuan! memang gedik, tak dapat lari punya walaupun gaya rock! haha

untuk aku betul2 nak suka orang tu memang amat lah susah..bila aku serius suka kat someone, datang la Johnny Depp melutut hulur bunga melamar aku pun, aku tolak *macam menipu je hahaha*..siapa kenal aku, tahu aku macam mana..selalunya orang yang aku suka dia secara serius, aku suka dalaman dia dulu baru ke luaran..amboi mulianya peribadi! hangguk! haha..

kalau da baik, plus ada ciri2 physical yang mak incek berkenan, rasa nak ajak kahwin je! hahahaha..physically, aku suka lelaki yang punya senyuman manis..auwwww! very macam cokelat boleh melting2 kalau tengok dia senyum..macam seorang cousin aku, Hadif, 3 tahun..senyuman dia sangat lah sweet..senjata dia memang senyuman, siapa nak marah pun tak jadi kalau tengok senyuman dia..so dari mengelakkan aku dari jadi bini derhaka, kalau dapat laki yang senyuman manis, memang bonus mark bagi aku! ;D

bagi aku sorang laki akan lagi terserlah senyuman manis dia kalau dia berkulit gelap, tapi takde lah segelap #00000 *cari kat design blogger ni code colour apa* hehe..mungkin sebab faktor dia kulit gelap, gabung dengan gigi yang putih, maka lebih terserlah kesenyuman dia tu..haha..teori apa aku pakai ni..tapi aku memang tak into sangat dengan laki kulit macam kena rendam dengan clorox..tambah2 kalau bangsa yang pemalu, nak keluar dating dia yang blushing..haha..mula aku rasa nak act macam aku yang boyfriend, kacau2 dia sampai telinga jadi colour pink! haha..can not go! can not go!..tapi kalau dia putih and bermata biru and berwarganegara Australia, boleh counting lagi! haha

tapi selagi kau ada mata, ada hidung, ada mulut, ada kening, senang cerita sempurna sifatnya and sedap mata memandang, aku tak de masalah..tapi hati mau baik maaa!.kalau muka macam Cyril Takayama pun, perangai macam longkang, siapa nak! ye dak?? haha..ustaz cakap 'perbetulkan diri dulu, sebelum nak suka dekat seseorang, and nak seseorang suka kat kita'..alamatnya, lagi 2 tahun setengah pun tak tentu aku layak nak suka kat seseorang lagi! dem! -_-''

*aku rasa aku makin kasar and hati aku makin keras! dem sekali lagi!

2/23/2011

library perlukan GPS

tengah hari tadi aku pergi library dengan Dira and Cha untuk pertama kalinya dalam sem ni..aku memang bangsa jenis malas pergi library..aku tak suka sejuk tipu (air cond), aku tak suka tak boleh cakap kuat2..lagipun nak cari bahan sekarang ni semua pakai type je (internet), sambil2 tu boleh tengok orang berjoget di youtube..sungguh bijak memanfaatkan masa, 2 in 1 orang kata..pinjam buku selalunya untuk cilok citation je..tak kuasa nyah nak baca buku tebal2 tu..keji punya perangai budak law!

aku dengan Dira nak cari buku pasal domestic violence, tajuk assignment individu kitorang..lepas dapat siri number dia kat opac, tahu opac?? ala2 sistem gps untuk buku la, tapi takdelah sampai dia bagi peta, melampau sungguh!..then kitorang menyelongkar la rak yang berkaitan..da 3x macam hilang anak aku ke depan ke belakang, still tak jumpa kau tahu! tak jumpa!..sebab tak puas hati, pergi check lagi sekali serial number dia..Dira pinjam pen dari kawan kitorang, sebelum ni catit guna handphone je..wah moden!

cari dan cari dan cari, tetap tak jumpa..dengan muka slumber tetapi dalam jiwa ada sikit rasa malu, pergi tanya kat librarian..dia siap call kawan dia tanya sebab pelik kenapa kitorang tak jumpa! da boleh buat cerita 'misteri rak ghaib di library UUM'..rupa2 nya, kitorang salah pergi rak..hahahaha..aku ni bukan takat failed geografi Malaysia, geografi library yang sekangkang kera tu pun failed!

da jumpa rak yang dimaksudkan, aku bersila depan rak gelakkan kebodohan diri sendiri..lagi buat aku gelak, sebab sesi peminjaman pen oleh Dira sebenarnya berlaku di depan rak tu..tu la orang kata, mata letak dekat lutut..eh if letak kat lutut pun boleh nampak apa, buku tu paras lutut je..lebih tepat, mata tinggal dalam beg! sebab aku tak bawa beg tadi..hehe

dalam hati aku berkira-kira, kalau librarian tu tanya aku sem berapa, sumpah aku jawab 'sem 1, december intake'..malu nyah, da 2 tahun duduk sini boleh sesat dalam library!

