”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/10/2012

tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Pernah dengar pepatah ni? Pepatah ke ni? Ke peputus? OK not funny, not funny! Orang cakap kalau nak bersedekah kena bagi barang baru. Tapi aku tak mampu lagi. Aku suka kemas barang2 aku dan asingkan barang yang aku tak guna, selalunya pakaian la.

Selalu merungut baju takde, padahal almari da nak roboh. Mana taknya, baju dari darjah 5 pun simpan lagi -_-''. Hari aku kemas baju2 aku. Aku rasa dekat 3 plastik besar yang muat aku, baju2 yang aku da tak pakai. Semuanya elok2 lagi. Yang tak elok memang aku buat kain buruk je. Tak elok la nak bagi orang benda da tak elok kan? Memang aku tapis betul2.

Kita memberi kalau ikhlas memang tak kan mengharap apa2 balasan, walaupun ucapan terima kasih. Aku sangat terharu bila bagi barang kat orang, dia punya berterima kasih kat kita tak sudah2, macam tiap kali jumpa pun akan berterima kasih. Sangat menghargai. Walaupun barang yang dibagi kita da guna, cara dorang menghargai macam dapat barang baru. Naik segan pun ada.

'Terima kasih banyak2, terima kasih banyak2, terima kasih banyak2' (ulang 10x). Kalau kau, tak ke segan? Lepas tu ternampak dorang pakai baju kita. Terharunya. Sebab kalau kita simpan, kita tak pakai pun, buat hiasan je.

Betul lah cakap orang (memang la orang, tak kan beruang bercakap), apa yang kita tak guna sebenarnya amak berharga bagi orang lain. Bersyukurlah kita cukup duit nak beli baju setahun 2 3 kali. Ada setengah orang, nak keluar ke pekan pun setahun sekali je. Kadang2 kita tak hargai apa yang kita ada. Mak belikan baju, banyak je komen, tak cantiklah, tak feseyen la,  ketinggalan zaman la. Cuba bagi kat orang kurang berkemampuan, ntah2 tidur pun dorang peluk baju tu.

Rezeki manusia memang dari Allah, tapi perantaraanya manusia. Takdenye kau berdoa nak tu nak ni, tiba2 dalam bank akaun da ada sejuta. Kita mesti usaha, doa untuk dapat apa yang kita nak. Dan sebenarnya, dalam rezeki kita tu ada rezeki orang lain. Syarikat kita booom ka babom dapat tender berjuta-juta, tapi tu semua bukan hak kita, semuanya datang dari Allah, maka kena agih2 kan pada pekerja, pada masyarakat sekeliling. 

Jadikan sedekah amalan kita. Walaupun sedikit, ianya bermakna. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!