”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/31/2011

kena tipu dengan budak 5 tahun memang tak cool

::dalam kereta bersama Fakhri aka Lop::

sebelum mulakan perjalanan

aku : Lop, cepat baca doa naik kenderaan 
Fakhri : bismikallahhummaahyawaamud
aku and Fakhri : aminnnnn

5 minit lepas perjalanan dimulakan

aku : eh Lop, tadi bukan doa tidur ke Lop baca?
Fakhri : hahahaha Lop nipu ayong je tadi

-_-''
sanggup dia tipu aku
dan aku terpedaya dalam masa 5 minit


5/29/2011

forum keluarga; perihal jin

Semalam after dinner, aku, my parents, cousins, aunties and uncles lepak luar rumah ditemani lampu spotlight. Macam2 cerita keluar, entah macam mana terkeluar cerita pasal jin. Topik ni la kami bincangkan sampai midnight. Jadahkan cerita benda2 macam tu tengah2 malam buta? haha

Mari aku rumuskan berdasarkan cerita semua orang. Kebanyakannya tahu benda2 ni dari ceramah2 agama. Ketua jin yakni tok nenek moyang dia adalah Azazil, nama kemain glamour. Dia ni adalah makhluk paling taat pada Allah sampai la time Allah suruh dia sujud pada Nabi Adam and dia dengan takburnya mempersoalkan 'why must me sujud kat makhluk yang diperbuat daripada tanah padahal aku dibuat dari api? kamonnn' 

sejak hari tu dia dihumban dari syurga tapi dengan 2 permintaan; first seperti semua orang tahu, dia nak hasut manusia sampai akhirat, second, dia nak hidup sampai akhirat. Yes, dia masih hidup dan aku tak dapat bayangkan betapa tuanya dia. And kita tak tahu pun dia di mana sekarang. Mungkinkah di dasar laut? Di atas awan? Atau di sebelah aku tengah tengok aku buat entry pasal dia? Erk! Di zaman Rasulullah dia pernah lalu depan Rasulullah and sahabat2 dengan menyerupai orang tua bongkok tiga. Sekarang aku tak tahu macam mana bongkoknya dia.

Di zaman Nabi Sulaiman, di mana jin2 semua takut pada baginda, Nabi Sulaiman pernah menangkap and mengikat seekor jin. Time tu jin tu bersumpah 'Lepas ni jangan harap ada manusia yang boleh menangkap kami persatuan2 jin'. So dapat disimpulkan di sini, jenglot dalam botol semua tu adalah penipu!

Peribahasa 'sejahat-jahat manusia, sebaik-baik jin' (peribahasa ke ni?) pun tak boleh dipakai. Jin macam manusia, ada yang maha jahat, ada yang pergi mengaji. Nabi Muhammad pernah buka kelas untuk jin2, kalau tak silap aku ada masjid nama Masjid Jin, ha kat situ lah dorang pernah belajar dengan Rasulullah dulu. Ada jin yang solat, manusia pun ada yang tak solat kan? -_-''. Ada satu kisah di Universiti Al-Azhar; kalau kau datang lambat ke kelas and kau nampak seat depan kosong, baiklah kau jangan duduk sebab jin2 da penuhkan ruang tersebut. Ini diakui oleh pensyarah dia sendiri. Antara dorang pun ada cita2 nak jadi doktor apa? =P

Sekarang kita tak nampak jin, tapi dia nampak kita. Akhirat nanti vice versa; dia tak nampak kita, kita pulak nampak dia. Woawww! Dari Malaysia jin boleh berulang alik ke Makkah dalam masa 20minit sahaja (berdasarkan cerita seorang ulama yang pakar bab2 jin ni). Kau mampu? haha. Kita boleh berkahwin dengan jin. It's true la! (maksud aku bukan boleh dari segi agama, tapi boleh, faham tak? haha. Mazhab kita haramkan perkahwinan dengan jin, mazhab lain tak haramkan tapi ada kata makruh) Ada satu kes di Malaysia, perempuan tu mengandung tapi takde suami (bukan anak luar nikah la). Bila ditanya mana suami, dia kata dia kahwin dengan jin. Erk! Another case; perempuan ni setiap kali senja akan bersiap lawa2 then duduk tepi tingkap cakap sorang2. Then bapak dia dengar dia cakap 'Ayah I tak bagi punya I kahwin dengan you'. Selepas berubat dengan seorang ustaz, Alhamdulillah boleh diselamatkan.

Nak cerita pasal jin ni, banyak sangat. Korang baca la sendiri, kalau tak silap aku buku tu tajuk dia lebih kurang; Dialog Abu Daud dengan Jin. Interesting! (aku tak baca lagi, ayah aku cerita hehe). Bermuda Triangle salah satu pusat conference dorang. 

