”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/27/2011

nak jadi suri rumah sepenuh masa?? tak de punch card in and out tau! ade beran? haha

pagi tadi seawal 6.30pagi aku bangun dikejut mak sebab my parents nak teman adik aku pergi interview..so aku kena take over tugas mak jaga budak2 tu -_-''..aku dengan jalan terhoyong-hayang pergi la bancuhkan susu dorang..then dorang tidur dalam buaian..aku hape lagi, join sekali la, tapi takde la aku tidur dalam buaian, rabak nanti! haha

dorang bangun, aku mandikan sorang2..aku masak nasi (ni je mampu haha)..aku kemas rumah..11.30pagi lagi 3 orang balik dari tadika..rumah yang pada mulanya aman, turn upside down bila dorang balik! boleh lelah tahu tak tengok rumah bersepah dengan semua mak nenek kertas, buku colour2..aku kutip, simpan buku2 dorang dalam beg balik..5 minit lepas tu, Fatini jatuhkan 1 plastik kismis..ok takpe, aku sapu..aku baru nak duduk, Fakhri jatuhkan lolipop coklat..melengas habis..aku ambil tisu lapkan (tarik nafas, hembusss, tarikk, hembusss)

lepas main secara aman selama 5 minit, 30 minit seterusnya dorang bergusti sesama sendiri..sorang berhenti menangis, yang lain sambung pulak..nasib baik aku tak menangis sama T___T..pukul 1 aku tak tahan sangat aku message mak; tolong balik cepat sebelum dorang kena dera hahaha..berdesupp agaknya mak aku balik sebab pukul 2 da sampai rumah..dengar bunyi enjin kereta ayah, aku rasa nak sujud syukur

baru jaga budak2 selama beberapa jam, aku da rasa nak histeria..aku memang tabik dengan mak2 yang buat kerja rumah tanpa henti dari subuh sampai isya' tanpa mengeluh sikit pun..memasak, mengemas, membasuh baju, jaga anak2..kau ingat tak penat?? lagi penat dari orang kerja dalam bilik ber air-cond aku rasa..selagi tak tutup mata, kerja kerja kerja! tambah2 kalau dapat anak2 yang masyaAllah nakal dan degilnya..huhu

ehem en. bakal suami..nanti I nak jadi suri rumah separuh masa je eh?? sayangg you! mmuaaahhhhh! (buang tebiat) hahhaha

4/25/2011

ralat

  • refer to entry ni ------> deleted..aku ingat aku deleted sampai feb 2009, rupa-rupanya feb 2010! haha..ciskek punya Nadia..oh takpelah, entry 2010 nampak sikit kematangan aku kan? kan? >_<


  • untuk subjek sem depan, aku tambah lagi satu subjek; Islamic Banking..jangan terkejut tahun 2012 ada bank nama; BERON BANK..hahaha

ahdik2 ahkak2 yang gedik sekalian, awek tu tak sama taraf langsung dengan bini yeh!

aku rasa definisi awek and isteri tu perlu diperjelaskan lebih mendalam oleh Kementerian Penerangan Malaysia kepada perempuan2 tak reti bahasa and lelaki2 yang agak dungu di luar sana..ni aku nak bincang isu duit! money! duit! money!

topik ni lebih banyak condemn kaum sejenis aku..aku natural, kalau perempuan salah aku bantai, kalau laki yang salah lagi2 la kann..haha..hey perempuan, aku tak suka belum apa2 lagi da tunjuk sifat pisau cukur kau tu..konsep bercukur macam ni sebenarnya; kau mencukur kalau berbulu je, kalau dah licin takde bulu, kau nak cukur jugak, mahu berdarah bai!

ok fine! tu pakwe kau, bukan pakwe aku..tapi agak2 la, dia baru je kerja..hutang lagi banyak dari gaji bulanan, lepas tu sesuka hati kau je nak bagi sms; 'Abang, abang, ayang nak beli kain cotton la, cantik pulak tengok orang pakai, bank in RM100 yee..sayang abang mmuaah mmuaaah!'..kau tau tak betapa panasnya aku baca sms tu!..kalau kau da jadi bini dia, dia pun da ada fixed monthly income, lantak kau la nak beli kain RM1000 semeter pun

yang laki ni pun satu, dungu jugak kadang2..sayang awek berpada derrr!..da kau pun makan maggi hari2, tak payah la nak buat baik sangat sanggup ikat perut nak belikan awek kau kain cotton! bukan cantik pun awek kau! cantik lagi aku! baju cotton aku sepasang baru RM50, takde jadah kain je RM100..belikan je kain kapan!

