”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/29/2012

Tugas suami

Apa yang aku tulis ni, aku tulis berdasarkan apa aku rasa, aku ambil pengajaran dari apa yang jadi sekeliling aku. And aku luahkan kat sini, sebagai pengajaran and peringatan untuk diri aku and kalau sesiapa nak ambil as pengajaran pun, I would be grateful.  Aku bukan memandai je nak belasah tulis apa2. Tambah2 bab suami isteri ni kan. Verangan macam da kahwin 10 tahun, padahal bertunang pun belum. ha ha ha (gelak tak ikhlas)

Da tak payah bebel panjang2, mari merepek dari tengok AJL haha

Suami ketua keluarga. Ketua maksud dia, kene incharge semua. Suami la ketua bahagian nafkah, ketua hal ehwal rumah, ketua agama, ketua kepada isteri (s), ketua anak2. Apa yang aku nak tekan kat sini, ketua agama. Wahai gadis2 di luar sana, carilah bakal suami yang menjaga solatnya. Bukan jaga dia sorang punya, korang dia lantakkan, tapi yang ajak korang  bersolat sekali, ingatkan korang bila da masuk waktu untuk bersolat. Yang bila korang kahwin, mampu jadi Imam korang, mampu bertegas dalam displinkan anak2 hal2 fardhu ain ni.

Carilah suami yang lancar bacaan Quran nya. Tak perlulah demand nak yang faham semua tu, nak yang hafal dengan lancar 1 al-Quran, benda tu boleh belajar sama2 later. But the most important, kita boleh mengaji bersama-sama dia, dia boleh ajar anak2 mengaji, tak perlu ustaz nak datang rumah tiap petang. Kena hidang tea lagi hahaha. -_-

Sedih bila tengok ayah yang tidur dari pagi sampai Asar. Lepas maghrib keluar sampai Subuh. Nak nampak solat pun maybe time solat Jumaat dengan solat sunat hari raya, sebab kalau tak pergi nanti apa pulak kata jiran2, ye dak?

Tapi nak laki sebaik ni, diri kita pun kena la baik, ye tak ye Nadia? Yeeeee, jawab Nadia malu2

Selain dari itu (kenapa macam karangan BM ni). Abang2, pakcik2 sekalian, bila korang kahwin. Isteri tetap isteri, dia hanya akan jadi Ibu untuk anak2 korang, bukan jadi Ibu korang! Ingatlah korang ada tanggungjawab lagi kat mak korang, syurga korang kat kaki dia, bukan kaki isteri korang. Isteri yang mengada kakikan je haha Ok2 aku gurau. Pandai2 la handle isteri meroyan, jangan sampai mak terasa hati pun korang bolayan. Mak weh mak! Tak mak pun, mama, ibu, mummy, umi, ah sape2 yang lahirkan korang la senang cerita. 

Tau tak terguris hati seorang Ibu kalau anak yang dulu ditatang bagai minyak yang penuh, semua kehendak dituruti, tapi bila dapat isteri, lupa semua pengorbanan seorang mak. Tapi Ibu tetap tersenyum melihat anak bahagia (yeke bahagia da buat mak camtu?), walaupun bahagia tu bukan dengan dia. Cewahh aku, macam ada anak je haha. Takde lah, aku perempuan, aku faham perempuan macam mana. Hee.

Da la, malas ceramah panjang2. Just aku berdoa aku akan dapat laki yang boleh bimbing aku dengan anak2 tanpa sesaat pun mengabaikan mak ayah dia. Ameen.

1/28/2012

beringatlah, kesenangan juga merupakan satu ujian

Dulu aku ingat susah je merupakan ujian Allah. Tapi aku lupa yang Allah jugak bagi kesenangan kat seseorang untuk menguji dia, macam mana dia uruskan kesenangan itu, adakah kesenangan itu akan melalaikan dia. Ya Allah, kalau kesenangan dunia membuat aku jauh dariMu, jauh dari keluargaku, jauh dari kawan2, hindarkanlah. Jadikan aku manusia yang bersyukur dengan setiap nikmatmu.