Wallahualam. Family aku baik dengan seorang tokoh ulama negara kita. Banyak cerita dapat dari dia. Kami pun ada sikit masalah dengan makhluk ni and dia yang banyak membantu. Aku suka ayat dia 'yang sembuhkan penyakit ni bukan saya ye, Allah! saya usahakan je'. Ni la ciri2 ulama, tak pernah berpaling walaupun sesaat dari sisi Allah. :)

*semua dialog aku olah sikit dari cerita yang disampakan



5/26/2011

in relationship; percaya susah, tak percaya pun susah..kan?

dalam perhubungan, kepercayaan sangat penting..tapi bagi aku don't put 100% trust on your partner..kena balancekan, biar sederhana..tak percaya tak, percaya sangat pun tak..kadang2 orang ni kalau kita percaya dia sangat2, he/she will play with it..bukan reti nak appreciate! ciskek! so better beware..apa2 jadi tak de la tertonggeng sangat, at least you've prepared something in mind

tak percaya langsung ni agak susah lah..kau akan sentiasa insecure..nampak dia contact dengan orang lain pun kau syak dorang ada scandal, padahal sah2 cakap hal kerja..susah tau hidup dalam syak wasangka ni, tak aman! da la takde trust, kuat jealous pulak tu..hancur hancur!

bagi aku; once I've put trust on you, tolong jaga elok2..I'll give you 75.8% of trust, once you broke it, it will reduce to 50.7%..tahap ni dalam otak aku 'eleh dia ni cakap je kencang, bukan boleh percaya sangat'..then bila kau rosakkan kepercayaan aku lagi sekali, it will decrease to 30.2%..tahap ni I think I should say goodbye sebab aku da tak boleh bina hidup dengan orang yang aku hanya percaya 30.2%..gred university pun ni da dikira FAILED! (sekadar contoh)

aku lemas dengan orang yang ada rasa insecure ni..kalau kau da rasa partner kau sayang kau, tak payah la rasa orang lain nak rampas dia..if ada pun, takdenya partner kau tergoda, kalau dia betul sayang kau la..just think positive, tak kan berkawan dengan orang lain jantina pun tak boleh?? lemak ahhh..kawan tu pelu sebab kau tu kadang2 membosankan jugak..opsss! hahaha

jangan risau, aku tak kan rampas hak orang..walaupun aku single, I'm not that desperate yawwww! aku single susah, tak single pun susah..ayarkkk!..don't worry eh, aku tak terfikir pun nak berlaki dalam masa terdekat ni..aku bahagia macam sekarang..jangan lah pernah terfikir aku nak rampas boyfiee kau, tak la hebat mana pun dia sampai aku nak main tarik2 dengan kaum sejantina aku..just satu nasihat aku; buang la rasa insecure tu, you can count on me..kalau nak berlaki, aku da terima lamaran Johnny Depp hari tu! hahaha..kalau kau dah tak percaya sangat, kurung je dia dalam stor dalam rumah kau! kalau tikus pun boleh buat kau rasa insecure, eh tak payah hidup la! -_-''

video ni korang WAJIB tengok weh! WAJIB..lagi wajib dari pergi kelas..tak pergi kelas sebab nak tengok video ni akan dimaafkan :D


cute little adorable baby boy
I keep watching it
one of the videos that can release my tension ;)
so have a look 

5/25/2011

dream car

setiap orang mesti ada kereta idaman kan? so do I..dulu aku minat VW Beetle..comel gila design dia..tinggi kan cita2 nak kereta tu..sebiji kereta tu boleh beli sebiji rumah -_-''..if ada rezeki lebih memang aku nak sambar kereta ni sebiji, buat hiasan dalam rumah =P..tapi fikir2 balik kereta ni memang tak sesuai untuk family sangat, leceh la 2 pintu..kalau 4 pintu memang sekarang aku pergi buat down payment haha

sekarang aku da aim kereta lain..aku tau kereta ni pun entah mampu ke tak aku nak rembat nanti..sporty gila weh..sesuai untuk orang yang ranggi2..tapi sumpah aku jatuh cinta..siapa2 yang nak bagi aku hantaran kereta ni, tanpa perlu tunggu sesaat pun aku akan setuju kahwin dengan kau..haha dasar materialistik! tapi kereta ni sangat handsome..kalau aku pakai lagi macho! hehe

tapi tak salah aku kat Malaysia, kereta ni ada 2 3 biji je nyahhh! Malaysia tak bawa masuk kereta ni, mungkin dia rasa rakyat Malaysia tak mampu or dia tak nak rakyat Malaysia membazir..kereta ni harga RM300k +++, tak nak tercirit pulak harga dia kan wuwu..nampak sangat susah nak dapat, tapi hendak seribu daya tak nak seribu dalih..amboi2 Nadia bab2 kereta pandai apply peribahasa tu, cuba bab belajar? erk!! lepas ni kena belajar elok2, da ada aim yang tinggi huehuehue..dasar belajar terpesong niat..eh niat sampingan takpe kan?? tehee

kalau nak jugak, kena dapatkan kereta ni dari recon car dealers la..takpun kau pergi beli sendiri kat Japan..haha..agak2 ada tak orang Japan nak hadiahkan kat aku?? oh abang Ultraman!! haha



