”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/02/2012

kerja sampingan

Bila da takde kerja nak buat, kadang2 Paksu ajak tolong dia pasang banner. Hari tu tolong dia pasang banner dekat SK Chepor, Lenggong. Huiii mak kauuu, pendalaman benar kampung tu. Dari Kota Tampan, Lenggong, kena harung 3 bukit baru sampai. Masuk celah2 mana entah, baru la nampak sekolah. 

Sampai depan lampu isyarat Kota Tampan, tiba2 Paksu tanya 'Kamu pernah datang sini?' Aik? takde soalan lain? Aku jawab 'Mestilah pernah, Nadia dulu hampir tiap minggu lalu depan ni pergi pasar Jumaat'. Bila lalu depan MRSM Lenggong, rindunya haiiii. 

Banner tu punyalah besar, boleh buat selimut gajah. Dengan nak tanggalkan rel langsir lagi, paku2 kat dinding lagi. Ketar jugak aku nak memanjat sebab meja tu ala2 kalau semut breakdance atas tu pun mau roboh. Kerja aku da siap baru jumpa tangga -_-''. Sejam setengah jugak la nak settle kan 

Cari 2 kesalahan dekat banner ni :P

Dalam pukul 8 malam pergi la masjid kampung tu nak solat. Ada beberapa orang laki lepak dekat situ. Lepak kat masjid ok, siap buat teh tarik. Nasib aku tak join je. Aku tanyalah mana tandas perempuan. Ada sorang abang tu jawab 'Ikut je tepi ni sampai ke belakang, kalau nak lagi cepat straight je'. Kawasan tu dah la sunyi, gelap pulak tu. Aku tengok la straight macam abang tu cakap, sekali KUBUR kauuuu! Fuhhh, ternaik jantung ke tekak rasanya. Suka ye bang bergurau macam tu :P

Dapat la upah cukup untuk bergonjeng. Duit sekarang mengalir kalah gajah pecah air ketumban lajunya. Dari boleh bergonjeng, sekarang duit tu cukup2 beli selipar jamban je Y___Y. Kena cari sumber rezeki lainnnn

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!