betul la, kadang2 manusia jadi bodoh sebab cinta..aku bukan apa, aku kesian kat laki tu..awek dia order senang2 je, dia ingat boyfriend dia kentut keluar duit agaknya..kalau laki tu memang kaya raya, aku tak ambil port! lantak la..ni bercinta baru setahun jagung, mak ayah pun tak approve lagi, sesuka hati kau je nak kikis duit dia..

time mintak kemain mmuaahhh mmuahhhh bagai..time gaduh siap maki hamun mencarut bagai, tak hengat pulak camne ko mmuahhh mmuahhh kat dia time mintak duit kannn..sungguh otak aku tak boleh terima! aku tak heran kalau laki tu sendiri nak belikan, aku pantang bila perempuan yang order..sekali sekala maaf lagi, kalau da tiap bulan, memang aku hasut bf kau cari perempuan lain..hoi kau hanya awek die je! bukan takat undang2 Islam, undang2 negara pun tak iktiraf kedudukan kau kat hati dia..eeuuuwwwww!

4/23/2011

meraikan habis ko-k di Langkawi :)

setelah sengsara selama 2 tahun setiap pukul 8 pagi hari sabtu kena pergi ko-k, akhirnya hari ni aku bebas dari cengkaman ko-k..yaribbaaa hongga hongga! :D jangan ditanya macam mana bebasnya rasa, macam kene lepas dari hukum gantung mandatori! haha over!

aku nak balik Perak sebenarnya sempena study week next week..apekah kau Beron?? study week next week, kau balik this week..hehe..parents aku bermurah hati nak ambil aku dekat Sintok dan melencong ke Langkawi! :D..last aku pergi Langkawi time form 2..kemainnn lama aku tak tinggal jejak kat sini..hehe

tadi dari UUM aku drive sampai K.Perlis..jalan straight je, kau nak drive tutup mata pun boleh sangat..dalam ferry ada pasang cerita best tapi belum sempat habis da sampai, rasa nak suruh dia round2 kat situ sampai cerita habis..haha

kitorang sewa apartment konon ingat ramai nak join, tapi semua ada hal..last2 tinggal aku 4 sekeluarga je, adik lelaki aku pun gatai tak nak ikut..kau ingat kau remaja habis la da tak ikut mak ayah! bluergggghh!..malam ni boleh tidur seorang sebilik -_-''..kalau aku tahu, baik aku angkut Cha dengan Chot datang sekali, boleh swimming bogel2 sama2 hahahahhaha

tadi aku pergi shopping kat pekan dia..tolonglah penat gila tau ikut orang perempuan shopping..beli chocolate pun 2 3 jam..kalau kat Perak lalu tempat chocolate pun tak, dasar hipokrit! hahaha..aku tak into sangat dengan choc, aku banyak beli biskut2 je..ada satu biskut tu dari Belgium huimakkooo sodap kemainnn..nikmat gila, perisa hazelnut..hehe..ok la, nak sambung bercuti ;) have a nice weekend people!

*jangan terkejut kalau aku bawa balik bakal suami instead of chocolate..haha..orang pulau handsem2 rupanya :D

4/19/2011

pesta air, tradisi hari keputeraan Sultan Perak :D

selamat hari keputeraan yang ke berapa entah, Sultan ku! :D..aku duduk Kuala Kangsar, bandar diraja..time kecil2 aku suka gila bila nak hari jadi sultan..satu, mesti la sebab cuti kann..hehe..second, sebab ada pesta air youollss! dulu ayah aku kerja under pejabat sultan..bila ada apa2 event, ayah aku mesti kena in charge..maka dia bawa la kami sekeluarga teman dia buat kerja..

time tu aku cilok la pergi tengok pesta air..aku paling suka aktiviti lepaskan itik kat sungai Perak pastu orang ramai boleh berenang nak ambil..kalau kebetulan ada orang lalu naik boat, dia la kaut paling banyak tanpa perlu berbasah, untunglaaa =P..disebabkan aku pendek dan tak reti berenang, maka aku tak pernah mencuba nasib T__T..