Kadang-kadang sebab hidup senang sangat, kita lupa siapa yang bagi kesenangan kat kita. Kita tak solat, tak tutup aurat, tak reti bersyukur. Habiskan segala harta untuk benda yang tak berfaedah, ajar anak dengan kemewahan. Bayangkanlah budak umur 4 tahun sudah miliki Ipad, MP4, PSP, camera digital sendiri. Aku umur 4 tahun mak hadiahkan buku cerita je, sebab baru pandai membaca. And walaupun da umur 22, aku tetap tak punyai semua tu, aku hanya punyai satu MP3 yang aku guna sejak lepas SPM. Tapi aku bersyukur, aku tak dimanjakan dengan material. Style family aku, no give, no take. Dapat number 1 baru la dapat hadiah, tu pun tak melampau sampai beribu ringgit.

Kadang-kadang bila duit bertimbun, kita lupa siapa yang jaga kita dari kecil. Kita jadi lupa kat mak ayah kita. Terlampau seronok berjimba dengan duit yang ada, pusing satu dunia. Tak sedar mak ayah kat rumah menitiskan air mata, rindu kita yang jarang pulang melawat mereka. Sedarlah wahai manusia, setitik air mata ibu jatuh sebab kita, neraka la jawabnya. Nauzubillah. Duit melimpah ruah, hari-hari makan mewah, tapi lupa mak ayah kat kampung makan nasi dengan kuah.

Aku amat respek dengan manusia yang sedar diri. Sedar yang semua yang kita ada hanya pinjaman duniawi. Walaupun duit berguni-guni, tetap merendah diri. Anak-anak nak apa-apa, usaha sendiri. 

Janganlah sebab kau rasa harta kau tak habis dimakan 7 keturunan, kau rosakkan masa depan anak-anak kau. Janganhlah sebab nak sangat jaga harta, sampai lupa mak ayah kita. Jangan! Jangan! Jangan!

Bila lihat balik apa jadi kat sekeliling aku, aku bersyukur ayah aku didik kami dalam hidup yang sederhana, cukup-cukup pakai, makan, tempat tinggal. Aku tak perlukan kemewahan andai satu hari nanti ianya menjadi punya perbalahan. Aku tak perlukan harta segunung, andai akhirnya ia akan menyebabkan tumpahnya air mata mak ayah aku satu hari nanti.

Benda paling aku benci, melihat air mata ibu bapa sebab kecewa dengan anak-anaknya. Benci! Benci! Benci! Learn from surrounding Nadia. Learn!

1/27/2012

G6PD tu penyakit keturunan tahu!

10 tahun kebelakangan ni, cousins aku yang lahir kebanyakan dapat penyakit G6PD terutama lelaki. Ada la seorang dua perempuan yang kena. Yang aku pelik, kami yang lahir area 10-30 tahun lepas tak de pulak penyakit ni. Ke time tu mesin nak detect penyakit ni tak wujud lagi? haha. 

Penyakit ni tak bahaya sangat. Bahaya kalau enzim dia betul2 kurang. Dia banyak stage jugak. Ada cousin aku yang intermediate, ada yang Line C, ada yang Line 7. Ok line 7 tu jenama sukan sebenarnya. Penyakit ni adalah kekurangan enzim yang boleh memusnahkan darah merah (nampak benor ayat copy paste Beron! haha) Bahasa senang nak imagine dia, siapa ada penyakit ni darah merah dia senang mencair haha Sesuka hati kau je Beron. Pesakit penyakit ni kene pantang sesetengah ubat and makanan. 

So sesiapa yang ada anak penyakit ni, jaga2 la. Pergi la buat research sendiri, tak de masa aku nak tolong haha. Entry ni hanyalah untuk peringatan :) Seorang cousin aku pernah tersalah makan ubat ke apa ntah, maka hasilnya kene tukar darah 1 badan (if I'm not mistaken) Habis la darah India, Cina, Pahlawan, seniman semua ada dalam badan kau haha.

