”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/25/2011

balik kampung #pengalamanberhariraya

Aku sebenarnya tak de pengalaman sangat balik2 kampung ni, sebab aku memang duduk kat kampung ayah aku and kampung mak aku 15 minit je dari rumah aku sekarang, nak lena pun tak sempat aihhhh! So aku tak pernah la merasa berjam 10 jam kat highway. Tapi aku pernah merasa berbuka kat tepi longkang time otw balik raya time aku asasi, kau ada? haha

Kampung dekat2 ni bagi aku banyak kelebihan dia. Antaranya, mak ayah tak pernah gaduh nak balik mana dulu, sehari 10x pun boleh ulang alik. Kejap2 aku kat Kuala Kangsar, kejap2 aku kat Sungai Siput, macam magic (banyak la kau punya magic Beron!) haha

Tapi kadang2 rasa tak thrill pulak. Rasa macam nak suruh ayah aku ambil jalan highway pergi Tapah then ikut jalan lama balik Sg. Siput nak bagi 'feel' raya tu! haha. Kejadah sangat kalau buat camtu. Perasaan berjam nak balik kampung untuk beraya tu memang nikmat, tapi berjam nak balik rumah balik selepas raya memang mengundang sumpah seranah dalam hati!

Mak aku lahir kat Kelumpo bandar serabut, syukur arwah tok aku tak memilih jalan hidup di sana. Kalau tak sungguh aku rasa mangkok sangat bila orang KL nak balik utara tapi aku satu2 nya kereta atas highway menuju ke KL. Sungguh tidak cool suasana tu!

Saudara mara aku start esok balik kampung, selamat bersesak lah yehh! haha Kami menunggu dengan perut yang kenyang selepas berbuka ;P. Kepada semua pemandu, yang handsome atau pun tak, memandu la dengan penuh berhemah, semua orang pun lapar, jangan nak baran sangat! Semoga semua selamat sampai ke destinasi, harap2 angkut mercun selori sekali ;)

Aku nak kahwin dengan orang Australia la. Nanti orang tanya anak2 aku kampung kat mana? 1 kat Kuala Kangsar, 1 lagi kat Australia! Perghhh, mantoppppppppppp! hahahhaha

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!