Ahad ni aku balik UUM, maybe la maybe haha. Malasnya nak balik. Mengenangkan ada lagi setahun setengah je, aku gigihkan jugak. Kalau belajar lagi 8 tahun, mau aku quit jadi pramugari kah kah kah. Tak dapat la derr pramugari, inch pun tak cukup. Jadi businesswoman ke hehe.
Aku kene pindah DPP Petronas weh! Aku ni setiap sem kene pindah ape hal ntah. Dorang nak aku tour seluruh DPP UUM sebelum habis belajar agaknya, supaya at last aku boleh bagi komen dan jadi duta UUM haha. Sem lepas aku dapat DPP Proton, tapi sehari pun tak pernah tidur sana. Kali ni, by hook or by crook, aku kena jugak berdikari survive kat sana sorang2. Sampai bila aku nak duduk bilik kawan2 aku kat Kachi tu kan? Ada la tu hikmahnya kena pindah, mana tahu nanti dapat kerja under Petronas haha sesuka hati aku je.
Perut aku sekarang ni makin kerap sakit. Jangan mengeluh, sakit kan penghapus dosa. Lagipun, kau yang cari pasal Beron! Tanggung sendiri. Tapi pelik, aku sakit bila berdiri and berjalan je. Kadang2 duduk pun sakit. Kena terlantar je. Da macam apa je nak baring 24jam. Orang dalam pantang pun tau berjalan haha.
Maksu aku cerita, time dia lahirkan anak kedua dia, half way of operation, tiba2 ubat bius habis. Doctor kata dia boleh bius, tapi akan bleeding and kena tanggung risiko koma. Hang gila apa! So maksu aku di operate hidup2 nak keluarkan anak dia lagi half way. Dia kata rasa macam nak mati, sampai da tak tahu nak mengerang macam mana. Oh I cant imagine that! Nasib la Hadif tu da besar menyejukkan jiwa jugak, berbaloi la dengan sakit yang ditanggung masa operation kan dia. Kalau tak kenang jasa, meh aku tolong rejamkan :P
*************************
Dalam hidup ni kita tak boleh mengejar kesempurnaan, sebab tak kan ada apa yang sempurna. Setiap benda mesti ada baik dan buruk. Contohnya, kusyen kereta, yang kulit dengan yang biasa. Yang kulit kebaikannya kalau air tumpah senang nak lap, keburukannya kalau panas mampuih hang terbakar sama duduk atas tu. Yang biasa pulak, kalau panas tak de la effect sangat, tapi kalau kena air manis ke air kencing ke, naya je. Kau kene terima fact tu, kau sendiri pun tak sempurna. Belajar la terima baik buruk sesuatu benda tu.
And tak semua yang kita nak kita akan dapat. Tu lagi satu pelajaran hidup yang kita kena tahu. Siapa lah kita ni nak Allah makbulkan semua permintaan kita. Apa yang Dia bagi ni pun da more than enough. Kalau kita tahu apa itu syukur, kita tak kan pernah mengeluh untuk apa2 pun. Ingatlah, Allah tak kan kejam dengan hambanya.
Jadi baik, try untuk jadi baik kerana Allah tu pun sebenarnya termasuk dalam usaha mencari jodoh. Rahsia Allah, siapa yang tahu kan? ;)
Jadi baik, try untuk jadi baik kerana Allah tu pun sebenarnya termasuk dalam usaha mencari jodoh. Rahsia Allah, siapa yang tahu kan? ;)
Aku ni popular jugak rupanya #sarcasm kah kah kah!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!