Ada doctor cakap tak boleh makan kacang parang, ada cakap tak boleh dekat dengan ubat nyamuk yang melingkar tu. Tapi aku rasa ikut ketahanan antibody pesakit jugak. Cousin aku ada penyakit ni, elok je dengan ubat nyamuk. Ubat nyamuk yang menyala la, yang dalam still dalam kotak tak boleh dekat jugak over la! Ubat gegat pun tak boleh. Maka conclusion yang dapat dibuat, rumah siapa yang banyak lipas mesti penghuni dia ada penyakit G6PD. Yee, aku memang sesuka hati nak cakap apa hari ni haha


Baru keluar panas dari rahim Umi dia semalam. Abdul Haziq Jufri. And yes, another boy in my family yang kena G6PD Line C. Tak pasal2 kena duduk hospital lagi seminggu. Kamonnn, duduk 9 bulan dalam kawasan terhad kamu boleh bertahan, ni kan pulak duduk dalam wad. Ada aircond lagi, nurse2 pelatih cun2 tau. Sabar ye, jangan mengamuk. Sian kamu dik. Takpe, nanti ayong datang cium2 kamu eh. Welcome to our family. You'll never regret to be part of us :P G6PD ni hanyalah satu ujian kecil Allah untuk keluarga ni huehuehue. Kamu ada anak saudara yang da pandai berlari pun haha. Muka macam abang dia Hadif, tapi Hadif gelap sikit. Aku yakin nakal pun macam abang dia nanti, tengok la cara dia senyum tuuu +__+ (pengsannn)

Kepada bakal suami, janganlah takut nak kahwin dengan aku. Penyakit ni tak berbahaya pun. Kalau anak2 kita kena alert sama2 eh hahahhahaah  -_-''

*berjaya jugak buat entry separa ilmiah.

1/23/2012

kerja kahwin

Cuti2 ni adatlah, orang semua berebut nak buat kenduri kahwin. Sepanjang perjalanan ada je nampak bunga mangar, signboard nama pengantin dekat tiang2 trafiic light. Tadi aku pergi kenduri kahwin kawan aku punya kakak. Dapat la jumpa berapa ketul classmates time sekolah rendah dulu. 

da boleh jadi mak ayah masing2 :P haha

Benci tau dengan budak laki. Dulu time kecik2, aku ketuk2 je dorang, sekarang lipat 2 dorang baru dapat aku! Laki paling kanan (Farid) dengan perempuan tudung merah (Farah) depan dia tu, kembar. Muka tak sama langsung, sorang putih sorang gelap haha. Tapi nama pun kembar, sampai masuk universiti pun universiti yang sama. Korang memang tak boleh pisah eh? hehe. Laki belakang aku (Mamat) sampai MRSM sekolah dengan aku, so dengan dia je aku banyak bercakap. Dengan yang lain I sogannn muahahaha. Farid kata aku dengan Mamat macam adik beradik. Celah mana ntah? haha

Bulan depan ada kawan aku sendiri nak kahwin. Wah2, da nak kahwin kawan2 aku. Yela, sedar diri sikit Nadia, masing2 makin tua, jangan bajet kau forever 21 :P Ada sorang kawan aku da ada anak pun. Ya Allah, anak dia tak nak comel sangat pulak, tembam, cheeky. Untungnya muda2 da dapat anak, aku anak tekak je ada :P

Tadi ada kawan aku tanya bila aku nak kahwin. hahaha Aku?? hahahhaha Aku??? hahahha -_-''. Sampai jodoh nanti kahwin la. Tengok balik diri sendiri, rasa tak sedia langsung. Tapi orang kata nak tunggu da betul2 bersedia, sampai tua la kau tak kahwin.

