Gembira aku, aku boleh kongsikan satu dunia. Aku gembira melihat mereka tertawa, tersenyum, seiring dengan sukanya aku.
Tetapi
Duka aku, aku tak reti luahkan. Sakit! Sakit! Sakit! Hanya padaNya aku bercerita. Banyak yang aku tanggung seorang diri. Tiada siapa bertanya, tiada siapa cuba memahami, tiada!
Salah aku kah tidak pandai meluah rasa? Salah aku kah kalau hati ini cepat tersentuh? Salah aku kah?
Kadang2 tanpa sedar, diri seolah menyalahkan takdir. Astagfirullahalazim. Nadia, sesungguhnya apa yang terjadi itulah yang terbaik. Ampunkan aku ya Allah, ampunkan aku. Tidak bermaksud mendustai takdirmu. Cuma terkadang hati ini masih rapuh, dalam mengejar hidayahMu.
Kadang2, dalam 1440minit macam2 berlaku, bertimpa-timpa, bertalu-talu, hingga rasa tak mampu nak mengendong beban itu.
Ya Allah,
tetaplah jadi pendengar setiaku,
tetaplah sentiasa bersamaku,
temanikan langkahku di duniaMu,
yakinkan aku bahawa takdirMu adalah terbaik bagiku,
jangan palingkan aku dari syariatMu
sesungguhnya tiada siapa bisa memahami ku sepertiMu.
Ameen
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!