”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/31/2011

ceriteraya

Mari mula dengan malam raya yang MasyaAllah rumah macam kene bom bersepahnya. Dari petang dalam otak 'karang la buat, karang la buat', sampai pukul 12malam baru ala2 terkejut yang esok da raya, konon baru dengar pengunguman raya, baru la kelam kabut nak bergerak. Time tu la nak lap2 habuk, time tu la nak angkat kerusi, time tu la nak bentang tikar. Phewww! Terpaksa I keluarkan tenaga jantan I nyah, kerusi2 rumah I semua stok kayu balak beratnya. Ada adik laki serupa takde, boleh dia pergi pekan tengok pesta meriam, aku meriamkan dia baru tau!

Pagi raya selepas gedik2 bergambar, pergi ziarah kubur2 kesayanganss, tiba2 hati jadi sebak tapi kene cover ayu sebab ramai laki hansem orang. Sampai rumah pah, bersalam-salaman, tahun ni aku tak nangis da, pah sorang je nangis. Oh pah memang senang nangis, rekod kurang sikit dari Wan Maimunah, hantar aku pergi asrama pun dia yang nangis. Hee, syomel my opah :D Then sambung bergambar lagi, makcik2 aku lagi hover ok, oh mungkin zaman dorang remaja camera takde, tu gedik bila da tua hahahaha.

Petang sikit aku masuk bilik, tidur! haha Bajet penat kemas rumah, tapi memang penat ohhh. Jom tengok gambar gedik gua di pagi raya ;)

family side mak memang banyak perempuan :D

banyak sangat dapat duit raya, bakar la seringgit dua haha =P

adik paling rasa nak cekik!

abaikan my jerawat raya, dia nak beraya jugak -_-''

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!