Honda Mugen RR..bilakah aku dapat memilikimu sayang? =P

5/24/2011

Pirates of the Caribbean 4

tengah hari tadi aku pergi Ipoh, ada date dengan girlfriends sehidup semati :D..after we'd our gossipssss, kitorang pergi tengok movie, cerita boyfriend I berlakon you all! hnff hnff mantop giteww..bibit2 cinta aku dengan Johnny Depp bermula dari cerita ni la..alolo tak nak comel gila pulak perangai dia kan?? rasa nak pergi melamar

aku ada baca komen dari siapa entah yang cerita ni tak semantop yang lepas2..tapi bagi aku it's really osemmmm! it's like woooaawww! tapi aku lagi suka heroin lama la..kalau hero pun dia tukar, harus aku tak pergi tengok..Jack Sparrow and Johnny Depp da sebati orang kata..agree?..cerita kali ni tak banyak kat laut sangat

kelakar weh si Jack tu..gaya dia ngan kaki belit nya, sumpah kena dengan watak tu..cerita kali ni ada masukkan pasal mermaid..aku nak jadi macam mermaid dia, hati kental! susah nak nangis..cantik weh mermaids  tu..bab ni tak dapat la aku nak jadikan =P

out of 5, aku bagi 4.5..amacam?? ada rasa terkinja nak pergi tengok?? pergi la weh, tak menyesal wa cakap lu!

oh pujaan hatiku ;P

aim next movie; transformers ;) anyone?

5/23/2011

2 petang di taman kanak-kanak

petang semalam aku bawa cousins aku yang tak mumayiz lagi main taman kanak2 kat pra sekolah sebelah rumah aku je..time tu aku just jadi pemerhati dan jerit2 marah bila dorang tolak sesama sendiri atas papan gelongsor..ngeri aku tengok, da la anak orang jadi apa2 naya aku, kalau anak beruang boleh jugak dibuat perhiasan kat dinding hehe

petang tadi aku teman dorang main kat playground kat pekan pulak..kemainn lasak seko2, tak terkejar aku..mula2 main gelongsor, tibe2 lari nak pergi main buaian pulak..hey nasib la budak2, kalau tak aku rendam dalam sungai Perak haha..tapi tadi aku join sekali :D..tak la aku buat perangai main gelongsor pulak, just main buaian and seesaw, tu pun cover2 konon nak teman Fatini hehe..gian oh, lama tak main..tengok slide dia yang bersimpang siur, teringin je nak buat perangai tapi kot2 la ada makcik2 bawa cucu main tadi nak buat aku menantu, reject terus karang..so aku ambil langkah berjaga-jaga dengan menjaga adab tatasusila..jodoh jangan ditolak haha..so nanti aku main slide kat Lost World je la ;) lagi panjang dan bersimpang siur, setakat slide playground, hek eleh sama tinggi dengan aku je! (berlagak)

kalau aku tak layan Fatini, siapa nak main dengan dia?? jawab jawab..kira baik la aku ni :D

tumpang rehat je, bukan aku main pun =P

adik perempuan

aku ada sorang je adik perempuan, adik laki pun sorang je..aku dengan adik perempuan aku tak rapat sangat macam certain siblings..especially aku jarang dengan dia dari aku form 1 lagi..balik overnight je kerja aku cari gaduh dengan dia..tak puas hati oh kalau tak cari pasal dengan dia, tak aman hidup aku..at least aku akan tarik rambut dia time dia tengah kusyuk study..takpun aku bagi Fatini pen suruh pergi conteng buku dia

da makin besar makin jarang la gaduh dengan dia..usik dia sikit2 tu ada la..aku memang tak boleh hidup tak usik orang..aku kakak yang garang, jangan salah sikit, aku lempang haha (ok tipu! just bising2 mulut or tolak2 sikit je tehee) biasa la, aku kan kakak T^T..tugas utama aku dengan dia, jadi driver! malam sebelum nak pergi mana2 mesti dia bagitau aku suruh hantar dia pagi esoknya..sambil tutup muka dengan bantal, aku akan jawab tak nak! tapi esok time dia kejutkan aku dari tidur, dengan seluar tidur aku pergi hantar and ambil dia..siapa kata aku tak sweet ha? haha..dalam diam je >_<..sekarang dia da ada lesen, maybe tak perlu bantuan aku lagi

dia dengan aku adalah 100% kontra..secara kekeluargaanya, kitorang memang takde persamaan..muka pun lain, dia sepet aku tak..perangai pun lain, dia rajin aku malas hahaha..sebab tu kot aku tak ngam sangat dengan dia

tapi sejak dia masuk UiTM ni, aku rasa sunyi pulak takde dia..takde siapa aku nak usik da, takde siapa aku nak suruh tolong ambilkan air, takde siapa nak gilir2 buat kerja rumah dengan aku, takde siapa teman aku tidur, takde siapa nak sepak aku time tidur, takde dengar suara dia jerit marahkan aku haha..tadi aku text dia; weh da tdo? bosan pulak takde kamu, takde kawan gaduh aku..then die terus call aku cerita pasal orientasi dia yang baru balik bilik pukul 1.30pagi and kena bangun 3.30pagi..hahahaha..aku hanya mampu gelakkan je..nasib la 1st time merasa betapa hell-nya orientasi tu!