ada aktiviti berenang seberang sungai..ada satu tahun tu dia invite 2 adik beradik perenang negara..susah oo berenang time tu, sebab arus deras..ceh Nadia, macam pernah merasa..haha..dari permerhatian aku la tu..then ada aktiviti apa ntah nama dia..dia pacak tiang tinggi dalam sungai, dan  kumpulan tu kene panjat atas kawan atas kawan atas kawan lagi sampai la dapat ambil bendera kat hujung tiang tu..tough tak tough la weh, da la tiang licin, badan kawan2 basah, asyik tergelincir je..hahahaha..orang paling bawah paling naya, mau terberak dibuatnyaa =P..kumpulan mana dapat dulu, dia la menang :D

ada jugak aktiviti, pacak tiang bentuk H dalam sungai jugak..nama pun pesta air kannn..dua orang duduk kat palang tengah2 tu, then pukul opponent masing2 dengan bantal, siapa jatuh sungai dulu dia kalah..haha..aku dapat rasakan benda tu sakit sebab bunyi dia boleh tahan, buk buk buk bak bukk gedebushhh! jatuh dalam sungai :D..acara paling borrinnggg lumba boat panjang yang ada kepala naga tu, antara sekolah2..selalunye budak laki la yang masuk..boring sebab duduk dalam boat je, tak basah! tak chill lah tak basah! haha..tapi lama dorang practice, dekat2 sebulan, kadang2 ayah aku yang supervise dorang..nasib la aku tak bernafsu lagi time tu, kalau tak bleh ngorat sorang dua..hahahhaha

tapi sekarang aku tak tahu ada lagi ke tak benda2 tu..lama gila aku tak pergi, ye la duduk asrama kan..time cuti pun kena pergi prep class, tak boleh outing..sungguh not me! =P..ada satu tahun tu, Sultan berarak naik bahtera buatan siapa entah, dari istana ke tempat pesta tu..amboi kemainnnn syok aku rasa..kahwin aku nanti, aku nak buat macam tu lah! ada bran nak tiru?? hahahhaha

4/16/2011

6 Jun 2011 - 5 July 2011

::Praktikal::
-Mahkamah Ipoh-

kepada kakitangan Mahkamah Ipoh, please be nice!
eh Nadia?? kekwat nampakkkk
kau ingat kau masuk sana sebagai Lawyer??
sedar sikit, ko tu budak praktikal sajoooo! -_-''

ok2, tukar;
kepada kakitangan Mahkamah Ipoh,
I will be nice and cute >__<

4/15/2011

subjek sem depan

gelabah kan, sem ni pun boleh capai study week lagi, da sibuk2 nak register subjects sem depan..dasar manusia gelojoh! hahaha..ni subjek yang aku akan ambil sem 5;

1. Administrative Law
2. Land Law I
3. Equity and Trust I
4. Law of Banking
5. Company Law and Corporate Governance I
6. Small Group Communication

ye, itu SAHAJA!..kelas aku hari2 dari pukul 9.30pg-3.30ptg je youolsss! 5 subjek law, 1 english subjek..tak sangka aku da nak masuk sem 5..tua matang sikit rasa..lepas tu sem 6, pastu sem 7, pastu sem 8, pastu kahwin kerja! yeayyyy!

ramai orang yang da bekerja warning aku 'enjoy your study time, da kerja sumpah tak best' hahahaha..eh siapa kata aku tak enjoy sekarang?? terlebih enjoy kot noks! aku dari kecil kerja nak seronok je kan..ada masalah pun buat2 'eh kau masalah aku ke?? la ingat masalah orang lain!'..aku harap aku jadi orang yang lebih berkaliber sem depan...hehe

tapi kan, kenapa aku rasa subjects sem depan semua boring ha?? lebih banyak kepada admin and government..syilaks sungguh! da tak belajar bab bunuh2, rogol2, cerai2, tunang2 hehe..kau ingat law school ni moyang kau punya Beron??? ok2, relax la, emo pulak! redha and redah je la kan?? lagipun sem depan start bulan 9..banyak masa bergonjeng sebelum melangkah ke alam borrriinggggg!

4/14/2011

kan ku jaga kau dihari tuamu..andai panjang usiaku =')

I LOVE you, both!

