”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/30/2011

ayah tite tomeyyy

Faham tak tajuk entri aku? Tak faham? Lantak korang haha. Last weekend, I spent my quality time with my beloved family at KL. Biasalah kalau pergi KL, mak tak pernah tak mencari tempat shopping baru. Perempuan2 -_-''. Ayah tak suka shopping, tapi dia tetap teman kitorang. Comel kan? Aku mewarisi ayah bab ni, aku tak suka shopping untuk waktu yang lama end up tak beli apa2. Aku akan shopping hanya bila ada benda yang aku nak beli. Sebab aku tak suka ikut mak shopping, astagaaaa! Boleh buat aku moody nak tunggu dia habis shopping. Conclusion nya, aku tak suka menunggu haha.

Tapi ayah lagi comel bila dia membebel, dia jarang bebel unless dia risau ya amat sangat. Ayah aku memang pengrisau orangnya huehuehue. 

Bebelan 1
Aku nak naik bus balik Changlun dari KL malam Isnin, so that aku sampai pagi Selasa. Aku da serik naik bus siang untuk perjalanan yang jauh sebab tak boleh tidur. Mental torture tahu! Kalau nak naik bus, ayah suruh naik siang, well ayah know me better, kalau aku cakap nak balik malam, malam la jugak aku akan balik. Tiba2 dia suruh aku online. Rupa-rupanya dia cek schedule train dari KL-Arau. Dia cakap 'Nak balik malam, naik train, ayah risau driver bus mengantuk, kalau driver train mengantuk pun train still atas landasan' hahahahha. Ayah know how to deal with me, dia tahu aku degil tahap dewa, so dia bagi aku balik malam tapi dengan syarat. Win win situation orang putih kabo. Dua2 ada consideration, ok la teww haha.

Bebelan 2
Oh yang ni aku kena bebel teruk sikit. Time kat KL, 2 hari berturut-turut aku kena gastrik yang teruk! Rasa perut dihiris-hiris lalu dituang sedikit clorox di atasnya untuk sebatikan rasa. Pedih nokssss! As usual, kalau ayah risau dia akan bebel. Time tu aku tengah baring menahan sakit sebelah dia. Dia punya bebel perghhh kalah mak. Time tu mak lipat kain, senyum2 je aku kena bebel. Sekali ayah cakap 'mak dengan anak sama je, degil! Da tau diri tak sihat, makan tak reti jaga, semua orang kena jagakan'. Terus hilang senyum mak aku. Aku pandang mak, mak pandang aku, then kami dua2 tergelak besar yang tak boleh berhenti punya. Kesian kan ayah? Sabar eh ayah dapat isteri dan anak macam ni -_-'' 

Mungkin sebab tak dengar cakap ayah, malam tu sepanjang perjalanan dalam train aku tak boleh tidur, rasa nak pitam tahan sakit gastrik wuuu. Da la perjalanan 12jam, 3kali aku telan ubat. Da la kena duduk sopan2, sebelah aku ustaz. Mana aku tau dia ustaz? Satu sebab dia pakai kopiah hahaha suka hati aku je nak panggil semua orang pakai kopiah ustaz. Dua, sebab time subuh bila semua orang masih berdengkur, dia pergi ambil wudu', solat duduk sebelah aku. Auwww, segan saya. 

*boleh aku tau kenapa semua orang cakap aku degil?
**bila orang da buat baik dengan kita, tak perlu la nak ungkit jahat dia pada kita, da2 la tu

11/28/2011

salam Awal Muharram

Kali ni aku sambut tahun baru kat KL. Siap ada bunga api bom kebaabommm! Ok menipu. Aku datang sini sebab nak attend pakcik bongsu aku punya reception day, sebenarnya lebih kepada niat nak keluar dari hutan Sintok hehe. 