2/21/2011

dilemma di tengah2 semester!

seminggu sebelum dinner muka sorang2 macam kena sembelit..lepas habis dinner aku ingat boleh la nampak senyuman yang menawan kat muka kawan, rupa2 nya macam orang sawan ada la! haha,..yela, sebelum ni busy urus dinner, lupa pulak yang kita ni students, ada assignments ngeh ngeh ngeh

bangun je dari tidur, terus terduduk tegak, teringat assignments..percaya tak?? haha janganlah percaya..you know me well..selagi bukan esok due date nya, aku boleh duduk depan laptop pandang imbasan muka sendiri kat screen laptop selama 56 min 45 saat..walaupun esok due date, aku tetap boleh baring mengadap ceiling bilik tengok kipas berputar selama 56 min 30 saat..hanya kurang 15 saat dari sebelum ni, mungkin sebab ada kesedaran esok kena submit kerja!..dunia! dunia! eh tetiba nak salahkan dunia..haha..ngok ngek kepala senget

tadi gigih siapkan assignments Family Law, kena buat civil divorce..kau faham2 je lah kan kalau guna laptop..5minit pandang microsoft words, 50minit pandang facebook..perosak dunia betul! haha..tak habis2 nak blame dunia -_-''..adik2 yang dalam perut mak lagi, yang nanti nak ambil law, percayalah zaman korang nanti mesti ada kes cerai sebab facebook..percayalah! wah macam peramal masa depan pulak aku ni! haha..ahkak punya kes semua zaman Mahatma Ghandi tauuu! walaupan dalam kubur da jadi tengkorak, kes dia fresh lagi..nak orang ingat korang, sila la cari masalah..hahaha

meh nak share ilmu sikit..cerita pasal divorce, memang sadisssss! siapa suka perpisahan ye dak??..group aku kena buat tajuk irretrievable breakdown of marriage..ada 4 circumstances yang boleh leading ke benda ni..adultery, desertion, bad behaviour and bila spouse kau tinggalkan kau tanpa berita selama 2 tahun! hoh tak agak2 2 tahun nak buat bodoh je, ingat bini tu tunggul apa kat rumah??..penceraian jenis ni, tak boleh nak reconcile..nasib la, kau buat perangai siapa suruh??..tapi ni untuk non-muslim je, muslim aku tak belajar habis lagi keh keh keh

tu baru family law, belum criminal law, tort, bm pengurusan, public international law..mati sekaranggg! -_-'' .. family law aku hampir nak siap, group punye hokeyhh! indvidu habuk aku tak sentuh lagi..ayyommmaa!.tengah takde feeling nak buat apa2, tiba2 aku dapat mms :D..sejuk hati..terus ada semangat nak update blog..hahahhahhaampeh! ingat semangat nak sambung buat kerja!

-
-
-
-
-
-

-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-


pengubat hati yang lara..i miss her so muchh!! kiddo, cant wait to see you ;D

2/19/2011

walk in wonderland!

wah very the syurga gaya theme dinner kitorang..sem ni, batch aku yang settlekan dinner..pagi semalam pukul 6.30 pagi janji nak gerak pergi hotel kat Perlis, tapi Melayu tetap Melayu, around 7.30pagi baru pergi..hehe..aku pun pelik aku nak pergi dinner ke pergi breakfast, awal benor ehhh! haha..jangan buat2 lupa kau urusetia Beron! -_-''

sampai sana, start la buat kerja..bayangkanlah dari pagi sampai malam non-stop berkerja..ajk lain lagi hazab aku rasa..kesian kat MT (Majlis Tertinggi), dorang lagi macam orang gila aku tengok! haha..eh gelak pulak..tak2, semalam masing2 tension, senyum pun kambing lagi handsem..dengan pihak hotel janji macam ****** nya!..tapi aku memang respek dengan semua ajk, bertungkus-lumus jugak untuk buat yang terbaik..sayabas!


