Dia la kawan baik aku, kawan gaduh aku, kawan teman aku pergi kedai beli sarapan pagi.
Scene 1
Hari tu bawa dia pergi gunting rambut. Sembang dengan seorang makcik ni.
Sorang je? (merujuk pada dia)
Haah, jawab aku
Patutlah manja
Eh taklah, dia ada abang dengan adik. Abang dia da tadika. Adik dekat pengasuh
Kat sini hantar pengasuh berapa?
Dalam RM150 je
Makcik anggukkan kepala.
Lepas tu aku pergi kedai depan sebab kedai tu ramai sangat Cina nak cuci rambut, ada kenduri agaknya.
Bila sampai kedai depan, tukang gunting rambut tanya aku;
Anak ke?
Eh tak, sepupu, aku menjawab dengan senyum malu2
Baru aku terfikir, makcik yang aku sembang tadi mesti ingat budak ni anak aku. Hailaaa, 3 orang anak pulak tu. Jatuh saham haha. Aku da ada ciri2 nak jadi ibu muda ke? Ok abaikan
Scene 2
Bawa dia pergi kedai mamak. Semua mamak sukakan dia sambil cakap dia cantik 40kali. Dia pun malu2, menyampah!
Scene 3
Kelmarin aku demam. Terbaring. Dia datang. Aku bagitau dia aku demam. Dia pun cakap dia demam, siap suruh rasa dahi dia.
Aku cakap 'Mana ada demam'
Lalu dia bergolek dari sofa ke pintu sambil meraung suruh cakap dia demam.-_-'' Kalau aku jadi doktor dapat pesakit macam ni, harus aku berhenti kerja tanam strawberry belakang rumah.
Cukuplah setakat ni je. Nak cerita semua sampai esok tak habis.
8 orang yang jumpa dia, 7 akan cakap dia laki. Sorang akan konfius dia laki ke perempuan
SHE with 1/3 of me
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!