Aku naik bus Khamis petang dari Changlun and sampai 2.30pagi Jumaat kat Klang. Nama bus kemain menyejukkan hati 'Cepat Sedia', aku rasa dia tak habis type, mesti slogan dia sepatutnye 'Cepat Sedia Menerima Makian'. Hangguk kau la, tiap exit nak berhenti, setiap perhentian nak melawat! Nak petak punggung aku duduk lama2, nak shuffle tak manis pulak dinampak abang muka ala2 hero Adamaya auwww! Nasib baik dia tak masuk Penang, kalau tak memang aku pergi letak pisau kat tengkuk driver bagi warning jalan terus jangan brek2!

Nasib baik ada kawan yang budiman, sudi paksa housemates yang lain datang dari hutan legend Puncak Alam ke Klang nak jemput aku di pagi yang hening. Thank you so much Tqah and friends (macam Barney and friends pulok hehe) sudi jemput, bagi tumpang rumah, sudi gosip sama2 dalam bilik. Hansap sangat baru kenal boleh gosip sama2 haha. Typical Nadia la kau ni Beron! -_-''. Esoknya aku ikut Tqah pergi family day course dia. Sumpah muka tak malu, orang tak jemput tapi datang.

Hari ni selesai la sudah majlis uncle aku. Alhamdulillah, semua berjalan lancar :) Esok boleh sambung shopping dengan senang hati haha. Teringat sorang cousin aku, Haikal. Aku jarang jumpa dia, pemalu ya amat weh! Aku main cuit2, tak pandang langsung, jeling pun manja2 je. Ingat aku nak ngorat dia la tu, mentang2 handsome. Sumpah lelaki Melayu terakhir kau Eykal! Inherit sikap malu aku la tu hahahahahhahahahaktuih kau! -_-''

Salam Awal Muharram people. Moga tahun ni lebih baik dari yang lepas. Ameen :)

11/21/2011

Randomly talk

Eh eh aku tak citer lagi kan pasal test Land Law aku postpone hari tu? Sakit hati jugak la, bila da bersedia diri depan pintu kelas, tiba2 kata test cancel! Time tu tinggal nak mencurahkan ilmu di dada kertas je, bila tau postpone tiba2 rasa lupa semua, heh! Ganti 30hb ni. Ok2, thing happens for a reason :D

Lagi sebulan lebih start la final exam, so sekarang memang tahap busy semua assignments nak kena hantar, semua tests nak kena jawab, lepas tu dapat aku jenis last minute so padan muka. Doa mintak tambah sehari jadi 36jam pun tak tentu cukup lagi masa dan sure2 doa tak termakbul -_- Padan muka aku!

Ok lupakan pasal pelajaran kejap boleh?? hehe. Khamis ni aku pergi Klang, pakcik aku kahwin. Bus aku dari sini 5.30ptg, aku rasa sampai mahu awal pagi. Dilema ni weh! Memang la kawan aku Tqah kata nak pick up, tapi aku serba salah la pulak. Kau tak rasa bersalah ke nak suruh kawan kau redah hutan dari Puncak Alam tu nak pergi Klang semata-mata nak ambil kau yang tak datangkan apa2 faedah ni, then pagi esok dia ada kelas? How la la la? Lepak surau comel tak? haha -_- Da la aku tak tahu rupa Klang Sentral tu camne, karang sedar2 aku kat Melaka, naya! haha Tak pun aku berhenti Shah Alam paksa kawan teman aku kat Mc'D haha. Route bus; KL-Shah Alam-Klang-Melaka, yang kau nak berhenti semua tempat kenapa hoi?? Kalau sesat Melaka, pergi rumah Dira la  *tiberrr. Ah gamble je la, malas fikir huehuehue

Sekarang ni kecoh UUM nak banjir macam tahun lepas. Semua benda kene postpone. Tak nak weh, lari semua rancangan semasa nanti. Aku nak kahwin cuti nanti hahahahahha ok just kidding. Tapi kalau itu da takdirnya, redha je la. Just doa semua tu tak terjadi. Ameen.

