”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/06/2011

cinta dan komitmen

Semua orang bercinta, kan? Bercinta dengan Allah, ataupun sesama manusia. Bagi aku cinta tanpa komitmen macam kereta takde tayar. Hebah 1 dunia kau ada Ferrari, Lamborghini, Hummer, tapi apa guna kalau tak boleh bergerak? Logik tak perumpamaan yang aku reka sendiri? haha

Sebelum kahwin aku rasa, cinta akan lebih dari komitmen. Bila kita takde legal bond lagi, maka kurang la komitmen. Komitmen hanya setakat give love, show care, be loyal, put trust. Kurang lagi komitmen dari segi ekonomi dan tanggungjawab.

Selepas kahwin, akan terjadi komitmen lebih dari cinta. Banyak cerita yang aku dengar, still together bukan sebab cinta yang kuat, tapi sebab komitmen, especially komitmen pada anak2. Aku pernah dengar satu perbualan ni

lelaki 1 : Wah, seronok la sekarang duduk berdua je dengan isteri, boleh honeymoon. haha
lelaki 2 : Seronok apanya, kita bukan muda lagi,bukan macam dulu pandang muka je pun boleh sejuk hati, da tua2 ni takdenya i love u, u love me lagi

Macam sadis je ayat, macam terpaksa je nak hidup berdua. Cinta tanpa komitmen pudar, komitmen tanpa cinta, sadis. So bagi aku dua2 kena jalan sama2, especially lepas kahwin. 


No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!