Dulu aku ingat rezeki hanya dalam bentuk wang. Ke korang pun rasa camtu? Aku tak tahu yang kesihatan yang baik, masa lapang, kebahagiaan tu pun termasuk dalam rezeki. Ada orang Allah bagi rezeki kesihatan, tapi kurang rezeki bahagiaan harta. Ada orang Allah kurniakan harta melimpah ruah sampai tak habis makan 23 keturunan, tapi takde kebahagiaan dalam hidup, takde masa lapang sebab kerjanya nak menambah harta je.
Apapun rezeki Allah bagi kat kita, kita kena bersyukur. Muhasabah diri balik. Keluarga aku bab harta memang sederhana, tapi Alhamdulillah Allah banyak bagi masa lapang untuk kami untuk nikmati kebahagiaan sama2 :D, walaupun kadang2 diberi ujian bab kesihatan.
Cakap pasal kesihatan, hari ni aku demam, selsema dan cramp perut. Petang tadi aku tidur, tapi terjaga sebab perut cramp gila. Rasa nak menangis. Aku meringkuk sambil tekan perut sambil cakap Allah Allah Allah tanpa henti sampai aku tertidur dengan sendiri balik. Comel pulak rasa tidur kan diri sendiri. Dah tu kau nak siapa tidurkan? Mak? Ah mengada da nak sama panjang dengan katil pun nak bermanja lagi :P
Kembali pada rezeki. Selalu kan dengar anak tu rezeki? Ye, anak memang pemberi rezeki.
'Dan janganlah kalian membunuh anak kalian kerana takut miskin, Kami Pemberi rezeki mereka dan kepada kalian sungguh membunuh mereka adalah dosa besar' [Al-Isra': 31]
Setiap anak memang da ditentukan rezeki masing2, yang mana mak ayah boleh menumpang rezeki tu. Yela, bila elok dididik, jadi manusia berguna, dapat kerja rezeki yang halal, tak ke mak ayah tumpang kesenangan? Anak yang tak kenang jasa tu lain cerita, tu patut kasi rejam haha. Selain tu, anak tu sendiri rezeki untuk mak ayah. Investment in dunia for akhirat. Bukan harta, pangkat, yang boleh dibawa masuk kubur, tapi doa anak yang soleh. Kan? Maka didiklah anak2 dengan agama yang sempurna. Sempurna agama, sempurna la hidup dia.
Tapi ada setengah orang, Allah tak bagi rezeki anak kat dia. Semua yang terjadi anak hikmahnya. Aku ada terbaca satu benda comel. Kanak2 yang meninggal masa kecil, sebelum baligh, di syurga dia dijaga oleh Nabi Ibrahim sementara menunggu mak ayah dia datang ambil masa akhirat nanti.
Nanti anak2 tersebut akan tunggu di depan pintu syurga sambil pegang air nak bagi kat mak ayah dorang. Tapi ada anak2 yang sampai sudah mak ayah dia tak muncul depan pintu syurga. Lalu, dorang menangis sambil mengadu 'Ya Allah, Engkau telah yatimkan kami sekian lama, tak kan sekarang Kau masih nak yatimkan kami?' :') Sebab tu ada mak ayah yang patutnya masuk neraka, dapat masuk syurga, tapi terpulang pada kehidupan mereka di dunia juga, mungkin.
Bergembiralah duhai hati yang kehilangan anak kecil, mereka menunggumu di pintu syurga. Kan rezeki jugak tu? :)
Da kenapa aku banyak cerita pasal anak ni, padahal aku kahwin pun belum haha. Entah, tiba2 I come out with this idea. Layankan je la, I want to share something that I know.
Kadang2 ada yang persoalkan kenapa anak mereka mati masa kecil. Ada 2 kemungkinan. Kemungkinan pertama mungkin mereka belum bersedia untuk jadi mak ayah. Aku selalu dengar, lepas ambil anak angkat je terus boleh mengandung. Rezeki Allah nak bagi sebab da tolong anak yatim, takpun sebab mereka da tahu macam mana nak jaga anak lepas ambil anak angkat. Kemungkinan kedua, kemungkinan bayi tu bila da besar akan menjadi orang yang tak berapa boleh diguna atau akan menyakitkan hati mak ayah dia.
Wallahualam :)
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!