 Maria, mana kau??




malam tu aku kerja bahagian pendaftaran..nak tercabut gigi rasanya asyik cakap 'enjoy your dinner'..aku jaga batch last, perghhh! dorang dress up, malatopsss gila!..sambil2 buat pendaftaran boleh cuci2 mata..meooowwww! haha..bila da masuk dewan, aku kena susun budak2 dean list sem 6 dengan sem 8..ramai nye aihh dapat DL..pandai rupanya senior2 aku..hahaha..aku tabik betul dekat vvip yang kitorang jemput tu, kaki dia injured, bertongkat still datangg jugak, terhenjut-henjut..ahemm uncle, ada anak laki tak?? hahha..eh tapi kalau bapak baik anak macam hansap buat apa kan?? 

makanan ada yang ok ada yang k.o..serve lambat hokeyhhh! perut aku da berirama dangdut da..kesian ajk makanan kelam kabut, padahal salah pihak hotel..the hotel is not very recommended la aku rasa..aku bla awal kot, habis majlis formal, aku curi makan buah atas meja siapa entah, then blah masuk bilik..sumpah penat! sepenat-penat aku, ada orang 10x ganda lagi penat..dapat bayangkan tak??..aku mandi and tengok cartoon bawah selimut..i likeee! mengantuk jangan cakap la kan

overall, dinner was great! ajk was great! everything was great! tahniah kepada semua ajk2..aku tak ambil banyak gambar sangat, tak tahu kenapa macam takde mood..sebab penat kot! 

ok assignments da beratur tunggu..haishhhhh! go go Nadia!

baju sama tapi tak serupa..ni memang adik beradik betul ni haha

adik beradik jugak ni :)

Maria takde, dia pengarah projek..very the busy perempuan tu! tak sempat pun nak ambil gambar dengan dia..huhu

kenapa aku rasa aku adalah sekeping Nadia? -_-''

2/17/2011

kau faham tak??

kau faham tak perasaan bila perut aku tak boleh terima makanan pedas tapi mulut aku tak boleh tak terima makanan pedas??..sungguh menyeksakan bila kita nak balancekan kehendak dan keperluan..kehendak mulut nak yang pedas2 je, keperluan perut nak yang tak pedas! nafsu memang susah dikawal..nak manjakan perut, mulut rasa nak muntah..nak manjakan mulut, perut pulak sakit, tak agak2 pulak sakitnya, sampai rasa nak pitam..entah bila la 2 organ ni boleh berkerjasama!

kau faham tak perasaan pelik bila kita mimpi orang yang sama dalam masa 4 hari berturut-turut??..dah 4 hari aku mimpi family members aku, bukan setakat siblings mak ayah, tapi masuk pakcik makcik both side pulak tu..kadang2 mimpi nightmare..semalam aku mimpi ada hantu arahkan semua mainan dalam rumah aku, hancurkan rumah aku..da macam cartoon mimpi aku..scary tak scary??..kenapa ha?? ada siapa2 tahu??..jauhkanlah dari sebarang kecelakaan

kau faham tak perasaan bila esok ada annual grand dinner, tapi malam ni aku demam, boleh??..esok aku bertugas bahagian pendaftaran kot..sian kat kawan2 aku tengah bertungkus-lumus rehearsal, aku boleh tolong tengok je, tu pun tak mampu nak tunggu sampai habis..detail aku cerita nanti..tapi aku demam malam da dekat2 5 hari da wehh! aku dari kecik akan demam malam je, siang aku sihat walafiat melompat sana-sini..doktor pun pelik, kalau doktor pelik, apa ntah lagi aku..temperature badan aku bila siang memang demam, tapi aku memang tak rasa weak pun..tapi bila malam, mula la gedik dia datang..kene tidur dengan mak ni baru hilang kot..mak!! nak kahwin balik!! huaaaaa

kau faham tak?? tak faham?? takpe lah! sebab aku pun tak faham sebenarnya -_-''

2/16/2011

jaga diri sahabat! ;)

esok kawan baik aku nak fly pergi Indonesia, exchange students for 1 sem..Nur Atiqah Radzali, ada tu ha gambar dia dengan aku kat side bar..she's a very good friend..walaupun dia muda setahun dari aku, tapi dia seganda lagi matang dari aku..hehe..gonna miss u yangg..take care there..good luck, do your best =')..jumpa cowok hensem, jangan lupa courier kat aku! hahhahah..see you in September, InsyaAllah :)..love you!

nanti kalau kita skype, pasang background lagu ni hokeh! boleh joget2 :D

*aku da start rindu kau! sweet kan aku?? yeww yeww haha!


