”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/27/2011

aku tau aku degil, tapi aku sendiri tak tahu nak buat apa dengan Beron seorang ni

Korang pernah tak alami benda macam ni, self conflict? Korang tahu korang degil, but still korang kena jugak jadi degil. Kena jadi? Are you serious Nadia, KENA JADI? Ok2, aku tau benda tu boleh diubah, tapi degil tu macam da sebati dalam diri aku. Nak buat macam mana? Banyak la alasan kau Beron Mahawangsa!

Yang paling aku perasan, aku paling degil bab kesihatan aku sendiri. Are you crazy cik Nadia, bab kesihatan nak main2? Entah, aku tak pernah ambil pusing bab2 ni, maybe selama ni ayah aku yang jaga semuanya, then aku tak pernah ambil tahu. Dia suruh aku makan ubat, aku makan, kalau dia tak suruh, aku buat2 lupa -_-. Dia ajak pergi klinik, macam2 alasan aku bagi.

Aku tau aku tak boleh mandi malam, sebab ada little problem with my lung, tapi tu jugak aku nak buat. Aku tau aku tak boleh makan pedas, makan kena ikut time, kena ambil breakfast, sebab gastrik, aku tau sume tu, tapi aku tak pernah nak buat. Sem lepas mak aku sediakan susu untuk aku minum, habis sem semua susu tu aku bawa balik kampung macam keadaan asal haha -_-. Are there something wrong with me?

Kawan aku pernah mengadu kat ayah aku 'Nadia ni degil pakcik'. Terus ayah aku jawab tanpa tunggu sesaat pun untuk rationalkan jawapan dia 'Haah, memang, paling degil'. Oh sentap hati beta! Itu doa tahu ayah! Ayah should answered like this 'Eh mana ada, sejak dia jadi anak pakcik, dia tak pernah degil' hahaha Suka hati aku je nak ajar ayah sendiri berkata-kata.

Kalau tak silap aku, mak pernah tanya 'Kamu suka eh kene marah?' Eh absolutely la tidak! Siapa suka kena marah? Ayooo. Then mak cakap lagi 'Da tak suka kena marah, tapi degil'. Aku terdiam seribu bahasa. Honestly, aku tak tahu apa masalah aku. Kadang2 aku monologue sendiri 'Kenapa susah sangat nak ikut cakap orang, bukan suruh buat benda tak elok, semua tu untuk kebaikan aku jugak'. Lepas gaduh sorang2 dengan diri sendiri, last2 aku jump into conclusion 'Just forget it, aku memang dilahirkan macam ni kot, untuk menguji kesabaran orang lain' :P

Aku rasa aku kena minum air zam zam seliter sehari la baru tak degil. Bab lain aku boleh counting lagi, bab jaga diri sendiri, aisehhhh. But I've promised to someone that aku tak kan degil start tahun depan. Yeayyy! Ada lagi 4 hari ++ untuk degil! Yeayyy! T_____T

Oh manusia2 yang aku sayang, maafkan aku sebab degil selama ni. Terima kasih sebab tolong jaga diri aku selama ni. Jasa korang amat dihargai. Sempena nak masuk tahun 2012, aku berazam untuk tak makan ubat langsung and tak check in mana2 pusat perubatan haha Ok Kidding. Aku berazam  nak jaga diri sendiri. Sekian, tolong letakkan kepercayaan padaku hauhauahua

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!