”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/24/2012

Sembang sorang2 #1

Da lama tak online guna laptop, sesekali da terbukak laptop ni jomlah sembang sorang2. Laptop aku da sihat selepas 2 bulan masuk kilang, esok pergi ambil hehe

Kehidupan aku waktu cuti ni sama je hari2. Tidur, makan, online, tengok tv, main (ulang sampai habis nafas). Aku nak kerja ada je kekangan (kekangan kau, jangan main2). 

Mak, 'tengah belajar ni, cuti je lah, nanti da kerja, tak dapat nye cuti panjang2 macam ni lagi'

Aku, 'Ada la, dalam pantang nanti' (dalam hati je la huahuahua)

Aku nak mintak kerja KFC atau 7e.

Ayah, 'tak payah mintak kerja yang ada shift'. KFC Kuala Kangsar 24jam kauuuu. Tak en. pon, en. lang kot yang datang :P

-_-''. Kemahuan aku memang sentiasa bertentangan dengan kebenaran ayah. I should know my ayah better, but still I choose to rebel first :P. Penyelesaiannya, aku duduk rumah layan budak2 ni huhu

Sekarang ni ayah betul2 pantau pemakanan aku. Aku da 3 hari pedih perut. Makanya, nak makan sos cili pun ayah tak bagi. Ya Allah, seksanya tak makan pedas. Seksa! Seksa! Last, last, SEKSA! Sampai ada masa aku tak makan. Apalah ada pada makanan kalau tak pedas. T____T. Tapi kalau ayah tak nampak aku makan jugak haha. Kadang2 kesian kat ayah, tak tahu nak buat apa dengan kedegilan aku. Kadang2 kesian kat diri sendiri, kenapa degil sangat entah.

Tapi kalau aku takde kat meja makan, ayah tanya 'ayong, tak makan ke?'. Aku akan jawab kejap lagi, padahal aku tak makan sampai ke sudah. Sebab nak makan mesti aku kena ambil cili, kalau tak, tak selera. Tapi kalau ambil nak menanggung sakit pulak. Tapi kalau tak makan langsung gastrik angin pulak. Ni ibarat telan cili sakit perut, luah cili tak selera nak makan. Faham tak delima aku? Ke dilema? 

Ayah dengan mak beria nak bawa aku pergi hospital, masuk kamera dalam perut, nak tahu apa khabar perut aku. Tapi aku akan bagi 1000001 alasan untuk mengelak. Tak sanggup aku bayangkan benda tu nak masuk dari mulut aku. Walaupun tak sebesar DSLR, tapi aku tetap taknak! HAHA

Esoklah pulak sambung bebel.

Kepada bakal anak2 (tak kira lah anak aku ke, anak saudara ke, anak jiran ke, anak kawan ke, anak tekak ke) tolonglah jangan warisi kedegilan ini. Kalau tak kahwin, ambillah anak angkat. Kalau kahwin takde rezeki nak dapat anak, ambillah anak angkat. Kalau mati sebelum sempat kahwin, tolonglah angkat jenazah aku. Kau gila eh Beron? Ok Assalamualaikum.

*Lebih kurang sebulan lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan. Berikan aku kesempatan melangkah ke bulan Mu yang mulia itu ya Rabb :)). Di bulan Syaaban ni, perbanyakkan lagi selawat ke atas Nabi SAW. Sedangkan Allah dan Malaikat pun berselawat ke atas baginda [Surah Al-Ahzaab:56]

2 comments:

  1. mintak lah kat doc tu, nak bius. baru lah tak rasa pape. tapi b4 nak buat tu, kene puasa dengan minum air yang suro membuang3. HUHU. #experience. =)

    ReplyDelete
  2. hehe tq share experience.
    but still i would like to prevent that hehe

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!