sebenarnya ada jugak la rasa risau dia boleh handle ke tak sebab 1st time berpisah dengan family kan hehe..siapa kata aku tak sayang adik oi?? just aku tunjukkan sayang dengan cara kasar, baru rare! baru adik2 aku tak spoil, dapat kakak yang tegas serta berwawasan tinggi! haha

5/22/2011

Asasi UiTM

tadi hantar adik aku register as foundation of science student kat UiTM Penang..bilik dia tak nak mewah pulak kan, da ala2 apartment giteww..1 rumah 8 orang, 2 bathrooms..yang aku tak puas hati, depan kolej dia ada taman kanak2..motif?? kau ingat yang masuk UiTM tu budak2 terencat ke?? (sebenarnya tak puas hati gila UUM takde T__T)..kan best kalau kat UUM pun ada, boleh petang2 aku main buai laju2..ni tak, monyet2 je gembira kat sana, tiap petang gayut2 kat pokok Y__Y

adik aku first time berpisah dengan mak aku after 18 years! 18 years ok duduk bawah ketiak mak! aku umur 13 da menyeret beg duduk asrama, malam2 after lights off menangis mengadap dinding, tak pun menangis sekali dengan air shower yang turun dalam bath room!..tapi setahun je, setahun je! tahun2 lebihnya sampai la umur 21, aku menangis dalam hati je -_-''..walaupun hati tisu, muka kene cover macho wa cakap lu!..aku harap budak cengeng tu boleh survive kat sana ;P

time hantar dia, aku tengok macam2 jenis manusia..aku teringat time aku asasi Law kat UiTM Shah Alam..sumpah aku rindu! setahun yang penuh suka dan sedikit duka..setahun yang ajar aku bezakan antara sahabat, rakan dan kawan..setahun yang meliarkan mematangkan aku :)

rindu nasi lemak Cempaka, nasi lemak Jati, nasi lemak Hakim, ayam goreng Bara, roti canai Khalifah, Mc'D seksyen 2, restoran ayam kampung seksyen 7 (kenapa semua makanan yang kau rindu Beron? -_-'')..sebenarnya aku rindu manusia2 yang terlibat dalam proses melantak tu..Tqah, Diyana, Chot, Fern, Apan, Paan; sumpah aku rindu korang! rindu nak kepam ramai2 dalam viva merah! 7 orang beb sumbat dalam viva..ni baru betul luar viva dalam alphard haha..walaupun kita jauh, aku selalu rindu korang =')

ah jiwang pulak malam2 ni =P

5/19/2011

monolog dalaman

(bayangkan aku sedang baring di bawah katil. gelap!)

apa la nak jadi dengan aku ni?? dari kecil sampai ke besar tak ubah2 perangai..pemalas! especially bab belajar..UPSR aku tak baca buku langsung, sama dengan PMR..SPM nampak la effort nak jadi orang berguna sikit tapi tetap malam sebelum paper Kimia aku tak habis study more than half syllabus! kerja gila! result? tak payah cerita la kan..kalau gempak mesti cerita aku masuk paper muka surat depan Utusan tahun 2008 hari tuh!

tadi aku baru habis jawab semua paper Law untuk sem 4..perghhhh! sebijik pun tak de iras2 nampak nak dapat A..apa ke bengap sangat entah..bengap apa?? belajar last minute tanggung sendiri la der! wuwuwu..aku memang bukan bangsa yang study awal2, mesti nak kena last minute jugak..my work will be done under pressure! teruk betul perangai..ish ish ish

tiap sem ada niat nak berubah, niat tu ada, tapi memang sekadar niat je la..aku manusia gamble, aku manusia yang tak nampak masa depan selagi masa depan tak datang kat aku..aku hidup untuk masa sekarang, aku jarang fikir apa consequences yang aku akan alami in future dengan what I do now ..got it?? bukan nak kena suap je, tapi tu la, aku pun tak reti nak explain macam mana haha..yang penting aku manusia yang very easy minded (bakal suami, sila terima saya seadanya -_-'')

lagi satu lahabaunya aku ni, macam mana failnya result yang aku dapat, aku akan bersedih tak sampai 30minit pun..then terus bersuka ria macam biasa, macam takde benda menyedihkan berlaku..lame kan?? bagi aku past is past..haha senangnya cakap Beron..tapi itu la aku..kadang2 aku nak ada rasa kecewa yang gila2 so that aku akan bangun dengan semangat! tapi tak pernah jadi lagi dalam hidup aku..menyesal kejap je, then aku jadi diri aku balik..rosak! rosak!