2/15/2011

cinta hati kita semua

salam Maulidur Rasul..hari ni, bukan calang2 hari..hari keputeraan baginda Rasulullah saw..kekasih Allah..banyak yang baginda telah korbankan untuk kita semua..walaupun tak pernah jumpa, rasa kasih dan sayang dekat baginda tu ada..terharu bila baca sirah dia..tersentap bila only few of us yang betul2 ikut ajaran baginda..for sure tak termasuk aku, jauh lagi untuk menggapai tittle umat terbaik Rasulullah..but at least, we need to try kan??..its not the matter of what the result would be, but its the matter of the journey, on how we want to achieve it!

hari yang mulia, banyakkanlah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw..may peace be upon him, his family and all the sahabat..amin :)

2/14/2011

14 Februari

aku tak sambut, tapi aku wish..Happy Bithday Sakeenah! :)..senang orang nak ingat birthday dia, sebab significant dengan Hari Kekasih kononnya..tapi Chena memang penyayang, suka masak2 bagi kitorang makan..sedap pulak tu..dia la mak kami di sini hehe

Valentine day! aku memang tak into dengan day2 ni..mothers day ke fathers day ke children day ke sunday ke wednesday ke aku tak pernah ambil tahu..even orang tak wish birthday aku pun aku tak kisah..selagi hari2 aku berjalan seperti manusia biasa, aku tak peduli benda lain..

kecoh sana sini vday ni haram la apa la..aku bukan ulama yang boleh keluarkan fatwa..aku tak ambil tahu semua tu sebab aku tak pernah sambut..nak berkasih-sayang hari2 pun boleh, ye dak??..dulu, dulu la, dulu, hari2 aku cakap 'I Love You', takde aku tunggu vday je..bila aku rasa nak bagi hadiah, aku bagi je, takdenye nak tunggu vday..romantik tak romantik aku? habaq mai! haha..buat apa time vday je sibuk candle light dinner bagai, esok gaduh kau main ungkit2, aku tabuh baru tau!

tapi aku rasa tak salah nak sambut, depends on individual la..tak semestinya untuk couple je, suami isteri pun boleh, untuk mak bapak pun boleh, tok nenek tak terkecuali..habis korang tak sayangg mak ayah korang ke?? =P..tapi sambut biar cara yang betul..kalau setakat nak bagi bunga sedozen mencecah beratus ringgit..aishhh! tak payah membazir sangat lah! baik belanja makan, perut pun kenyang..cium bunga yang akan layu tu tak menyemarakkan kasih sayangg pun aku rasa..tapi kalau perut kenyang, hati senang, bertambah sayangg..kan? ;)..aku memang anti bunga sikit, tapi kalau tayang aku beef steak, sure aku sayang kau lebih! hehe

siapa nak sambut, go ahead..niat yang penting..sebab ada jenis orang memang suka hari2 macam tu..walaupun dia cikgu, tapi hari jururawat dia tak pernah miss nak celebrate..just, jangan kau sambut vday, tapi mothers day kau buat2 lupa sudah! aku sunatkan lagi sekali!

ha lagi satu, BIRTHDAY NABI kita jangan lupa pulak weh!

short update

rasa janggal buka2 blog tak de latest entry..hehe..sorry, I'm busy all this time..lagipun takde apa yang menarik jadi..setakat nak cerita pergi kelas naik bus terjumpa laki hansem tu, common sangat! hahaha..kehidupan berjalan seperti biasa..pergi kelas, assignments, lepak dengan kawan2..alah, benda biasa macam orang lain buat jugak..walaupun kadang2 rasa _________________ (fill in the blank)

A. lonely
B. nak kahwin
C. nak PJJ (pelajaran jarak jauh)
D. sangat merindui

(feel free to choose, sebab takde jawapan yang salah -_-'')

nanti kalau ada cerita menarik, aku update ok? :) aku demam da 2 hari, doakan aku cepat sihat..banyak kerja ni woihhhh! tergendala kerja aku nanti hehe..till we meet again! ^^,

2/12/2011

aku syak dia beli lesen terbang

pagi tadi, macam pagi sabtu yang biasa, aku pergi ko-k..naik bus, wah driver baru!..bila je driver tu start drive, aku da rasa dia ni macam first time bawa je..punyalah berhati-hati..gaya macam tengah test JPJ, and pegawai JPJ kat sebelah yang muka tak senyum misai melentik..slow gila dia bawa, kalau lumba dengan labi2 dan luncainya, sure kalah!..aku time L kereta pun bawa lagi laju dari dia, sampai cikgu aku cakap 'eh slow sikit, awak L baru'..oh L tu latihan, ingat lari tadi..macam tak percaya dulu aku boleh bawa manual..hahahhahaha

aku sabar je tunggu sampai kampus..rasa nak je cakap 'bro, aku tolong tekankan paddle minyak boleh?'..then sampai kat satu bus stop ni, dia berhenti kat tempat yang tak sepatutnya berhenti..apa lagi, bising la dalam bus..aku tak tahu apa masalah driver tu, sanggup dia call kawan tanya kena berhenti kat mana, why not dia tanya kami anak jati UUM ni..saje bazir kredit..ke malu nak tanya bang?? tu la, malu bertanya sesat jalan keh keh keh..aku mampu gelak sambil geleng kepala je..macam bagus! haha

