Bosan! Tapi kerja banyak! Nampak tak apa aku cuba sampaikan? Ye, aku malas haha. No interesting things happened in the world revolves me lately. Hari2 pergi kelas, dapat assignments, balik kelas, makan, tidur, rasa rajin study, rasa malas tak payah study. Easy! haha
Semua tahu kan aku belajar kat mana? Alaaa, baru nak kutuk universiti sendiri, kutuk management paling tepat. Takpelah, tak baik kutuk tempat yang banyak berjasa dekat kita, time maghrib pulak tu, kalau asar tak pe lagi. Eh? haha
Susah nak jadi orang yang tak ambil tahu hal orang lain, tak bercakap (mengumpat) hal orang lain. Susah nak jadi manusia pendiam bila memang dari kecil tak berhenti bercakap. Susah nak menjaga pandangan mata. #sigh. Semua rasa susah! Sebab da jadi kebiasaan, mulut nak je mengata orang, mata nak je nampak salah orang. Macam sedap, macam syok. Kan? Lupa cermin diri sendiri. Lepas ni kena gantung cermin depan muka sendiri, sebelum nak tengok orang, tengok diri sendiri dulu, cantik pun cantik. Bahahaha
Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah. Mengata orang memang menyusahkan diri, berat oi nak bawa dosa! T__T Only strong guts can make you escape from this, lillahi ta'ala.
Eh eh tau tak (gaya kepochi), home page blogger kan da tukar baru. Mula2 aku terpinga-pinga jugak, macam Tarzan first time keluar hutan. Apakah ini? Apakah itu? Macam mana nak tukar theme woi? Macam2 soalan mengasak (mengasak kemainnn) kepala otak.
Sebab aku ada kerja under LawSoc, something to do with blog, so nak tak nak kena la aku godek, tengok youtube segala. Ha semangat sangat. Rupa-rupanya yang baru ni lagi senang dari yang lama. Ha tengok tu, tengok atas tu, blog I da ada tabs sendiri (muka bangga, hidung kembang kempis). Takde serabut sidebar aku da. Sebelum ni haram aku tak tahu nak buat macam mana.
Sebab tu jangan merungut bila ada benda baru yang kita kena belajar, selain tambah ilmu, mungkin ianya lebih memudahkan.
Calow, maghrib!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!