Jangan risau la kawan2, aku kahwin nanti aku jemput korang, doakan je hahaha

Kawan : Nad, kau bila nak kahwin?
Aku : Esok, jemputlah! hahaha :P Mana la aku tau bila, lepas2 habis study kot
Kawan : Bila habis?
Aku : Tahun depan
Kawan : Hah apa lagi, kejap je la lagi
Aku : Oi tak kan lepas grad terus nak kahwin, gelojohnya! haha
Kawan : Da tu nak tunggu apa lagi.
Aku : Tunggu orang masuk minang aku la haha

Kawan aku tu lelaki, bakal cikgu. Kau senanglah, kerja confirm2 ada. Suruh aku cepat kahwin macam belanja kahwin tu harga RM1.20 jeee :P. Kau elaun pun RM700 sebulan, kau kahwin la dulu. Sibuk suruh orang kahwin :P

1/22/2012

voucher RM200

Tadi aku dengan adik aku pergi Jaya Jusco Ipoh nak habiskan voucher 200 tu. Bab nak habiskan benda ni, bagi la kat aku, sokojap je, langsai. Aku beli 5 statutes, 1 buku insap2 sikit, stationery and 1 KOMIK. Komik kasi caps lock sebab memang besar weh komik tu. Ala2 Kamus Dewan, ha bacalah kau sampai muntah! haha. Eh komik tu bukan aku yang nak sangat, adik laki aku pow, sebagai kakak yang budiman, dan kesian dia dapat 100 je, maka aku belikan la hehe (ayat cover)

Ramai ya amat manusia tadi. First time aku nampak kedai buku gelap sebab manusia ramai. Kalau foreigners nampak ni, mesti mereka cerita pada rakyat jelata negara mereka 'you should go to Malaysia, people there really love books!' Ha kau tak tahu kerajaan bermurah hati bagi voucher, kalau tak orang pandang sinis je kat kedai buku tu haha

Boleh beli apa? Suka hati la kau nak beli apa yang ada dalam kedai buku tu. Macam MPH Ipoh tak bagi beli magazine. Popular Ipoh kau nak beli kitkat 100 keping pun tak pe aihhhh. It depends on the bookstore nak allowed kita beli apa. Kalau kedai buku kat Teluk Intan, papan carom pun boleh beli :P

Kerajaan bijak, bagi voucher. Kalau bagi cash, you should know where I'll invest those monies! haha. Tadi da beli benda wajib, ada lebih sekeping voucher, pening weh nak decide beli apa. Da biasa hidup susah, beli pen 80sen je, tak kan aku nak borong 50 batang pen pulak. Tu da macam nak meniaga balik. Lagipun stationery banyak habis stok, gelojoh tau rakyat Malaysia ni, makan pen apa? Pen warna warni pun takde, baru nak berlagak sem depan pakai pen mahal, tu la niat terpesong huehuehue. Nak beli kaler Luna 36, mak cakap buang tebiat. Ish mak ni, tak warna warni kehidupan betul. 

Sepanjang aku hidup bawah pemerintahan Pak Jib, nampak lah dapat RM300. 1 yang amanah saham tu. PM lain bagi rakyat cara impliedly kot. Aku lagi suka bagi camni (bajet PM baca blog aku) Haha. Apa2 pun orang da bagi, rembat je la ye dak? Jimat RM 200 aku, duit yang sepatutnye beli buku, boleh pergi water rafting! Yehaaaa! haha

1/20/2012

aku nak masuk sem 6 da :D

Did I tell you I'm at home now? haha Bongkak dan riak statement aku. Bongkak dengan diri sendiri. Semalam aku sampai Tol Kuala Kangsar time maghrib. Dijemput ayah and Fatini. Is and Maria hantar kat tol, thank you guys. Semalam singgah rumah nenek Is, sempat la makan kuih2 and tumpang solat. Kucing nenek Is makan coka coki wehhh. Can you imagine kucing makan coka coki? Haha Comel! Da la mata biru. Aku pulak pergi bengong tanya Mak Uda Is "Kucing ni makan coklat tu sendiri ke?" Kena bantai gelak, Mak Uda dia jawab "Kalau dia makan sendiri, Mak Uda da masukkan dalam YouTube" :P

Kadang2 tak percaya yang aku nak masuk sem 6 da tahun depan. Bulan 6 tahun depan aku da habis belajar, InsyaAllah. Tadi discuss about future dengan Puan Mak. Puan Mak suruh ambil chambering, ikutkan aku macam malas :P Haha Dasar pemalas, aku ingat nak masuk service kerajaan terus, tapi mak suruh ambil chambering, ikut kan je la. Restu mak itu penting ok. Sampai topik kahwin pun bincang tadi huahuahua. (angkat2 kening)

