Aku tak faham apa yang aku rasa sekarang
Pelik
Datang tanpa dijemput, tanpa pernah fikirkan pun
Selepas 22 tahun, baru aku dapat rasa perasaan ni
Tanpa dipupuk, tanpa disuruh
Ianya terus hadir meresap dalam diri dalam masa yang singkat
Sebelum ni ia hadir bila aku pupuk
Asalnya atas dasar jenaka, asalnya atas dasar simpati
Tapi bila dia datang sendiri, aku pun tak mengerti
Perasaan apakah ini?
Realiti atau fantasi?
Atau mungkin mimpi?
Kekal atau sementara cuma?
Tapi aku doakan ianya hanya singgah melawat hati
kerana aku rasa ini bukan masa yang sesuai lagi
Aku tak tahu ini petanda ataupun ujian?
Yang aku pasti, aku tak bersedia lagi
Biarlah ditentukan Ilahi
Aku hanya berdoa dan mempersiapkan diri
Harap bila tiba saatnya, ada yang hadirkan diri
Ada, ada la nanti
Itu bukan agenda utama hidup mati,
Ada, ada la nanti
Itu bukan agenda utama hidup mati,
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!