11/18/2011

Aku ambil UPSR tahun 2002, tapi time tu aku tak de blog nak gebang bagitau 1 Malaysia lagi

Hari ni keluar result UPSR. Zaman sekarang setakat dapat 5A tu perkara biasa, ye dak? Budak2 sekarang bijak bestari kot. Kalau dapat 5E baru wooooaawwwww! haha. Teringat time aku UPSR dulu, Alhamdulillah dapat 5A :D. Aku cucu sulung side mak, nenek and arwah tok semua suruh cousins yang lain contohi aku, kah kah kah! PMR pun boleh dicontohi lagi, SPM pun bolehhhh kalau nak hancur masa depan haha.

Tapi bila ingat balik, hek elehhh UPSR je pungggg! haha. Hancur UPSR tak semesti hancur SPM, hancur SPM insyaAllah hancur masa depan, bagi orang macam aku laa. Aku takde kelebihan boleh repair kereta nak bukak workshop, aku takde kelebihan bab bakery nak bukak kedai kek, aku takde muka yang cantik nak goda jutawan Perak ambil aku jadi bini, apa yang aku ada just sebiji selaras sekeping sebentuk ah apa2 la, otak. Otak pulak bukan brand genius, kena usaha baru faham. So bergantung lah aku kepada otak, rasa nak berjaya usaha lebih, rasa tak nak biarkan otak karat.

Tahun bila eh UPSR mansuh? Dengar cerita nanti UPSR takde, ganti dengan penilaian dari darjah 1 lagi. Hadoii hadoi, tak dapat nak bangga dengan jiran sebelah nanti 'anak I biasa2 je, 5A, tak sangka, tapi rezeki Alhamdulillah. Eh anak you macam mana?' (muka bangga tak hengat) hahahahahhahahangguk betul biasa2 5A! Panas betul aku dengan makcik2 yang nak up macam ni. 

Tiba2 aku fikir, pelajaran anak2 aku nanti berdasarkan apa eh? Tiba2 aku fikir, tahun bila pulak aku nak ada anak? Tiba2 aku fikir, over nak fikir pasal anak, aku sendiri tak habis belajar lagi! Tiba2 aku rasa nak cakap Bye. :D

11/15/2011

Sintok; Pencetus Warga Berwawasan

Hari Sabtu hari tu aku sampai sini da, bertapa lagi 2 bulan lebih kurang sebelum habiskan sem ni. Aku da bersedia dijemput oleh assignments and tests! Banyak gila hoi kerja! Betul kata Iylia, 3rd year is the most stressful year! 

Malam ni je kena submit 2 assignments which pening gila nak buat. Kena summarise kan article 22pages jadi 3pages, its like what the joke are you telling me heh? Ni aku tengah tunggu giliran buat assignment. Wah, macam nak masuk klinik pulak ada giliran2 bagai. haha. Yela, buku ada 1, nak guna 3 orang, kena la bahagi2, tak kan nak koyak buku? Tu pun buku pinjam hahaha

Rabu ada test Land Law which erkhhh Land?? Tanah?? Tanah Kubur?? Tanah tumpah darahku?? Satu yang aku tak suka pasal law, setiap general rule, mesti ada exceptions. Lagi menyakitkan hati dalam exception, ada exception lain. Naissss. Nak ingat kes pun aku tak suka. Eh tadi kata satu? haha. Apa yang kau suka Beron? Cerita sikittttt -_-''.

Aku just bersangka baik yang ada hikmah aku tercampak ambil course ni. Banyak hikmah sebenarnya. Allah knows best for me but I still don't know which is my best -_-''. Da la, nak buat kerja. Doakan aku terus gigih habiskan course ni dengan penuh sabar dan jayanya. Ameen

Tengok tuuuuuuuuuuuuu, jadual final pun da keluar. Dil to pagal hey betul!