then sampai la bus stop yang aku patut turun..ada sorang Cina ni keluar, time aku nak keluar dia tutup pintu..nasib hidung aku tak sondol pintu tu..hey bang, aku nak turunlah! ingat aku naik bus pagi2 buta ni semata-mata nak bersiar-siar melawat kampus ke?? hayohhh!..dia perasan dia silap, baru dia buka pintu balik sambil say sorry..aku nak senyum sebenarnya, in other way untuk bagitau 'its ok'..tapi macam mana entah, aku boleh tergelak, sinis pulak tu..haha..sorry la bro kalau terasa, lain kali kalau tak expert lagi, pergi practise dalam litar dulu..kalau aku expert, aku tolong da drive tadi :D

2/11/2011

I'm declaring war

aku baru sampai kolej dari bercuti mid-sem..naik je tangga bus, aku da rasa homesick..huaaaaa! aku memang gedik! eh termengaku pulak..aku kalau tak balik rumah lebih dari sebulan, mula la keluar simptom2 meroyan..lambat lagi wehh aku nak balik! paling cepat hujung bulan 4 kot..ammaaa, yennade asonaleyy! menangis sekarang T_____T

yeah dari minggu ni and onwards mula la aku buka langkah silat, nak melipat segala assignments yang ada..aku memang gigih cuti hari tu satu helai kertas assignments pun aku tak bawa, just membawa moto 'no assignments during the holidays'..tadi cek buku assignments, oh mak kau! ramai rupanya assignments aku..cool2, tak lari assignments kalau tak di buat keh keh keh

tapi minggu ni mesti busy pasal dinner..aku dinner Jumaat ni..oh sungguh la tak sabar nak makan sedap2..sebenarnya aku tengah lapar, dari pagi tak makan..kasihanilah aku, tolonglah pos kan makanan sekilo dua untuk aku yang berjihad di sini..dah2, jangan merepek! baik tidur nak hilangkan rasa lapar -_-''

assignments! jaga kau! aku declare war ni! =P

2/10/2011

komik dan Nadia ibarat Beron dapat barang free

aku kalau dapat barang free memang teruja tak hengat..aku tengok mak aku dapat anak sulung pun (yakni aku) tak seteruja tu..ok2 tak payah kutuk kononnya mak aku tak rela dapat aku..mak aku sayangg aku woih walaupun aku jenis bangsa degil nak mampus..kalau kat air vitagen dapat sticker free sebesar 3cm x 3cm pun aku sanggup hempuk adik aku dengan remote control sebab berebut dengan dia..janji barang free tu aku punya, pegang 15minit, then aku campak la..apa bengongnya da umur 20 nak rebut yoyo free ntah anak sulung en. Roslan ni?? hishhh!..tapi siapa tak suka kalau free, ye dak?? hehe

macam tu lah aku dengan komik..bila nak beli teruja gila, time bayar kembang kempis bangga segala yang ada..time koyakkan wrapper dia toksah cerita la, rasa nak menitik air mata terharu..baca pun sepatah2, tak nak bagi cepat habis -_-''..tapi dengan komik, aku tak campak lepas baca..aku simpan, sanggup bakar baju sebab nak sumbat dalam almari baju, kotak lama da tak muat..siapa rosakkan sikit, siaplah satu kampung aku hambat dengan parang..sebab tu siapa pinjam komik aku, aku bersila depan dia time dia baring baca, sebab aku tak nak dia rosakkan..woih kalah boyfriend aku sayangg komik ni..opssss! haha

aku tak baca komik genre romantik..tak masyuk lah! nak romantik2 baca novel la bai..aku baca komik yang lawak2 je..mengekek gelak..kau nak campakkan aku sorang2 kat mana pun boleh, janji ada komik..dulu aku kumpul ujang, tapi fedup sebab asyik hilang je..sampai kadang2 bila aku beli, memang aku suka sedekah kat orang, boleh jugak dia buat baca time bosan..suka berbakti kepada masyarakat betul cucu tok Nan ni ;)..lagipun dia keluar tiap bulan, bila tak de duit tu tak pasal2 burn duit belanja makan sehari sebab nak beli ujang..tak sihat aktiviti macam tu..kalau komik ni, boleh beli time ada duit je..kalau ada duit lebih, aku rembat 5 biji terus! pastu mula rasa nak terbang balik sebab nak baca :D

antara komik2 aku, included budak baju kuning -_-''

sepanjang aku kumpul komik, banyak jugak barang free aku dapat..lagi la aku berkobar-kobar bak jalur gemilang berkibar nak beli lagi dan lagi..kalau beli banyak selalu dapat..mak dengan ayah sanggup geleng kepala je la..aku paling suka komik Zint..hahahhahaha..sumpah lawak!

