”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/21/2012

sabarlah dalam bersabar

Bukan senang nak jadi penyabar, aku tau tu. Cakap senang, nasihat orang kencang, kena kat diri sendiri, baru tahu apa erti dan nilai sabar tu. Aku baru baca 1 artikel, dia cakap tak de istilah 'sabar aku pun ada limit weh' (weh tu aku tambah buat penyedap ayat hehe). Kita memang kena sentiasa bersabar, ajarlah diri. Allah pun Maha Penyabar (al-Sabur). Dia sabar dengan kerenah kita, yang patut hilang sabar Dia, bukan kita. Tapi Dia tetap sabar dengan kita. :) Padahal kita yang perlukan Dia. Kan?

Bagi aku, tak salah kalau kadang2 kita TERmengeluh, menangis, rasa kecewa, rasa tak berguna, rasa takde mase depan. After all, kita kan manusia biasa, benda tu normal untuk kita. Tapi jangan jadikan kesedihan tu berpanjangan, lepas da lepaskan, bangun balik! Optimist! Yakin dengan Allah, siapa lagi tempat kebergantungan kita kalau bukan Dia? Tak berjaya di dunia, di mata manusia, tak semestinya tak berjaya di mata Allah dan di akhirat. In this world, who the one you need to please the most, Allah or human beings? You know the answer. Memang rasa jauh nak menuju ke 'sana' tu, sebab benda tu ghaib. Akhirat tu bukan nama tempat, dalam google map pun takde, gps pun tak dapat nak detect, tak kan dapat dengar suara annoying 'Akhirat, in 400m, turn left'. Cukuplah percaya pada janji2 Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

Bukan senang nak kejar hidayah dan redha Allah der. Banyak benda kena tempuh, jadi sabar jugak salah satu usaha menggapai keredhaanNya. 

Selagi tak habis nyawa, selagi itulah ujian datang menimpa. Kesenangan, kesusahan, semua tu ujian. Nak uji tahap Iman kita. Tak de ujian macam mana nak tahu siapa masuk syurga, siapa yang tercampak ke neraka? Wallahuallam.

*****************************************************

Hari tu makcik aku tengok aku. Sekali dia tanya 'Tahun ni umur kamu berapa?'

Lalu dengan kurang konfiden aku jawab '22'

Makcik, 'Tau tak mak kamu 22 da kahwin da'

Mak, 'Aku darjah 5 da tahu masak semua benda, boleh la kahwin 22, yang ni, harap suami yang masak untuk dia agaknya kalau kahwin sekarang'

Hahahahaha. Mak suka buat aku tersentap. Chill la mak, kalau setakat nak isi perut untuk 2 orang tu, lepas SPM Nadia boleh kahwin dah :P. Lain la suruh masak untuk kenduri, memang bye2 la.

Rindu mak :') Mak faham aku, selalu komplot dengan aku nak buat apa2 pun. Ayah jenis jaga anak2, yang dia rasa tak sesuai nak buat, memang dia tak bagi. Mak lebih open, lantak la nak buat apa pun, pandai2 la hidup, janji tahu jaga diri, nama keluarga, and agama wuu.

Tapi aku perasan, lately ayah da banyak bagi kebebasan kat aku. Maybe dia sedar, aku makin dewasa, and tiba masanya dia ajar aku untuk lead kehidupan sendiri. Paling aku terkejut bila dia bagi aku drive sorang2 dari Perak ke UUM. Dulu, paling jauh pun aku dapat drive dari Kuala Kangsar ke Ipoh je. Aku pernah drive jauh pun kalau dia ada kat sebelah. 

Bila bercakap pasal lelaki dalam hidup, mak lebih sporting. Ayah, sebagai wali, lebih cerewet. Aku dapat rasakan yang ayah sebenarnya sedih nak lepaskan anak dia kat laki lain, mungkin bagi dia, dialah laki terbaik untuk jaga kami. Yes, I can't deny that. Ayah pernah cakap 'Ayah tak sanggup nak pisah dengan anak2' :') Auwwww. Ayah memang lagi sentimental dari mak haha. Don't worry ayah, banyak lagi masa Nadia nak bermanja dengan ayah. Tak yah risau, takdenya Nadia nak mintak kahwin dalam masa terdekat haha

Hakikatnya, aku sangat rindu parents aku. Tengok balik cara dorang membesar kan aku, sumpah, they're the best for me! Nak balik! 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!