11/11/2011

Kuala Kangsar bandar metropolitan di hari Jumaat

Aku tak tahu apa masalahnya, kalau hari Jumaat je, KK mesti jadi macam KL, mana datang manusia entah, tak kan hari yang mulia je semua rakyat jelata KK keluar bersosial? Mungkin sebab ada pasar tani depan market kot, biasalah bini2 berkerjaya, hujung minggu baru ada masa nak tunjuk skill bersilat di dapur. Tadi makcik aku suruh tolong pergi belikan ayam, dia suruh naik motor, sebab dia jenis bangsa malas nak bersesak-sesak dengan kereta2. Maka setelah mintak upah sepeket dua keropok, aku setuju la nak tolong dia belikan ayam, mee and sayur-sayuran. Mak2 sangat.

Aku pergi merempit, then Fakhri, cousin yang masih memakai baju tadika nak ikut. Mula2 dia duduk belakang aku atas motor. Memandangkan dia kanak2 belum mumayiz, dan kurang stabil, aku bagilah dia peluang peluk pinggang aku walaupun aku ada aura geli, tapi boleh tahan. Tiba2 dia cakap 'Nak duduk depan la, ayong ni kurus, lembik pulak tu' -_-'' Mahngkokkk sangat kau! Bapak dia gelak gila. Nampak sangat aku tak sedap dipeluk, tak kemas dia nak peluk, lepas tu aku betul2 kan badan sebab tahan geli, tu dia kata aku lembik -_-''

Sampai satu traffic light, dia ada cakap something dengan aku, tapi sebab environment bising, aku tak dengar, just ha ha kan je. Sekali dia tekan hon kauuuuuuu! Tengah berheti dekat traffic light yang kau tekan hon kenapa pandai? Semua mata memandang, tambah2 mat motor. Mesti dorang ingat aku yang suruh Fakhri tekan. Malu woihh malu, da la helmet open. Rasa nak turun motor masuk naik dalam bus -_-'' Aku buat2 usap helmet dia, bajet mithali, padahal aku ketuk haha. Sabar je la edennnnn.

Hari ni semua orang bising tarikh cantik. 11.11.11. Malam ni sorang pakcik aku bakal menjadi suami orang. Moga berbahagia hingga akhir hayat hendaknya. Orang yang suka nombor, mesti nak buat something best di tarikh yang best. Ramai yang kahwin hari ni, paksa anak keluar dari rahim pun ada. Bagi aku yang kayu ni, its just a date hehe. Kecoh ye nak nikah tarikh cantik. Takpe2, mentang2 aku tak dapat kahwin tahun ni, nanti aku nikah 1.5.15,jemput la datang, pengantin lelaki rahsia, sebab diri sendiri pun tak sure siapa! hahahahah

annoying tu maksudnya rasa nak sepak

Ramai manusia dalam dunia yang kelakar. Tengok je la maharaja lawak tu, ada part tak cukup perut rasa nak gelak. Tapi ada jugak orang yang suka buat lawak yang annoying, yang kalau tengok muka dia bukan rasa nak gelak, tapi rasa nak rejam kan haha.

Aku nak cerita pasal manusia yang annoying. Aku ni tak suka nak prejudis kat orang, nak benci orang, try la jugak ajar hati nak bersangka baik kat orang. Try maafkan kalau ada yang menyakitkan hati. Tapi overall, aku tetap manusia yang ada hati, sabar aku tetap ada limit.

Lawak la bila aku mengata orang lain, orang lain yang terasa. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Ada buat jahat letewww kat aku sampai nak emo2 haha. Tolong lah rational kan sikit emosi, da besar kot, khatam Quran pun sudah, sunat pun sudah, SPM pun da ambil, nak kata bengap, belajar kemain tinggi, tinggal nak kahwin je, tapi perangai sekor2 macam budak2 baru patah gigi.

Kau nak meroyan kat aku, apa aku boleh buat pun? Buat sakit hati kau je, aku tetap berbahagia kat sini :D Kadang2 aku tergelak, comel jugak tengok kau meroyan sorang2, ke kau tengah praktis berlakon? Kadang2 aku sakit hati jugak, tapi aku fikir balik, aku nak join kau meroyan buat apa, cool sudah! Buatlah apa2 yang kau suka polan oi, jangan gila sudah.

