4 tahun kita bersama, bukan calang2 dugaan kita tempuhi. Kau sentiasa ada bila aku memerlukan teman, bila aku kebosanan. Kau tak pernah mendatangkan masalah, selalunya menyenangkan hati, memudahkan kerja. Kau sangat berjasa
Bukan niatku nak membuang kau dari hidup aku, ikutkan hati ni, akan ke kendong kau walaupun da ada anak 4. Dalam hal ni, mak bapak yang mainkan peranan. Sebagai anak yang solehah (ehem) aku ikutkan saja kehendak mereka. Maaf, seandainya sepanjang kita bersama, aku ada menyakitkan kau, sungguh aku tak berniat begitu.
terima kasih kerana banyak berjasa =') Kau boyfriend paling setia, tak pernah menyakitkan hati!
Bukan aku tak cuba selamatkan kau. Tapi bila aku tanya tauke Cina tu boleh tak kau dipulihkan, dia bertanya kembali 'Berapa tahun sulah guna?'. Dengan bangga aku menjawab '4 tahun'. Lalu sambil tergelak dia berkata 'campak saja la'. Kurangjaaaaar! Nasib baik aku perempuan, kalau tak aku karate tengkuk die 100 kali tanpa henti. Sungguh dia tiada sifat kekomputeran, orang kata tak reti jaga hubungan sesama makhluk punya type. Tak reti hormat orang tengah berkabung langsung!
Oh mak, thank you untuk jam tu ;)
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!