Sebulan cuti ni nak buat ape ntah. Duit pun takde. Simpanan sikit tu ada target lain, hidup kalau fikir nak berjoli je, memang duit tak pernah cukup :P Jaga Fatini je la. Makin gedik and garang perempuan tu. Hari ni berapa kali gaduh dengan dia. Tadi dia punya marah sebab aku marah dia, dia pergi kat pintu tendang2, then datang balik kat aku, buat muka geram, cubit aku hahahaah. Lepas tu, mengamuk tak reti gulung lidah, sebab aku boleh buat. Siap merajuk tutup muka haha Kenapa la kau gedik sangat Tak Nyah oiii?

Nanti aku update lagi, sebulan cuti kannnnnnnnnnnn muahahahaha (macam aku sorang cuti :P)

1/17/2012

Last paper! Lusa aku balik. Tell the world, I'm coming home :D

Akhirnya, lusa habislah tanggungjawab aku sebagai student law sem 5. Sem depan da masuk final stage 3rd year. Then masuk final year. Then buat la apa2 yang patut, then boleh kahwin hahaha. 

Kadang2 aku pelik dengan semua orang (termasuk aku), malas belajar, rasa susah sikit mesti cakap nak kahwin. Apa kau ingat kahwin tu senang? Kalau kahwin dengan tokey minyak dunia maybe la kau boleh duduk rumah lenggang2 kangkung, breakfast atas katil, mandi kene siram. Tu pun senang dari lahiriah je kot, sekali batiniah seksa, suami asyik bau minyak je hahaha.

Ok lupakan hal berkeluarga. Sekarang yang lagi penting, lusa aku nak balikkkkk! Yeayyyy! Lamanya tak balik rumah. Hujung bulan ni and bulan 2 dapat 2 baby baru, anak aunties aku. Yeayyyy lagi sekali! Ada jugak muka baru, takde la bosan asyik tengok muka yang sama je haha. Maybe dua2 boys. Makin huru hara la rumah aku nanti. 

Malasnya nak study untuk last paper. Malasnya nak pack barang. Malasnya nak update da. Bye!

1/12/2012

3 da lepas, 3 lagi menunggu

Da lepas 3 paper law aku. Semua killer. Gggrrrrrr! Banking je ok sikit kot. Ok pun untuk lulus je la bahahaha. Yang lain macam haremm. Yang bakal 3 ni pun aku rasa akan mengalami nasib yang sama. Haippp jangan tawakal awal2 selagi tak ikat answer shit sheet.  Apa nak jadi la anak sulung En. Roslan ni, dari tadika malas :P Ada masa nak usaha, kau pergi update blog. Rojimmmmmmmmm sungguh!

19 petang aku balik dengan Maria and boyfriend dia naik baby blue wuwu. Auww tak sabarnya nak balik Perak. Da lama tak bau Sungai Perak, walaupun macam longkang bau dia tapi rindu. haha Exaggerated pulok aku ni. Ni la namanya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.............aku tak ingat sambungan dia haha. 

Cuti ni la aku plan nak masuk kelas English, masuk kelas swimming, nak kerja, nak kahwin, nak buat semua benda. Gatal kan? Dulu cuti 4 bulan kau menonggeng kat rumah, cuti sebulan baru gedik nak buat semua benda? :P Tak feel la cuti sebulan, mana cukup. Belajar 4 bulan, cuti pun kene 4 bulan. Baru balance otak gua kah kah kah. Takpelah, tak jadi la buat semua tu, petang2 lepak makan char kotiau dengan Ros je la haha.