antara barang free yang aku dapat :D

kepada en. bakal suami, tolonglah support minat aku nih..aku janji aku sayangg kau lebih kalau kau dapat sediakan bilik bacaan komik untuk aku dan anak2 kita..kalau kau setuju, kira jadi lah! tahun 2014 sila masuk meminang! hahaahha

*siapa nak teman aku pergi Toy Museum?? ::wink wink::

2/09/2011

merentas desa

petang tadi aku teman cousin aku nak hantar barang dekat Lenggong..on the way tu kitorang singgah satu sekolah ni..aku nampak lah budak2 baru balik merentas desa..hahahaha..bapak bosan aktiviti..aku dulu paling benci benda tu..entah apa2 entah lalu kampung2 orang..setakat nak membina stamina badan, pusing padang sekolah pun da cukup

aku dengan kawan2 aku tak pernah nak berlari..tu lah peluang yang ada nak menghirup udara petang sambil gosip2 :D..agak2 penat cakap, singgah kedai orang kampung order tea o ais sebungkus..perghhhh! masyuk gila..kitorang la orang yang paling last sampai, paling langsi kalau check point punya khemah pun da tutup..pergi mam la rumah sukan aku tak de markah pun..ada aku kesahh?? haha..memang tak prihatin pada masyarakat betul cucu tok Tahir ni :)

aku paling tak boleh lupa, jalan lasak time form 2..sumpah lasak..hutan mana dorang tarah aku pun tak tahu, dengan jalan tanah merahnya..melekat-lekat kat kasut..hansap betul! jauh gila pulak tu..dari pagi sampai petang. kau fikir la berapa km kitorang kena jalan..ada satu part tu kena daki bukit curam nak mampus, dengan tanah merahnya..aku memang surrender, bukan sebab tak larat daki, tapi sebab kasut melekat dalam tanah..last sekali, Mr. Adli, satu2 nya cikgu yang ikut kitorang jalan tarik aku, cikgu lain naik motor pastu hambat macam suruh lembu balik kandang =P..nasib baik dia tough! kalau sekeping macam Ust. Ruzaini, mau dua2 tergolek ke belakang..haha..ampun ustazzz!

part paling best bila kitorang berhenti kat satu sungai tu..bayangkanlah, badan da berpeluh gila, tiba2 nampak air sungai jernih mengalir ala2 syahdu gitu..hape lageeeyyyyy! kabusshhhh la..perempuan mandi part belakang sikit, boleh bogel2 =P..tapi memang kitorang free hair pun, gila apa nak pakai tudung basah merentas jalan balik..tak koserr teman..tapi ada yang cover line la, walaupun ada yang tak baligh lagi time tu, tapi aurat kene jaga =P

on the way balik, dari tengkuk ke bawah basah..punya la jauh lagi nak balik, sempat baju aku kering..lagi 3km nak sampai, time tu nak lalu kat highway yang tak siap lagi, macam mana entah kaki aku boleh terpeleot, padahal pakai kasut sukan BASAH..terhinjut-hinjut aku jalan..sekali ada pajero sape entah lalu, dia tumpangkan aku balik sampai sekolahh..yuhuuuu gila wehh! kalau jalan atas batu2 kerikil kat highway tak siap tu, mahu sekarang aku tak de kaki sebelah..dan hasilnya, malam tu pun aku tak payah turun dengar ceramah sebab kaki terseliuh..heavennnn! bab ngelat memang mak incek sukaaaa! :D

2/07/2011

common story

1. Melayu - korang perasan tak cerita Melayu semuanya lebih kurang sama..pelakon2 tu mesti businessman, rumah macam istana, kereta macam formula 1, pergi disko menari tunggang langgang, bercinta macam budak tak baligh..macam takde idea lain..ikut musim pulak tu, time musim rempit tu, segala pengarah gelabah tahan mat rempit tepi jalan offer jadi pelakon tambahan..sekarang sah2 musim hantu..sampai aku tak tahu nak tengok cerita apa kat wayang tu -_-''..taksub betul orang Melayu dengan hantu, padahal yang pernah gosip semeja dengan hantu, berapa orang je entah! memandai je buat muka hantu buruk2, sekali lagi hensem dari David Teo keh keh keh