Tak faham aku kenapa kau tak puas hati sangat dengan hidup aku, kau takde hidup sendiri eh sampai nak sibuk2 pasal hidup aku. Tak payah nak kepoci sangat la, last2 nanti aku mati jugak, kau pun kan? Tak yah risau, takdenye aku hidup selamanya kat Bumi ni. Yang kau tak puas hati sangat tu kenapa entah, tak faham eden. Moga satu hari nanti, kau sedar apa yang kau buat ni sia2 je. Nak belajar jadi cool? Meh aku ajar, bak RM50 haha.

Saomah sangat perangai, hidup tahun 2011, kolot sangat ape hal ntah?

11/10/2011

positive minded must come with positive attitude

kawan : penatla hidup
aku : pergilah tidur
kawan : aku penat dengan hidup la, bukan badan
aku : pergi mati
kawan : kuangjaqqq 
aku : hahahaaha

Tak dinafikan kadang2 aku pun penat dengan apa yang jadi sekeliling aku, rasa tak mampu nak carry the burden. Rasa malas nak fikir apa2. Tapi kita tak boleh mengeluh, selagi bernyawa, redah je apa jadi. Tak kan stress terlanggar burung sampai mati pun sampai nak bunuh diri, ye dak? Hari ni sedih, tak semesti sedih sampai esok, mana tau esok tiba2 dapat tau arwah nenek ada tanam RM2 juta untuk aku bawah tanah haha Perghhh tak nak aku jadi gadis terkaya kat Malaysia secara tiba2 pulak. Mula la mak2 datin rambut singa nak merisik aku buat menantu. Perghh berangan tak nak merapu pulak aku ni.

Aku orang yag easy minded, aku tak suka fikir hal remeh temeh temah senah joyah kiah sume, aku tak suka serabutkan fikiran aku dengan perkara2 yang tak datangkan interest kat aku. Que Sera, Sera, What will be, will be. Aku hidup buat masa sekarang, aku tak fikir sangat apa yang akan jadi, and aku malas nak ingat apa yang da jadi. Apa yang akan jadi, aku akan menagis ke, meraung ke, meroyan ke, bergelak ketawa ke, redah je la (angkat2 kening)

Andai kau peroleh bahagia, ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara, ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

Tak ada apa yang kekal dalam dunia ni. Mak yang lahirkan aku tu pun pinjaman je. Aku ada beli buku Chicken Soup for the Soul; Think Positive. Buku tu memang very inspired and motivated. Ada 101 cerita macam mana positive thinking boleh bagi kesan yang positif dalam hidup kau, tapi aku baru baca 20 cerita, tak khatam lagi haha

Buku tu ajar yang kita kene appreciate every little things dalam hidup kita. Ajar yang everything happens for a reason. Ajar yang positive thinking boleh ubah pola hidup kita. Setiap dugaan yang datang, they take it positively. Lost something, means gain something new. Allah knows best. Ada seorang perempuan hilang kerja dia, dia da jadi antara pekerja yang paling berjaya dalam company tu. Dia down dalam 2 3 hari je, then dia biasakan diri dia dengan urusan household, sebab sebelum ni sah2 dia tak biasa, asyik kerja je. After that baru dia realise yang kalau dia tak hilang kerja, sampai bila dia tak sedar betapa pentingnya keluarga kat dia. 

So fikir2 kan lah. Don't be to pessimist. Jangan menyerah sebelum fight, jangan berserah sebelum usaha ;) Tapi kenapa bab pelajaran tak habis belajar pun da tawakal awal2? Erk!