*someone, please take me home 

4/13/2011

catur bistari

korang pernah main benda ni?? hanya orang yang bistari je boleh main catur bistari..kah kah kah..at first memang blur habis lah! jadahnya semua ni..da la semuanya ada 3 stages..tapi kalau da tau, very the kacang je main ni..nasib kau sebenarnya ikut pada dadu! hehe


stages first warna merah, nak masuk stage second (warna kuning) kena ada 30, 000 + satu bisnes, nak naik last stage (kaler pink) kene ada cash sejuta! tak main la puluh2 ribu macam Saidina, orang tamak kena main yang berjuta-juta haha..nak ajar semua kat sini, wassalam la! nak belajar meh aku buat private tutor..aku da pro, prosak la tapi! hahaha..kitorang ambil masa beberapa malam tau nak tau rules and regulations dia, tak nak berbelit pulak kan! eh ingat senang nak jadi kaya?? huehuehue

korang kena main, sumpah adventure! paling best bila da masuk last stage..time tu bolot semua duit..tapi langsi jugak la sebab kat situ banyak gila kene bagi sumbangan..memang jenis tak suka buat amal jariah agaknya, setiap kali kena bayar 500, 000 untuk sumbangan, mula le mengeluh la apa la..baru duit tipu tu wehhh! haha.patutla Allah tak bagi kita jadi kaya -_-'' tak reti bersedekah dan bersyukur

semalam aku masuk main benda ni peringkat saringan UUM..tapi kalah je pownnn! haha..group aku dapat kutip total asset around 60juta..tapi group yang dapat reserved main peringkat national, dapat 80juta..mak aihh kau!! songlap duit apa?? hahaha..siap ada national stage lagi youollss! jutaria ada?? haha tiba2 nak perlekehkan jutaria

tapi set ni agak mahal la banding dengan saidina..tapi main dia addictive ohh! bila lagi nak pegang juta2 umur camni..da tua pun entah2 tak dapatnye derr! hehe..semalam sebab participate, dapat la voucher KFC sebab Catur Bistari ni tak silap aku jual kat KFC je..sebab ghairah sangat dapat voucher RM5 seorang, malam semalam berdesup ke KFC..kalau dapat voucher RM50 sorang, aku rasa kitorang tidur kat KFC semalam! haha

agak2 kalau KFC punya CEO baca entri ni dia bagi aku satu set catur bistari free tak?? hehe

4/11/2011

mereka; anugerah terindah :)

petang tadi roomate aku ajak makan KFC knonnya sebab dia teringin, aku pun on je la..bab merayap memang mak incek suka..lepas maghrib aku siap2..bila nak keluar bilik dorang tangkap aku, blindfolded aku ok!! ha ni sah kerja nak mensuprisekan aku!! dapat la aku faham perasaan orang buta dalam masa sejam

aku lost gila bila mata kene tutup mata dengan shawl..aku fikir dorang nak bawa aku pergi Siam je sebab aku tak dapat cam jalan yang dorang bawa..dalam kereta aku diam je..baru aku tahu, kalau aku tak nampak, aku boleh jadi pendiam..so siapa2 nak suruh aku diam, sila ikat mata aku..eh jangan2! merana noks!

bila da sampai tempat tu aku da berdebar sebab aku dengar suara orang ramai, paling obvious suara lelaki..agak2 la der kalau nak suruh aku pilih bakal suami pun! haha..bila dorang buka je mata aku, aku rupa2 nya kat MaiCafe kat Perlis weh..bayangkn dorang buta kan aku dari Changlun ke Perlis!! bayangkan sekarang!! -_-'' and yang ni ada depan mata aku;

cute sangat2 cupcakes ni..sebelum makan berlinang air mata sebab sayangg -_-''

we may not be sister by birth but fate brought us together to be sister by heart
korang ada kawan semanis and seindah ni?? ok sila jealous =P

then masing2 kebulur tak sabar order makanan..semua makan western malam ni, wah style gitewww! aku makan cheesy chicken..cheese dia terbaik! chicken chop dia macam dia letak sekor ayam kat situ, mak aihh besar mak ayam..sebab gelojoh sangat, belum sempat snap gambar, dalam pinggan hanya tinggal tulang ayam -_-'' recommended la kedai ni..pekerja dia semua lelaki2 handsome pulak tu..ehem! cepat serbu! hahahaha..

on the way balik, aku naik kereta dengan Sheril and Chot, macam mana entah tersalah jalan, semua gps failed, kitorang lalu jalan kampung nak balik UUM! sumpah creepy gila..macam kawasan felda yang tak berpenghuni, time tu pukul 11 malam, hanya kereta kitorang je!..sepanjang jalan aku berdoa supaya kami tak kena tidur dalam hutan malam ni..huhu..Alhamdulilah, selamat jugak sampai bilik :)

my birthday's present..dorang suka menganjing aku bagi barang kaler pink..tahun lepas dapat bed sheet kaler pink jugak..nak suruh aku jadi perempuan ayu la tu =P..tapi pilihan dorang memang terbaik ;)




thank you my lovesss! I'm realy appreciate it..Alhamdulillah, Allah give me a fantastic girlfriends as you all
LOVE YOU!!

nak tengok gambar gedik aku?? hahaha..tak nak pun aku nak upload gak!! =P

terimalah, gambar pertama sejak bergelar rakyat yang layak mengundi di general election;
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

*ramai betul orang wish aku cepat bertemu jodoh..harap2 doa korang termakbul! hahahahahah..gatai!
** ramai jugak suruh aku jadi lagi matang..erk?? tak cukup sofistikated ke aku selama ni T__T

4/10/2011

naik satu anak tangga!