kadang aku kesian kat mak ayah aku, dorang hantar aku belajar tapi macam hantar aku pergi bermain..dorang cakap aku bukan tak pandai, tapi pemalas and I admit that..booo, gila tak malu mengaku pandai! haha..no I mean, siapa2 pun kalau guna otak sepenuhnya, sure pandai! kan?

fuhhh! fuhhhh! I hope miracle do happen..kalau lulus semua paper pun aku da bersyukur sangat..kalau tak? repeat la woi! tanyaaa lageyyy! =P..Allah, give me mercy..amin amin amin..banyak la kau punya mercy Beron, belajar pun yan yan yok je! huhu

kenapa la Law ni tough sangat?? (tiba2 salahkan course padahal sendiri bengap!) haha..nak tukar ambil kulinari la >_<

(keluar dari bawah katil. lompat bintang. dan jalani hidup seperti biasa)

5/16/2011

Film Review; Cun!

hamboih hamboih! mentang2 next paper Khamis ni, orang lain sibuk buat kes review, hang sesenang hati buat film review noh! ah persyaitonkan kejap benda2 yang menyerabutkan kepala tu..ni nak habaq maiii, hangpa da tengok cita Cun dak?? ke ceq sorang yang baru duk kalut nak tengok?? hahaha..lepas tengok cita tu, rasa sedap pulak loghat Kedah nooo..hehe

da la Nadia, tukar slang..karang ada yang kene hempuk dengan orang Kedah sebab salah 'grammar'..mampuihh kena ligan satgi! haha


cerita dia?? alololo cweetnyaa weh..walaupun Atan (Remy Ishak) macam bangla sikit dalam tu, tapi tetap handsome weh..hemoh hemoh..boleh masuk dalam senarai hero pilihan hati cik Nadia haha..cerita dia environment sawah padi, hidup la cerita kat kampung tu..dengan semua cakap pure Kedahnya, memang mantopp!..siapa tak tertarik dengan mamat kampung yang pagi2 Imamkan solat Subuh weh?? habaq mai siapa tak nak laki camtu?? dasar buang tiket nak masuk syurga siapa yang taknak tu! haha

Luna (Maya Karin) tak nak comel pulak perangai dalam tu, da la cun, dengan pelat orang putih dia tu, cakap satu2, tapi attractive sangat! aku suka part dia naik motor kapcai race dengan si tonggek kampung..rambut ikat tocang dua, pakai shades, buat muka comel time race, siapa tak cair weh (eh Nadia kau lesbian ke?) haha..now I found out the reason apasal ada orang tu asyik cakap nak kahwin dengan Maya Karin je =P..dalam cerita tu, watak dia sangat comel! hihihihi (effect comel)

watak lain pun sama naik menjadinya..dengan Ryan (Jehan Miskin) yang sycho, Candy (Ning Baizura) yang gila glam, watak dorang memang menyakitkan hati sangat! menjadi la kiranya ;)  Tom (Faezah Elai) punya watak as perempuan ala2 ganas gitu, tapi tetap comel aihhh..dia suka Atan tapi sanggup lupakan demi Luna and Atan..perghhhh, hangpa sanggup wat lagu tu?? ceq?? ceqq err hmmm aaaaa, eh sanggup aihhh, ape pulak tak sanggup, mencintai tak bermakna memiliki (haktuihhh!) hahaha..kalau aku kat tempat Tom, aku pun sanggup kot sebab Atan bukan tahu aku suka dia, ala2 macam syok sendiri pun ada..tapi aku memang suka Remy Ishak oihh (tetiba dia masuk dalam senarai artis yang aku suka wuuu)

overall, cerita dia memang cun ah! ah cunnya cerita yang kau berikan, ah cunnya!..santai; kehidupan harian yang kelakar ada, sedih ada, touching ada, sakit hati ada, euwww euwww pun ada :) complete kan untuk di tengok sambil2 kunyah Super Ring?

siapa yang tak tengok lagi, pergi la download cerita tu..nak dari aku pun boleh, bak singgit! hehe..kalau nak, mintak je la..tapi jangan suruh email, hilang akai ka?? lambat oh loading! nak suruh aku poskan pendrive pun bukan permintaan yang relevant dengan arus globalisasi masa kini..orang yang terdekat dengan aku je la boleh..yang lain sila download sendiri okeh? haha

amboi Nadia, nama artis sekoq2 hang ingat..nama case bila nak ingat?? erk! okbye! =P





eh nak tengo Rio kejap la! bahahahaha

5/14/2011

7 main stages in relationship (not based on own experience) =P *kindly refer to my previous entry*

lepas tengok video tu, hati aku 100% agreed dengan apa yang disampaikan..siapa yang pernah bercinta mesti pernah lalui stages2 ni..untung la kalau tak pernah rasa critical phase sebab terus kahwin..auuuww co cweet! ;D

1. Meeting
mustahil la kalau kita suka orang tu tanpa jumpa orang tu..tak kira la jumpa dalam bus ke, dalam shopping mall ke, dalam facebok ke, tejumpa dia through blog ke, what so ever lah..termasuk jugak case love at the first sight; lelaki tu nampak perempuan tu tengah pujuk seorang budak perempuan rambut tocang dua pegang lolipop yang tengah menangis sebab kehilangan mak ayah di pasar malam ;P..