2. Korea - aku layan beberapa cerita Korea..theme utama mesti lah CINTA kan..laki bongkak kaya nak mampus, sampai berak pun ada orang basuh..perempuan mesti gigih cari duit nak tampung family..ke kat sana memang perempuan yang sara keluarga?? =P..kalau tengok perangai laki, rasa nak hempuk2 je, nasib baik kacak..auwww! haha..lagi satu aku pelik, kenapa setiap cerita yang aku tengok mesti ada scene couple tu sembang depan cermin dalam bathroom sambil gosok gigi..da macam iklan darlie aku tengok..budaya dorang ke tu?? alolo sweetnye gosok gigi sama2, nanti aku nak buat lah dengan suami aku..mau kene hempuk, kejut dia tidur semata-mata nak ajak gosok gigi..hahahhaha

3. Hindustan and Tamil - ni apa lageyyy! mestila ada joget2..tiap 5 minit masuk lagu baru..overall, half of the story, kene tengok perempuan gelek..tapi best, dorang menari cantik, lagu pun sodapp.yang paling tak boleh bla, hero kemain kebal..kene tembak dengan M16 pun steady bangun dengan muka berdarah-darah..anne, very the macho la you..ammaaaa!..

4. China - kalau bukan pasal kungfu or polis sentri, mesti cerita pasal dinasti2 dorang yang entah tahun bila tu..rambut half botak kat depan, tapi panjang kat belakang..tak berkenan betul aku style rambut tu..rasa kene jalan mendongak sebab berat ke belakang..haha..tapi cerita kalau bab kungfu memang masyuk gile, kagum boleh tahap leleh air liur..tambah2 kalau Jackie Chan, Daniel Wu, Andy Lau yang berlakon..cong ceng cong ceng (bahasa Cina), maksudnya, very the stylo!

5. English - cerita dorang ni banyak yang masyuk..aku lagi berani pertaruhkan duit beli tiket wayang kat English movie dari movie lain sebab cerita dorang jarang menghampakan sanubari aku..cerita dorang buat kita percaya benda tu wujud..sebab tu aku selalu doakan seafarers tak kene tangkap dengan Davy Jones time sailing -_-''

overall, cerita cartoon jugak akan jadi top list aku..hahahhahaha

lelaki terhebat; carta hati ;)

lelaki sekarang memang susah nak percaya..among thousands, only fews which can rely on..this is mine :

1. ayah
lelaki terhebat di hati aku..walaupun dia pendiam, but from his action I know how much he loves us :)..dia sanggup buat apa je untuk kebahagiaan kami sekeluarga..kalau ada yang sakit, dia paling gelabah..even kami selsema je pun, malam2 dia akan datang masuk bilik letak vicks, selimutkan..balik2 kerja benda pertama dia akan buat, tanya da sihat ke belum, sanggup ambil cuti nak jaga anak2 and bini dia..sweet tak ayah aku?? haha..dia tak pernah kata 'no' kat aku..he's really my mr 'yes' man..haha..dia tak pernah pukul anak2 dia..time kecil, degil aku memang tahap mak bapak boleh fobia nak ada anak..tapi ayah tak pernah pukul, paling tidak pun, dia ambil hanger, pukul pintu..kalau aku dapat ayah stok askar, innalillah dah jawabnya =P

mak aku adalah segala-galanya bagi dia..habis je waktu kerja, mak aku kene stick dengan dia..nak pergi isi minyak kereta pun nak mak aku teman..mak aku memang pengurus hidup dia yang terbaik :)..malam2 sebelum tidur, they'll have their pillow talk, cerita semua apa yang jadi hari tu to each others..ha kantoi Nadia, sekodeng mak ayah tidur..haha..terlampau banyak untuk diceritakan..overall, he's my best man..ayah, I love you!

2. atok
side ayah - tak sempat beramah mesra, passed away when I was 4years old..tapi from the story, aku boleh jatuh sayangg..dia seroang yang tegas..ustaz yang quit, then jadi penjual durian sebab jual durian lagi masyuk at that time..hehe..membesarkan 12 orang anak, cukup dengan didikan agama..salute habis..mungkin sambil tunggu orang datang beli durian, dia mengajar mengaji kot =P..didik anak ala2 askar wataniah, salah sikit sila volunteer kepala kena selam dalam kolah

side mak - merasa sampai tahun lepas hidup dengan dia..banyak diam dari bercakap..he loves my laugh =')..kalau nak apa dari dia, kene gelak dulu..haha..comel! tak suruh pun aku gelak..dia stare aku lama2 pun aku gelak..dia pegang tangan aku lama2 pun aku gelak..dia suruh kiss dia pun aku gelak..conclusionnye, aku memang suka gelak -_-''..kahwin 3, tapi dapat menyatukan semua anak bini menjadi sebuah keluarga yang harmoni..walaupun dia dah takde, anak2 yang lain still balik raya kumpul ramai2..I know he'll be proud 'there'

tok, lama kita tak jumpa..Nadia rinduuuuuuuuuu sangat2..hmmmm

*what ever happens, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan lelaki yang aku sayangg, di sini dan di 'sana'.. :)