11/09/2011

Kisah hati

Semua orang tahu yang kita ni milik Allah, so it's means HATI kita pun milik Allah. Allah ada hak atas hati kita, Dia boleh bolak-balikkan (ada ke word ni?) hati kita. Jangan pelik kalau esok kau jatuh cinta dengan orang yang kau menyampah semalam #terasa. Dengan satu jentikan je (perumpamaan reka sendiri) segalanya boleh berubah. Jangan riak nak kata 'aku tak kan jatuh cinta punyalah kat polan ni', sekali last2 jodoh kau dengan dia, berani melawan?

Susah nak deal kalau kita ada masalah berkaitan dengan hati. Kecil hati terdengar kawan mengata kat belakang kita, sakit hati bila orang aniya orang yang kita sayang, terguris hati bila ada orang mempertikaikan sikap kita. Semua ni cerita hati, susah kita nak heal kan kalau ikut sangat perasaan kita, nafsu kita, emosi kita. Ada ustaz pesan; sebelum tidur maafkan semua orang. Mulut kata maaf, tapi hati betul2 ikhlas ke?

So back to the basic, doa. Aku sangat percaya pada kuasa doa. Aku percaya Allah dengar segala rintihan aku. Aku yakin dengan setiap janji Allah; Dia tak kan bebankan manusia dengan perkara yang kita tak mampu. Jangan pernah berhenti berdoa. Kalau ada orang buat jahat dekat kita, doakan dia akan diberikan hidayah. Kalau kita ada terasa hati dengan orang, maafkanlah dia, anggaplah dia tak sengaja.

Terimalah hakikat yang hati boleh berubah arah. Terimalah hakikat manusia juga berubah. Jangan pertikaikan perkara yang da terjadi, sebab tiap sesuatu ada hikmah tersendiri. Doa dikurniakan ketabahan hati, doa terus berpaut pada kasih yang hakiki, doa terus tersenyum walau apa pun dugaan dilalui :')

keletah dalam mendidik kanak2

Hahaha macam mangkok tajuk, gaya macam pakar kanak2 tak pun ibu 10 anak. Aku berpengalaman jaga kanak2 bawah 6 tahun 6 orang sekali gus. Tobat aku tak nak anak setahun sorang. Macam2 kerenah; yanng nakal, yang degil, yang kuat menangis, yang kuat melawan, yang mengade lebih, yang manja. Tapi dorang tetap comel and menghiburkan hati

Fatini 2 tahun, Hadif 3 tahun, kami sekeluarga gosipkan bersama. Melampau perangai, budak2 pun jadi nak gosipkan. Tapi Hadif kalau dengan Fatini beralah habis, kalau dengan orang lain dia tumbuk terajang macam punch bag je. Dia la orang yang akan back up Fatini, dia panggil Fatini, Ini haha. Apa2 pun, 'Takpe2 Ini, abang ada, abang ada' Tak nak geli pulak! haha

Fatini pulak garang ya amat! Jangan salah sikit, merasalah kau penyepak or cubitan dia. Hadif selalu jadi mangsa, tapi dia tak melawan, paling tidak dia menangis mengadu kat umi dia haha very the hati tisu punya lelaki. 

Tapi kalau Hadif merajuk, haha comel sangat! Tadi aku mandikan dorang sama2, Hadif tunduk je, susah aku nak mandikan.

aku : Hadif, angkatlah muka, susah ayong nak cuci muka Hadif
Hadif : kita tak nak pandang Ini!

Hahahahhaha tak nak comel pulak merajuk tak nak pandang muka, aku lempang karang! Lepas aku siapkan pakai baju dorang, tengok da main carom sama2, gelak2. Hamboi2 kauuuu! Family aku memang, laki hati lagi tisu dari perempuan, level sensitif tinggi sikit, perempuan lagi independent and brutal. (angkat2 kening)

Laki nampak comel kalau merajuk, rasa nak gelak. Manja! Tapi dapat yang susah pujuk, rasa nak gigit2 je. Hadif senang, puji la apa2, umpan la apa2, settle! Kalau la dengan orang tua pun boleh treat camtu kan senang 'alololo jangan la merajuk, nak gula2 tak?'. Mahu aku kena kuarantin sebulan camtu -_-

Tapi layan kerenah budak2, memang membahagiakan. Nak anak la! Eh?