Aku tengah dengar lagu2 lama Linkin Park. Rindu zaman sekolah rendah. Kemain aku macam duduk London time primary school da layan Linkin Park haha. Haah Nadia, memang Equity, Islamic Banking and Admin nanti nak tanya history Linkin Park. Haahkan, lupa pulak. :P

1/07/2012

perempuan memang kuat membebel

Sementara nak tunggu Subuh ni, jom merepek sepatah dua kata. Baru habis satu paper. Hazab tahu nak jawab paper tu! Sumpah aku tak kan bukak company sendiri, company law buat aku trauma! Aku tak tahu apa aku jawab. Ah lupakan. Banking esok, pun aku tak faham. Apa ke banyak nya banking term, ishhhhhhhhh! Jangan mengeluh Nadia, dunia je semua ni huahuahuahua

19hb aku balik Perak. Da ada 1 senarai kertas A4 aku nak mak masak apa untuk aku hehe. Gian la nak makan masakan mak. Kat sini makan nasi sehari sekali je, diet diet! Diet duit and diet perut haha. Sebenarnya malas nak pergi keluar makan. Ayah selalu bebel 'makan pun malas', ayah tolong makankan boleh? hehe. Kadang2 aku makan petang, merangkap malam. Bukan saja jimat masa, malah boleh mengekalkan berat badan, or mungkin turun sikit :P

Kenapa dalam dunia ni ramai orang yang sakit jiwa tapi tak masuk hospital bahagia eh? Manusia yang tak boleh tengok orang senang sikit, senang banyak apa ntah lagi. Orang macam ni, luar bukan main budiman rupa parasnya, tapi dalam macam zombi yang makan otak zombi. 

Entahla, aku hidup ni dilahirkan sebagai manusia biasa, sangat biasa. Makan guna mulut, tulis guna tangan, takde kelebihan nak tulis guna kaki. Ada satu hati. Hati ni la nak gembira, hati ni la nak bahagia, hati ni jugak la nak koyak, hati ni jugak la nak sentap. Banyak kerja kau hati, terus bertahan eh, aku sayangg kau. Tanpa kau, aku hanyalah manusia tanpa hati dan perasaan hehe.

Kadang2 kesian kat hati. Banyak makan diri sendiri, banyak pendam rasa. Tu la, siapa suruh tak reti luahkan rasa hati, padan muka kau Beron! haha

Hati ni jugak la nak jaga hati orang lain. Kadang2 aku tak mampu, its out of my control. Bila aku da mula rasa nak penat dengan sekeliling aku, cepat2 aku berdoa. Allah kan Maha Mendengar, dekat Dia je aku pandai luah perasaan. Dia Maha Memahami. Bila berinteraksi dengan Allah, hati akan tenang. Aku kembali positif. Que Sera Sera. Allah, tunjukkan aku sebaik-baik jalan yang diredhaiMu. Amin

21 tahun hidup, eh 22 to be. Ya Allah, tuanya rasa da nak 22 woiiiii! Woiii lagi sekali. Oiiiii (tak boleh terima kenyataan). Macam2 pengalaman hidup aku alami, macam2 jenis manusia aku jumpa. Macam2 benda aku belajar. Dan aku harap dapat terus belajar, belajar, belajar untuk mencari redha Allah. Satu benda yang aku tak kan lupa, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Jangan terlampau serabut dengan hal dunia, kerana semuanya bersifat sementara. Jadikan syurga sebagai target. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan. :) Ameen. Ayuh Subuh!

1/06/2012

paranoid

Paranoid adalah bukan parody. Paranoid membawa maksud masalah mental, bila kita curiga untuk sesuatu yang tak rasional! Aku rasa aku ada penyakit ni. Aku baru perasan, aku takut nak call orang. Aku takut aku kacau dorang. Aku selalu fikir, mana tau dorang tengah tidur ke, bercinta ke, mandi ke apa ke. Nak call mak sendiri pun aku ragu2.

Mak ni tengah sembahyang ke? Tengah dating dengan ayah ke? Tak kacau dia ke?

Psycho tak aku? haha. Aku rasa aku psycho (boleh tukar nama blog ni :P). Aku cek call out handphone aku, ada berapa ketul je. Tu pun mesti aku call untuk benda yang perlukan jawapan segera. Selalunya orang yang call aku. Bila orang call aku, macam mana pun, aku akan try ada kan masa untuk bercakap dengan dia.

Macam mana nak ubah perasaan ni eh? Aku kalau call orang, aku berdebar-debar nak tunggu dia pick up. Takut kena maki ke apa ke wuuu. Eeeee psycho nya guaa. Ke korang pun ada penyakit camni??