Happy 21st Birthday Nadia Roslan
age is just a number..keh keh keh

tq so much to all for the wishes
I pray and hope to be more good girl..meowww *eh perlu ke?*
I love u all =)

tq to my beloved emak sebab sanggup mengendong aku 9 bulan, eh to be exact 8 bulan ++, ke sana sini, tanpa sedikit pun berniat untuk membuang aku lalu kambus bawah zink *sarcastis-refer Metro hari ni*..malah sanggup menahan sakit mengeluarkan aku dari rahim lalu membesarkan aku dengan penuh kasih sayang dan kesabaran yang tinggi..walaupun aku da tinggi melonjong *tak la tinggi mana pun*, but I'm still her baby..hik hik hik *mintak penampar*

tq for my beloved ayah for your tenaga and kesudian..ehh?? tq sanggup bertahan dengan sikap degil tahap dewa aku..sanggup kerja sampai malam sebab nak tanggung kos belajar aku..bersusah payah datang sini kalau aku sakit..never say never to al my wishes..eh aku menyampah betul Justien Bibier ada keluarkan movie Never say never ehh?? *eh tetiba

tanpa mak and ayah, takde la Nadia Roslan yang berumur 21 sekarang yang berketrampilan unggul lagi digemari ramai..hahaha.matila statement aku boleh buat orang report abuse blog ni!

sebenarnya, meningkat umur ni bukanlah perkara yang menyeronokkan -_-''

*for those who wish for me to get a boyfriend, better u wish for me to get a husband..kah kah kah

4/05/2011

aku tetap aku!

esok aku ada test wehhh! criminal law kauu! criminal law! bukan calang2 subject..salah interpret, silap2 aku yang kena bunuh dengan lecturer..tapi sumpah aku takde mood nak baca wehhh! da baca da, tapi apa yang aku baca aku pun tak ingat..konon nak release tension, update blog..haha ramjad sangat alasan kau Beronn

ni la test last aku sebelum final exam..korang ada perangai macam aku tak?? yang last la yang paling lahabau sekali rasa nak study!..paper last selalu jadi mangsa kemalasan aku..paper first pun lebih kurang je, paper second pun sama, eh third paper jugak..pangggg! *terpusing-pusing* ha merapu lagi..the conclusion is, aku memang pemalas T__T

aku kadang2 pelik dengan orang yang ada determination nak study satu sem sebelum paper tu..aku sumpah kagummm nganga mulut! aku memang last minute person..dari kecil sampai la da tua bangka ni..perasaan nak berubah menjadi manusia yang lebih berguna tu ada, niat tu ada da aihhh..tapi nak buat tu, lut la 2 3 hari, heri ke-4 ke laut la

camne entah nak ubah perangai tahyul serupa toyol ni ha?? memang tak dapat ubahnye derr..terima la dirimu seadanya..kadang2 teringin jugak nak jadi budak nerd, pergi kelas awal, duduk depan sekali, tak pergi cafe time kelas, tak baca paper time kelas, tak dengar lagu time lecturer membebel..haishhh! camni nak jadi contoh kat anak2 nanti?? booooolayannnn!

setiap awal sem mesti berazam nak jadi student paling skemmm, tapi tak pernah menjadi..tapi aku bahagia menjadi Nadia anak Roslan cucu Tahir cicit Noordin..jadi remaja ni sekali je, so mari balance kan time berhibur ho ha ho ha dengan time study..study itu agak penting ye adik2 untuk menjadi orang yang berkaliber dewasa kelak..aku tak kata dengan degree kau akan dipandang mulia, tapi insyaAllah cukup la nak jadikan bekalan untuk hidup; pagi2 makan nasi lemak, tengah hari makan nasi bungkus, malam masak sendiri, hujung minggu balik kampung, hujung bulan pergi bercuti..

so Nadia apa lagi kau tungguuu?? pergi study lah mahngkok! hey sekalian manusia, lagi 5 6 tahun kau buat jenayah, lawyer ni la kau akan hadap..takut tak?? takut tak?? baik takut, aku kalau jerit boleh berlubang dinding court tuhh! so sila jangan buat jenayah..so aku boleh jadi lawyer suri rumah keh keh keh..aku kalau da mereng, ni la jadinya..ok bye! ok bye!

oh murder, oh culpable homicide not amounting to murder, oh criminal force, please be nice to me tomorrow..adios!