11/07/2011

Penumpang dunia

Aku tak tahu kenapa aku tak pernah ada aura nak sambut Raya Haji, kena tunggu pergi tunaikan haji baru ada feel tu kot. Hari raya Aidiladha aku macam hari2 biasa je, seumur hidup aku, tak pernah aku berpakaian tradisional time raya haji. Satu je aku suka bab raya haji; mewah dengan makanan. Tapi aku tak suka rendang sangat tapi aku makan je nasi dengan rendang tapi lemang pun aku tak suka sangat tapi aku rasa nak sepak diri sendiri sekarang

Disebabkan mulut sentiasa bermakanan, lupa nak on TV, raya ke-2 baru aku dengar takbir (kantoi tak pergi solat raya). Ada satu lagu baru Maher Zain ft Irfan Makki tajuk Waiting for The Call pasal haji, sedap lagu tu, aku tak pernah dengar, tapi dengar orang komen hehe. 

Bila aku tengok dokumentari (perghh rasa macam ilmuwan type word dokumentari) pasal orang menunaikan haji, sumpah teringin sangat nak pergi. Bila agaknya? Mintak2 la sempat sebelum disumbat dalam liang lahad. Adik aku da daftar pergi haji dekat Tabung Haji, dijangka pergi lagi 20-30 tahun! haha Rasa macam lama kan? Entah hidup ke tak lagi, insyaAllah :) Aku? Aku akaun dengan Tabung Haji pun takde! Takpe, suami ada hahahahha Konfidennnn! InsyaAllah nanti aku usahakan ;)

Ikut kepala otak aku, memang aku nak try melawat rumah Allah time aku sihat kuat dan berketrampilan unggul, kot2 terjumpa jodoh dengan mat Arab hahahahha (niat jaga Beron!). Nak pergi sekali dengan mak ayah, adik2 tinggal takpe, hidup kena selfish huahuahua. Takdelah, kan best kalau dapat tunaikan satu keluarga? =') Amin

Lepas tu baru aku fikir nak pergi melawat bahagian dunia Allah yang lain. Australia must be the first choice after Makkah. Aku tak tahu kenapa aku nak sangat pergi sana dari aku kenal negara tu lagi. Rasa nak pergi menunggang kangaroo. Kalau kaya rasa nak beli rumah kat sana. Kalau nak sambung master pun aku rasa nak pilih U dekat sana. Kahwin je tak nak dengan orang sana hahaha.

Makkah, waits for me pleaseee :)

11/05/2011

Setiap pengorbanan, ada ganjarannya

Allah da janjikan, setiap pengorbanan dan usaha akan dikira dan ada balasannya. Dalam hidup ni aku rasa aku tak pernah berkorban lagi, yang kecil2 ada la kot. Macam2 bentuk pengorbanan kita boleh buat, korban wang, korban tenaga, korban masa.

Masakan lembu, kambing, kerbau, unta pun boleh berkorban, tak kan kita sebagai manusia tak boleh kan?? Tapi aku salute sorang kawan aku and cousin aku, sanggup korbankan tak balik cuti raya haji sebab nak exam!haha. Pengorbanan paling aku tak kan buat aku rasa. Ada jugak yang berkorban masa sanggup duduk dalam bus 11 jam tak sampai2 rumah haha. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
kepada semua umat Islam
korang korbankan apa tahun ni? ;)

*bila nak pergi haji ni?? 
**Tak sanggup nak makan daging selama seminggu T_T

11/03/2011

Bila ada yang tak puas hati

Biasalah manusia, kadang2 tak senang duduk tengok kebahagiaan orang lain. Apa masalah aku tak tahu, tak percaya pada takdir Tuhan ke? Tak percaya pada rezeki Allah ke? Tapi bila fikir2 balik, mungkin ada something wrong kat diri kita yang buat orang tak puas hati dengan kita. Kalau tak, tak kan dorang fikir kita tak layak untuk something, dorang fikir dorang lagi layak. Mungkin lah, mungkin!