2. The chase
selalunya stage ni laki yang akan ambil tindakan..tapi dalam dunia sekarang dengan perempuan2 yang berani serta berjiwa kental lagi disayangi masyarakat majmuk, kadang dia yang ngorat dulu..ada macam2 cara nak dapat attention orang yang kita suka..and mostly laki akan buat cara paling annoying (especially Malays)..buat2 salah number la, buat2 'eh muka you familiar la, you stay area Teronoh eh??', padahal Teronoh pun dia tak tahu kat mana agaknya! tak pun menganjeng perempuan tu..kalau makin lama tunjuk care and concern takpe, ni makin lama makin annoying, tak makan kasut, kau akan makan penampar..goodbye la kau! haha.. tolong la be matured and gentleman sikit kalau nak ngorat pun =P

3. Honeymoon
stage ni bila ada respond positive dari pasangan tu..perghhh!! butterflies in the stomach la, rasa semacam yang membahagiakan je..ni da tahap da keluar dating, texting 24 jam, sebelum tidur wajib call konon nak wish goodnite, padahal melalut sampai Subuh..makin ada respond positive makin berani la lelaki tu nak propose or kadang2 perempuan tu yang bagi hint! hamboih hamboih! kemainnnn ;) lepas officially declared, ape lageyyy?? seminit lepas tu terus tukar relation kat FB, maka berduyun-duyun la orang 'like' and dapat wish congrates, macam dapat anak pulak (ni bagi yang tak menyempat, kawan2 aku cool je, family da tau baru tukar, lagi sweet auuw auwww, sampai mak pun like haha)..time ni ada yang cakap dengan semut, gembira punya pasal kan, senyum sepanjang hari, jalan langgar tiang sebab ralit ber sms (ni gila)..I love you, I miss you tak lepas dari mulut..tak cukup tu, berduyun post kata2 cinta kat wall, sampai orang lain get annoyed; hoi korang ingat korang je ke bercinta? haha



4. Comfortable
makin lama kita dengan dia, makin kita selesa dengan dia..da tak sorok apa2 da macam first2 kenal dulu..macam dulu makan burger Big Mac Mc'D pun makan selapis-selapis; mula2 makan roti, tu pun cubit2 je, then kunyah sayur macam kambing, then baru makan daging, tu pun kunyah 44 kali hahaha..tapi bila da sampai kat comfort zone, hamekk ko, nganga sikit punya luas, sampai hidung pun makan sos! haha..time ni kentut depan dia pun slumber je bahahaha..

5. Tolerance
bagi aku stage ni kita da ada gaduh sikit2 and one of us mesti kena ada sikap tolerance, atau dalam bahasa mudahnya, sikap mengalah..time ni tak boleh salah sikit and kadang2 perempuan bersifat dominan..perempuan pun agak2 la, tak kan pakwe berak pakai jamban duduk or jamban cangkung pun kena bagitau kau!..semua nak ikut cakap dia je..sabarlah wahai lelaki2 yang penyabar, kata sayangg kannn? =P..tapi ada jugak laki yang buat hal..yela, da lepas fasa honenymoon segala, mula la merenyam nak try perempuan lain..kadang2 dia just main2, for fun la kononnya, al maklum la, kaum dorang ni 'naughty' sikit (yeke sikit?)..stage kejar mengejar, main tarik tali da lama dia tak merasa, so konon nak test market, padahal muka pecah rumah haha..awek akan kenal pakwe dia, sama ada dia main2 or he really meant it..tapi kalau dia da mengaku kat kawan2 dia yang dia single, tak perlulah nak baik hati sangat nak tolerate lagi, just kick him out of your life..he don't deserve a pretty girl with pretty brain like you! haha

6. Downhill
oh stage ni orang kata da macam jasad without soul, stage critical..tak balas message seminit pun melenting macam pasangan dia curang dengan anak jiran sebelah, 'hey you kenapa lambat reply message I 56 saat ha?? selalu tak macam ni, you message betina mana lagi ni?'..padahal laki tu baru kena tazkirah dengan mak sebab tak sembahyang subuh..tiba2 kena serang lagi, kalau gua pun tensyen bai! haha..time ni tolerate ke mana, janji2 manis ke mana..kalau perempuan stage ni dia da start down, laki kalau tak balun rokok 2 kotak, mungkin tengah flirt dengan perempuan lain..kan? haha