4/03/2011

deleted

hari ni datang mood gila aku, rasa nak delete semua benda..mula2 aku delete list2 keje aku yang da settle *muka lega*..tinggal lagi sikit je burden aku sebelum melangkah ke alam barzakh final exam..tengok la, tengok la kat side bar aku, kan tinggal sikit jee..ihik! *mintak penampar*

then aku review entry2 lama aku kat blog ni..tak tahu syaitan mana yang merasuk aku, aku deleted semua entry aku dari 2007 sampai Februari 2009..bila da half deleted, rasa menyesal pulak..kenangan tu ohhhh! tapi aku tekad nak delete sampai Februari 2009 punya entri sebab aku rimas tengok tulisan2 dia, time tu aku guna theme lain, so tulisan dia serabut..walaupun aku tahu tak de siapa rajin nak stalk aku sampai ke situ, tapi sebab tulisan2 tu aku rasa blog aku tak tidy..haha..bodohkan alasan?? tapi tu lah kenyataan >_<..kepada bakal anak2 ku, sori ye, cerita 2007 - Februari 2009 nanti ibu cerita face to face..hahahaha *sycho*

tadi aku ada test tort..boleh la jawab..aku keluar paling awal sebab tak tahu nak jawab apa da..haha..lagipun sejuk dalam kelas tu, tak tahan den!..

sejak semalam semua barang aku nak rosak..mula2 charger laptop..ni aku pinjam charger kawan..tiba2 hari ni wayar hard disk pulak tak boleh recognised! hansap betul! semua nak cari gaduh time aku takde duit and time aku banyak masa untuk berhibur dengan hard disk..hangguk kau banyak masa Beron! dengar cerita Rabu ni test Criminal Law pulak..heh!

hati aku pun da rosak..kedai mana boleh baik eh?? =P

4/01/2011

Gay Malaysia

disebabkan bagi aku FB makin lama makin ke longkang bosannya, maka aku decide nak join Kelab Gay Malaysia..eh?? hehe..tak2, aku jumpa Kelab Gay Malaysia kat FB kauuuu! kau pernah jumpa?? sumpah geli siakkkk! tiba2 aku rasa aku umat yang berdosa kerana tidak membanteras gejala tersebut dengan menggoda seko2 gay tersebut..erk?? kau ingat kau mampu Beron??

aku pun tak faham la dengan dorang tu..ada yang hensem kemainnn, tambah dengan badan ketul2 lagi..sekali drop comment kat wall group tu 'I'm top gay, KL, 25, nak jantan yang keras je ye, no pondan2'..what the jilake?? hoih demand kemainnnn! aku tak faham apakah top gay bottom gay jadah semua tu..tak koserr nyah nak buat research pun!

apa yang dorang nak dari laki pun aku tak faham! dorang masing2 ada kot masing2 punya..tak adventure betul nak explore benda yang sama macam kita ada..opsss! tapi dari fikiran logik aku, macam tu la aku fikir..tak pernah time exam aku nak baca buku kawan aku sebab aku ada buku yang sama..ewahh, contoh aku bagi kemainn suci yekk.. :)

ramai kot join group tu..ahhh punah harapan aku nak berlaki..haha..yela, yang lain da berpunya, yang single gay pulok dah..kau nak laki kau curang dengan laki?? hahahaha..jatuh maruah aku kalau kalah di tangan lelaki..cabai betul! punya la bersepah perempuan liuk lentok, anggun ayu, putih gebu, sopan santun, cantik budiman *sambil belek2 muka depan cermin*, apa lagi korang nak?? memang melanggar fitrah alam betul la haiiii!

aku rasa group tu patut diharamkan lah! ramjad gila nak cari one night stand boleh buat kat FB je! negro yang stay sini pun ada tau! 'I like Chinese and Malay boys' eyucckkkkkkss!..yang paling sedih, ramai yang pangkal nama ada Muhammad join group tu..ya Allah!! kalau Malaysia kena tsunami aku tahu siapa punya pasal! heh!..kalau aku jumpa kelab lesbian pulak lepas ni, nanti aku nak ajak suami aku pindah Syria la..