1/02/2012

aku kayu

Aku rasa da 10 komen yang sama aku terima yang cakap 'perangai kau macam boyfriend aku la'. Derrr, samakan aku dengan laki dorang pulak, kalau samakan dengan Aaron Aziz ke Adi Putra ke ok la jugak haha. Tapi kalau da 10 orang cakap benda yang sama, aku rasa betul la kot T_T

Aku perempuan yang tak reti aku tunjuk apa aku rasa. Macam laki cool, yang macam takde perasaan, padahal caring gila. Kau pernah dengar cerita tak macam laki ni tak pernah cakap I Love you ke apa, bila perempuan tu kene kacau dengan laki lain dia buat bodoh je, tapi sebenarnya belakang perempuan tu dia belasah laki tu without pengetahuan perempuan tu. Ha aku rasa aku camtu, aku tak reti nak show care depan2. Kalau aku risau like hell pun, aku tetap boleh gelak, tapi dalam hati Allah je tahu, Allah je tahu apa aku buat dalam diam. Tapi takde la aku nak pergi tumbuk perempuan yang kacau bf aku hahaha Tu sycho namanya, da macam wrestler.

Kalau aku terasa, aku buat2 takde pape berlaku. Aku maafkan orang tu dalam diam. Buat apa nak gaduh pang pong pang kebaboommm fiuuuuuuuu BOMMMM! Ok cukup Nadia. Buat apa kalau untuk benda kecil? Kalau da tak tahan baru aku cakap, tapi aku tak meletup, tiba2 nak maki sana sini. Cakap biar berbahasa, sesungguhnya budi bahasa itu budaya kita keh keh keh

Aku memang dapat perangai ayah. Ayah aku laki kayu, tapi sweet dalam diam. Buat macam tak kisah je, tapi tiap malam seludup dalam bilik kitorang bawa torch light cek penjuru kot2 ada binatang berbisa ke. So jangan salahkan aku jadi camni, salahkan ayah hahahaha. Tak lah ayah, memain je. I Love you so much, and I adore u too much. Nadia da faham cara ayah, and I love that. And I miss u badly now :(

And lagi satu, dengan aku kau kena cakap straight forward apa kau nak. Kalau nak manggis, tapi cakap 'ee sedapnya manggis', memang aku tak beli. Just cakap 'eh belikan manggis untuk aku' then dengan senang hati aku pergi beli. Bukan apa, aku tak reti nak buat pilihan yang macam 'eh dia ni nak ke tak, tak cakap pun suruh beli'. Get it?

macam kucing ni, dia tak cakap nak ke tak, terus peluk je :P

Kawan aku pernah cakap, aku tak boleh dapat boyfriend macam aku jugak, nanti cold je perjalanan relationship and lama2 akan ada jurang yang besar. Ok, biar aku sorang je yang kayu. Aku kena cari laki macam pemotong kayu, supaya dia dapat shapekan aku dari kayu balak mungkin jadi almari, banyak gunanya haha.

Dear future husband, please sincerely accept me for who I am. Please try to understand me. Its not I'm ignore what you feel, just tell me the truth, directly, and we can share everything together. I'm a good listener. Ehem!

And aku tak boleh ubah diri aku sepenuhnya, ini aku. Hati aku, aku tak mampu nak jadi hipokrit. Kalau boleh ubah pun, adalah atas inisiatif sendiri, bukan sebab orang lain, and mungkin bila dapat hidayah Allah :)

Bila aku baca balik pasal diri aku, haah aku pelik, complicated jugak. Nasib la siapa yang kena deal dengan aku sepanjang hidup dia. I wish you luck! hahaha Harap bersabar. Maybe there is some part in you which also need me to be patient, need me to understand you more. Kita tahu manusia tak sempurna kan? Untunglah kalau dapat 100% yang memenuhi piawai SIRIM kau ;)

Bila kau sayang seseorang, kau akan telan segalanya pasal dia. Apa yang kau tahu, kau nak hidup dengan dia no matter what. Tapi jangan jadi bodoh kalau sampai menyeksa diri. Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia? :)