7. Breaking up
selamat tinggal sayang, selamat tinggal baby, kita da tak sehaluan, da takde persefahaman..haktuihhh! da 5 6 tahun bercinta, baru ko nak cakap takde sefahaman memang nak kena kapak dengan aku! ni memang kalau da tak dapat diselamatkan la..and lagi worst kalau masing2 da ada spare part yang menunggu..ada rim baru, goodbye la rim lama yang banyak buat hal kan??..time ni mula la; Senah has changed her status from in relationship to single..kalau perempuan hot ramai la laki like and masuk jarum, and kalau perempuan tu gedik, dia akan melayan haha..tapi ada jugak kes yang putus cuma sehari dan terus kembali..esok2 tengok kat wall dia ber i love you i miss you balik..cess! hangat2 tahi ayam! buat penat je aku simpati Y__Y..sebenarnya benda ni tengok jugak kepada kekuatan kasih sayang and jodoh korang hehe

yang betul2 broke up tu, mesti punyalah akan rasa rindu, terimbau kenangan lama, still stalk FB dia then kecewa dia ada orang lain dalam sekelip mata..biasa la tu derrr! apa2 pun, life must be go on..jodoh kat tangan Dia (ayat klise)..sebab tu ada orang kata jangan bercinta lama2 sangat..da sampai comfortable phase, baik korang kahwin! hidup lepas kahwin ni lain (ceh, macam pernah merasa)..bila kita ada komitmen, kita lebih bertanggungjawab..tak kan gaduh sikit pun nak cerai ye dak??..kalau in relationship ni, kita lagi banyak lepas tangan eh kau siapa?? bukan bini aku pun nak aku jemput balik and pergi kuliah..ha see? peace!

5/13/2011

It's all about a relationship and it's true =')


::so before the critical stage, baik ajak pasangan korang kahwin! hahahha::

kredit; yani sebab bagi aku video ni =P

5/10/2011

buat aku tercekik nak makan Gula-gula 24:7 je!

korang mesti tau kan aku nak cakap pasal apa?? sana sini orang mengutuk, mungkin ada yang bagi sokongan..nak kata suara sedap, sedap lagi suara aku nyanyi dalam bilik air..aku pun tak faham hala tuju industri muzik sekarang..ceh! gila la Nadia, serius gila..cool yawww! haha..takdelah, yang nak mendengarnya telinga aku, yang nak cuci matanya mata aku..cer la buat benda yang semengah sikit! geli tahu tak! geliwwww!..gaya macam dorang ni entah la nak kata apa..tak sesuayyyyy!

panas ye kak pakai seluar macam spenda?? o faham2 -_-''

kalau pakai baju Melayu ada la macam Hang Jebat agaknya, ni da macam gigolo mana je! apa ke hae nye yopp??

eh please la be realistic..orang nilai nyanyian dari suara bukan body! body nak kata HOTTTT pun memang tak la! k-pop ke m-pop ke po dio? makan pop corn lagi best la! ramai2 macam ni baik korang tubuhkan kumpulan macam Rabbani lagi bagus nooo!

amboi Nadia, sedap mengata orang..kalau 24:7 tu Arjun Rampal, Aaoron Aziz, Cyril Takayama, Johnny Depp, Zahiril Adzim yang jadi members, mesti kau tengok hari2 kan?? dasar!! >__<..takde lah, aku just menggunakan Freedom of Speech sebagai rakyat Malaysia yang concern tentang kelansungan masa depan negara =P

5/09/2011

lecturer gua punya status FB boleh bikin gua gelak! :D

Invigilating students. steady jek semua... senang kot!

haha..senang la sangat! steady la konon..kalau ikutkan aku, time jawab tadi rasa nak lukis gambar doraemon dalam booklet walaupun pada hakikatnya nak buat bulatan pun jadi bentuk piramid! wah seni! :D..ke aku sorang rasa macam tu?? eh tak kot, sebab kawan2 aku merungut benda yang sama sebab kami sama2 tak study kot! kah kah kah..

ada ke salah satu soalan tadi suruh aku advice government! government kau!! mengalahkan Najib da kitorang tadi..aku rasa kalau Najib baca jawapan aku tadi mesti dia kecewa lalu membawa diri ke Uganda mungkin..tak pun dia akan impress ada budak umur 21 tahun sesuka hati tok nenek dia je nak buat law sendiri..haha T__T..nasib baik aku tak mulakan paragraph macam ni; ke hadapan Abang Jib, ni ada sedikit nasihat berbaur ugutan untuk anda..tadi aku buat general la, goreng la apa lagi..hangus ke rentung ke aku tak peduli! 

