”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/25/2012

sejarah aku ketika belum mumayiz

Semalam aku jumpa facebook cikgu BM time aku sekolah rendah. Dia ajar aku sampai darjah 4, then dia kena pindah. Aku suka dia sebab dia baik, sporting, senyum manis, nama dia macam arwah nenek aku (Zahariah), number plate kereta bapak dia sama dengan number plat kereta ayah aku back in 2000. Hahaha Tak relevant kan alasan aku suka dia? That's me, suka kaitkan benda merepek dengan diri sendiri.

Semalam aku wall dia dengan excitednya, tanya dia kenal aku lagi ke tak? Da 12 tahun tak jumpa oihhh, berapa juta pulak students dia sampai dia nak ingat aku kennnn.

and surprisingly, dia jawab; ingat. yang kurus2 tu, yang lembut2 tu, yang suka senyum tu hehehe

Kah kah kah kah! Yang lembut2 tu kasi bold sikit hahaha. Terima kasih cikgu for the compliment, saya percaya seorang cikgu tak kan menipu anak muridnya keh keh keh. Jangan cakap dia salah orang ehh, haippp! :P Celah mana aku lembut tak tauuu aihhh haha. Seingat aku time aku sekolah rendah, budak2 laki pun takut dengan aku sebab dorang cakap aku ganas, debik belakang orang boleh berlubang badan, lagipun budak2 laki kan terbantut tumbesaran mereka time kecik2 haha :P Tapi aku tahu, cikgu BM sangat arif dengan setiap maksud ayat hahaha

Aku ingat lagi nostalgia (mentang2 cerita pasal cikgu BM, nostalgia terus kau pakai yee) dengan cikgu ni. Time tu darjah 4, dalam kelas meja gabung 3 sebaris. Barisan aku semua perempuan and aku duduk tengah2. Aku tak tahu mak aku bagi makan pil apa, aku time kecik banyak cakap, sekarang je da kurang (yeke?). Kerja aku bersembang je, time cikgu mengajar, time cikgu suruh buat kerja, time cikgu pergi tandas ape kan lagi.

Da berapa kali dia tegur, but still tak lut kat aku. Dia tak marah, tapi dia ubah aku duduk antara dua lelaki, dengan penuh harapan yang aku akan jadi pemalu dan kurangkan percakapan aku, tak silap aku, aku duduk antara Muhammad dengan Omar. But being me, campaklah aku kemana sahaja as long as aku biasa dengan orang tu, maka aku boleh bercakap tanpa henti, tanpa menarik nafas dengan kelajuan 210km/jam. 

Sampai cikgu tak tahu nak buat apa dengan aku. Last2 dia letak aku sebelah meja dia hahahhaha. Da macam budak perhatian khas je. Selalunya budak yang duduk sebelah meja cikgu budak yang cikgu nak bagi penekanan sikit. Again, da namanya Nadia kan, dengan cikgu2 aku ajak bersembang time cikgu tanda buku. Peliknya, cikgu layan aku bersembang, macam kena pukau pulak haha. Sampai dia cakap, dia tak tahu nak buat apa dengan aku.

Tapi time duduk sebelah Muhammad dengan Omar, time dorang buat kerja and aku rasa tak proper nak kacau dorang, aku pinjam pemadam dorang, main lawan pemadam sorang2, and bila dorang nak ambil nak guna pemadam, aku jentik tangan dorang sambil cakap 'kejap kejap, nak menang da ni' dan mereka redha. Budak tak mumayiz memang berperangai begitu agaknya -_-''


No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!