Susah kita nak fahamkan orang yang tak faham bahasa. Susah kita nak suruh orang terima apa yang da jadi seikhlasnya. Susah nak dewasakan manusia dewasa yang pemikiran macam budak2 tadika. Apa yang kita boleh buat? Biarlah dia dengan dunia dia, kita dengan dunia kita. Da penat nanti, senyap la dia, tak pun bila dia da dapat sesuatu yang lagi hebat dari apa yang kita dapat, time tu kalau bising lagi, memang nak kena gergaji gigi!

Bagi pihak diri sendiri, cubalah perbaiki diri. Tengok balik apa yang tak kena, sampai ada yang tak puas hati. Apa yang jadi kat kita, semua ujian hidup. Impact benda tu, berbalik pada diri sendiri, sama ada nak ambil yang negative lesson or take it from positive perspective. Semoga aku tetap bertahan dengan semua ujian hidup. Sabarlah hati, sabar tu kan indah :)

11/01/2011

Sehari bersama mak

Disebabkan line FB gila sikit malam ni, izinkan hamba merapu kat sini. Tak nak baca sudah =P Apa aku nak merepek ni labu? Sumpah bosan! Kerja ada, tapi sebab lagi sikit je nak siap, sambung esok la huehuehue. Sungguh hangat2 tahi ayam aku ni. Ni yang aku malas duduk rumah. Banyak sangat dugaan weh! Dengan TV lagi, peti ais lagi, budak2 lagi. adik ajak keluar, mak ajak teman pergi pasar, banyak sangat komitmen sampai lupa yang aku ni student lagi.

Tadi mak pergi kedai emas. Mak aihhhhhhhh mahal gilos emas sekarang! Tercekik otak mendigest nilainya. Bakal en. suami, tak yah susah2 la beli untuk I emas nanti, Lamborghini sebijik pun cukup, lagi murah dari emas kottt! Then aku tengok satu cincin emas putih, aku tak suka sangat emas kuning, Myvi Kuning Lagi Best aku suka :D. Seketul cincin besar mata kucing tu je dekat2 500++. Perghhh, mana mampu! Nak beli cincin tikam 20sen pun aku mintak mak duit syiling -_-. Aku saja tengok sebab aku da ada cincin 2 ketul, nak banyak2 buat apa? Ingat aku mami jarum?

Cina Kedai : angkat la adik, suruh tunang kasi
aku : *telan air liur. Kalau ada tunang, dengan kedai2 ni saya angkat maa
mak : Dia belajar lagi, lagi 2 tahun baru habis
cina kedai : haa saya kasi simpan, lagi 2 tahun lu datang sama tunang kasi angkat la

Hoiii! Gelojoh benar habis study nak tunang terus! haha Tak logik la lu nyonya, lagi 2 tahun, design tu pun da ditelan zaman. Bila mak cakap aku habis belajar baru boleh fikir benda2 perkahwinan ni, Cina tu terus cakap 'Jodoh, mana tau maa' hahahha Kemain pandai cakap pasal jodoh! Mak gelak jee. :D

Da lepas malas nak layan Cina tu, aku dengan mak pergi KFC melantak. Then ada 1 couple ni celebrate ape ntah, ada kek. Sebab dorang hanya berdua, dorang bagi kek kat kitorang sikit. Murah rezeki, da la melantak ayam, dapat kek pulak tu. Moral of the story; Nak celebrate apa2, ajak la ramai2, baru meriah haha

Eh da tak tahu nak merepek apa. Kenapa buah pinggang aku dua2 berdenyut ha? Macam ngilu2 giteww. Aku google, ni jawapan dia ; akan ada orang jatuh cinta pada anda! Hanggukkk kauuuu!

*tadi pau mak sandal BARU.