esok ada paper lagi..nama pun PIL, maknanya kena telan pil la nak study! banyak wehh! aku tak habis study lagi ni, tapi sempat la update blog! dasar!!! haha

oklah, see u next post..wish me luck beautiful people! (dan2 puji) >_<

5/05/2011

tazkirah keluarga

dari aku balik last week, kerja aku buang masa! buang masa! main game!  makan! online! merayap! takde langsung aktiviti berfaedah..ada la sikit; selak2 note sambil tanya diri sendiri apo dio ni?? nampak sangat da mensia-siakan 1 sem dekat UUM T__T <===== air mata tidak berguna lagi Nadia! kah kah kah

one of my uncle (Che Man) adalah Imam masjid..ye Beron semua orang tahu yang Imam kerjanya di masjid, bukan library! -_-''..aku adalah manusia yang jarang ada kat rumah, kerana merantau untuk menggapai secebis ilmu dunia..acehhh! sejak habis SPM aku da tak  pernah pergi kelas agama, semua aku baca sendiri (kadang2 je pun T_T)..so aku tak tahu menahu yang kat rumah aku setiap minggu Che Man akan ajar mengaji or bagi tazkirah..ajar mengaji tak la bermaksud dia ajar dari iqra 1, just dia ajar tajwid and betulkan bacaan..da besar gajah, kalau tak reti mengaji lagi, sila la malu dengan cousin aku yang berumur 6 tahun!

semalam, tengah syok2 aku berperang dengan note game, tiba2 makcik aku suruh pergi pakai tudung, aku tengok kat hall dorang semua tengah bersekedudukan dalam bulatan..pelik la aku, sebab jarang kitorang nak baca yassin hari Rabu! oh rupanya Che Man nak bagi tazkirah..sebelum bergegas ambil tudung, sempat la aku pause kan game dulu ;)

semalam Che Man cerita pasal bersuci, tapi tak habis lagi..next week mengaji, maybe sambung next two weeks which time tu aku tengah final exam..mungkin bila aku da balik, da masuk topik berjimak agaknya..kah kah kah! -_-''..lepas habis dia ajar, dia tanya la soalan..walaupun yang tanya tu pakcik aku yang suka sekeh2 kepala aku, yang suka peluk bahu aku sambil cerita benda merapu-rapu, yang suka usap2 kepala aku, tapi bila dia tanya soalan agama, berdebar jugak ehh jantung den ni haa nak menjawabnyo.. nasib dapat jawab..pintar dan serba boleh betul Nadia ni! hahahahah

Che Man : Beron, kalau la kan sekor babi ni da takde keje sangat, terjun dalam 2 kolah air, then dia keluar, boleh tak kita guna air tu untuk bersuci??
aku (dengan separa konfiden) : boleh! selagi air tu tak berubah warna, bau dan rasa..tapi kalau Nadia nampak babi tu terkinja-kinja dalam air tu memang Nadia tak guna la walaupun lepas dia keluar tak mengubah apa2 struktur air hehe
Che Man : betul! berapa ukuran sebenar 2 kolah tu??
aku : lebih dari 60cm x 60cm, or kalo rajin timbang lebih kurang 168kg air hehe

first2 dia tanya jenis2 air mutlak, nasib baik dia tanya kat cousin aku yang berumur 6 tahun, aku da lupa! tapi aku buat muka konfiden tahu! haha..air mutlak yang aku ingat; air sungai, air embun, air salji, air hujan, air mata air (lagi 2 lupa, padahal baru belajar semalam T_T)

seronok jugak buat aktiviti macam tu, tak de la keje nak merapu je..walaupun Fatini and Hadif main tendang2 belakang Che Man time dia bagi tazkirah..dia cool je, kalau aku da ikat dorang kat tiang haha..tahukah kamu bahawa sunat untuk meminum air zamzam secara berdiri?? aku baru tahu ni..semalam makcik aku ambil air zamzam dari rumah aku..aku cakap kat dia Mak Ida, jangan lupa minum berdiri, nak lagi elok diri atas kerusi haha..lalu dapat balasan hotak kamu! hahahha

5/03/2011

Kelantan Darul Naim

wah konfiden je aku Kelantan berdarulkan Naim..ye kan?? (anggap je betul)..last weekend aku and family ayah pergi bercuti ke Kelantan..kitorang suka pergi sana, entahla kenapa..maybe sebab pergi ramai2 kot, tu yang best!! kitorang mesti stay kat PCB (Pantai Cahaya Bulan), petang2 makcik pakcik semua turun tepi pantai main layang2 sama2 :D

barang2 kat sana pun murah (ah perempuan)..aku beli tudung, baju..aku beli patung Domo weh! haha..sumpah comel, sumpah lena tidur berpelukkan dia..ayah gelak je tengok aku beli menatang tu..satu je aku tak boleh in dengan Kelantan, aku tak boleh terima makanan dorang, I mean cara masakan (sorry to all Kelantanese)..tekak orang lain2 kan?? tekak aku memang tak boleh dengan masakan yang manis..loya! bayangkan 2 hari kat Kelantan, aku hanya telan 1/3 dari sepinggan nasi..kat sana aku lagi banyak makan keropok2 lekor dia, nasi memang aku tak boleh telan (mati aku kalau jodoh dengan orang Kelantan hehe)..

3/4 dari family members..ni time berhenti makan :)

aku da macam kumbang gatal aku tengok 

PCB :)

**ni la bahana duk rumah time study week..bila nak habis study Beron?? -__-''