2/05/2011

Melaka and Putrajaya

after 10 years, semalam akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki di tempat Portugis pernah buat onar..memang beza la dulu and sekarang..crowded, jam tak payah cerita..sekarang tengah menabung untuk beli sky car, boleh aku berlagak dengan orang bawah nanti..cadangan nak buat monorail tu sangat lah molek!..sekejap je pergi semalam, balik hari..nanti aku nak pergi lagi, tunggu musim salji ;)

beauty people in front of beauty peoples museum..keh keh keh

klise betul tangkap gambar depan beca -_-''

pagi tadi aku JOGGING oh! pakai jeans je, kau mampu?? haha..belakang rumah auntie aku kat Presint 11 ni ada bukit rekreasi..astaga! tinggi and jauh nak mampus! penat den!..separuh perjalanan, aku da rasa nak golekkan diri ke bawah..moh tengok gambo!

baru 5 minit boleh la buat muka ceria


nak cari suami..nak cari suami

gambar poyo tuan blog haruslah ada ^^,

2/03/2011

tired journey

petang tadi aku pergi makan pizza dengan kroni2 terbest abad ini..seronok sekali sekala berkumpul dengan kawan2..macam2 cerita keluar, teka-teki menguji minda pun keluar..Awi, kau da janji nak ajar aku magic ;) aku nak buat performance time aku kahwin nanti..haha..then kitorang lepak makan cendol bawah pokok pulak..perghh! gila 60-an rasa makan bawah pokok..aku tak berapa into sangat cendol, just pau ais dari mangkuk cendol orang..haha..yang penting, kalau namanya kawan Nadia, agenda utama haruslah MAKAN -_-'

after Asar aku gerak pergi Putrajaya, nak pergi rumah auntie aku..yes, now I'm broadcasting from Putrajaya..wehuuu!..penatnya ya amat..ces! macam aku drive kan..hehe..bukan apa, aku naik kereta auntie aku dengan 4 orang cousins yang super disaster..3 jam perjalanan hidup aku penuh liku, memerlukan kesabaran yang bukan sikit..huhu..dalam hati aku berniat lain kali aku nak bagi ubat tidur kalau aku travel dengan dorang..haha..bunyi memang kejam, tapi kalau korang kat tempat aku, korang akan tahu betapa hazabnya!..anak2 aku nanti, aku nak selotape mulut dorang!! hahahhaa..kejam punya ibu

tak de apa pun nak buat kat sini, saja datang nak tengok bunga api..huhu..tapi aku nak cari kasut and baju untuk dinner..buku law lagi, kat Perak tak de buku yang aku cari nyahh! tapi tu last list la..hahhahah..ok lah, nak tidur, penat 'drive' =P..ada orang bebel aku mandi malam2..apo dio malam?? tak reti tengok jam ke?? pagi la ni woii..tak remaja langsung nak bebel2, macam tok wan! haha

2/01/2011

rasa disayangi :)

tadi aku sampai rumah da malam, mak aku pick up aku kat rumah nenek aku..sampai2 je rumah aku ambil barang kat bonet..aku dengar suara yang aku rinduiiiiiii..then dari belakang kereta aku panggil adikkkk dengan excitednya..dia tak nampak muka aku pun, tapi dia terus sebut yom..hehe..comel gila, dia kenal suara aku..cousins aku panggil aku 'ayong', tapi sebab masalah pelat, jadi la yom -_-''

lepas letak beg, aku pergi dekat dia..dia suruh aku dukung dia, and dia peluk kuat gila tengkuk aku..macam rindu sangat..hik hik hik..mawu titew ade owang windu titeww..rasa nak sepak diri sendiri type camtu! haha..hilang beban aku bila dia buat macam tu kat aku, macam tau2 je aku tengah serabut..then dia temankan aku makan, duduk dalam kerusi budak2 tu..arah aku ambil ni ambil tu..hamboi! hamboi!..nasib baik kau kecil lagi..hehe

pleasee be my baby forever sayanggg!

*nak anak la! tetiba! hahahahha