”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/20/2012

Linkin Park, Limp Bizkit, Eminem, Sheila on 7 (?)

Aku membesar dengan kumpulan2 ni. Ewahhh bukanlah main polis entri dengan kumpulan limp bizkit atau main kahwin2 dengan DRUMMER linkin park pulak, maknanya aku membesar dengar lagu2 dorang, masa aku darjah 5 gitewww aku banyak dengar lagu dorang.

Perghhh kau Nadia! Kemainn membesar dalam persekitaran omputih, padahal cakap omputih gagap sampai sekarang kah kah kah. Aku baik dengan makcik and pakcik aku, so bila balik kampung lepak dengan dorang sambil headbanging dalam bilik. Headbanging tu menipu sikit haha. Janganlah fikir pakcik aku umur orang pencen pulak, pakcik aku 5 tahun tua dari aku dan makcik aku 3 tahun tua dari aku, tu boleh masuk kapla tu. 

Lagu2 dorang memang masyuk, sampai sekarang pun aku layan lagi. Tapi lagu2 baru da kureng sikit masyuk dia. Aku ni bukanlah baik mana, takdelah 24 jam dengar nasyid pulak (eh siapa kata kau baik? -_-'') Ada masa aku perlu (perlu ye) dengar lagu2 macam ni untuk kurangkan tekanan. Hamboihhh orang kurangkan tekanan dengar ayat Quran la wuuuu.

Bila dengar balik lagu2 dorang, teringat zaman hingusan dulu. Panjat almari duduk atas almari, jadahnya entah. Aku ingat lagi pakcik aku ambil patung sepupu aku dia buat rambut patung tu jadi rasta, dia cat baju patung tu macam Bob Marley hahaha Hancus2. Da kahwin da pun dia sekarang, pakcik aku la, bukan patung tu. Tapi sumpah patung tu macam hantu Chucky, da la dia dudukkan patung tu atas radio -_-''

Dalam bilik ada poster Kurt Cobain dengan Bob Marley. Bila arwah tok masuk bilik tu, istighfar panjang dia, suruh cabut gambar2 tu. Ada ke gantung gambar orang da mati :P

Haha bila ingatkan balik, kalau betul la terpengaruh dengan kehidupan barat macam tu, mahu hancur aku sekarang. Mahu pergi Indie band punya konsert, lepak malam2 buta takde tujuan, paksa mak hantar masuk kelas drum. Alhamdulillah, tu hanya kehidupan aku sebelum baligh, kehidupan dalam rumah semata, enjoy sesama sendiri je. Makcik dengan pakcik aku pun jadi manusia, tak la jadi macam patung Bob Marley tu haha. But I really love them both :))

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!