Pengembaraan bermula jam 9.30pagi. Bila Ety and Kak Nad hantar kami (aku, Cha, Maria, Dira and Iylia) pergi station bus. Station bus la sangat kat Changlun tu, rupa pondok pak guard je haha (tak baik mengutuk Nadia, kat situlah kau dapat balik Perak -_-). Naik bus pukul 10, bus 2 tingkat, penumpang 10 orang je. Dapat bayangkan tak ke conquer an kami dalam bus tu? Siap pergi jumpa driver suruh dia pasangakan DVD Bini2 Ku Gengster, memang bus tu bapak kami sewa khas untuk kami haha
Sampai Ipoh around pukul 3, then parents Iylia bawa para2 kebuluran ke mamak untuk menjamu selera. Lepas tu kitorang pergi Station Keretapi ETS nak beli tiket untuk budak2 ni balik ke habitat masing2 hari Selasa. Dorang punya teruja tengok bangunan2 yang serupa nak roboh kat Ipoh macam dapat masuk Disneyland. Wowwwww tak habis2, heh loser hahahaha
Sebab keterujaan melampau, kat stesyen keretapi pun jadi tangkap gambar. Tak pernah terlintas kat otak aku nak tangkap gambar kat situ -_-. Ayuh saksikan;
itu stesyen keretapi Ipoh
aku baru tahu nama Ipoh diambil dari nama pokok belakang kitorang tu.
Ape hal nama kau tak sedap pokok? haha
Iylia not in picture sebab dia jadi camerawoman.
selfish sungguh kami huehuehue
Malam tu parents Iylia bawa pergi makan lagi, kat Nasi Lemak Ayam Kampung, jugak aku baru tau kewujudannya. Apa punya orang Perak daa kau Nadia. Makanan dia sodap, sup sodap, kotam sodap, sume sodap belako ehh (apa hal tiba2 slang Nogori? Buang tobiat apo!)
Then kitorang pergi Gerbang Malam. First time jugak aku pergi (ok you can call me loser). Panjang gerai dia, tapi apa pun tarak. Kitorang just beli lanyard angrybird yang sama tapi berbeza pada warna. So sweet kitorang haha. Hari ni berakhir dengan senyum penat :)
24.10.11
Pagi2 da bangun, semangat nak mandi manda. Tapi aku dengan Cha kena buat simple research kat hotel. Tujuan kitorang nak buat kerja sebenarnya, tapi niat tersembunyi memang nak mandi Lost World haha. Cha la, dari sem 1 berzikir kat aku nak pergi Lost World, sem 5 baru tercapai. Kemain excited kawan2 aku, setiap pelosok Lost world dorang nak terjah, kalau boleh nak try berenang dalam tasik sekali haha.
teruja nak bergambar, beg pun aku campak -_-
Malam tu lepas melantak Mc'D, semua tertidur kecuali aku. Aku ada satu masalah, kalau aku terlampau penat, aku tak boleh tidur hahah sycho! Konon nak tengok Real Steel, real sleep ye! haha
Overall, aku memang betul2 enjoy spend masa dengan kesayangansss ni semua. Tadi nak balik pun sedih. Thank you so much loves for awesome holiday! :D Take care at home, till we meet again. LOVE.
Psttt, aku cuti sampai 12hb Nov. Sila jeles haha. Bye
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!