”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/09/2012

take it as a lesson Beron!

Malam tadi aku ada kelas pukul 8. Aku park motor kat satu kawasan berbukit, agak gelap. Ada motor aku dengan satu lagi motor park kat situ. Aku lock motor dekat disc brake, pakai sumbat je benda tu kat mana2 lubang sebab tak nampak sangat.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, 8.30 lecturer tak datang2 pun. Its legal for you to leave the hall after 30minutes of waiting. For me, 15minutes can make it legal enough haha. 

Sampai je kat tempat parking, nak bukak lock baru aku perasan aku terkunci benda tu dekat dengan rim. Masak! Kejadian macam ni yang aku taknak sebab aku tahu macam mana seksanya nak bukak balik sebab makcik aku pernah kena dan aku sebagai saksi heuhuehe.

Time tu ada aku, Arni dan Mirul. Aku dengan Mirul try punya try tak dapat2 jugak bukak. Mirul risau kunci patah. Then Mirul telefon kawan dia mintak tolong, Man tak silap aku nama dia.

Dia try pun tak boleh. Then dia panggil kawan dia, aku ingat sorang 2, 10 orang baq ang! Dari macam2 negeri, Pahang, Johor, Sarawak. Sorang2 try, tak boleh jugak. Sume pakat berkerumun kat motor aku. Aku duduk je atas seat motor bahagian belakang sebab nak bagi tayar depan terangkat. 

Masing2 pak lawak, nasib baik boleh gelak2, takde awkward sangat. Segan jugak aku, menyusahkan orang je kau ni Beron -_-'' Rasa bersalah huu. Aku tak tahu apa dorang buat. Dekat2 sejam jugak la. Alhmadulillah dapat keluarkan kunci tapi patah la haha. Thank you guys! Kalau jumpa nanti aku belanja teh tarik hehe. Dorang cakap kalau jumpa kat luar nanti tegur2 la. InsyaAllah kalau aku ingat muka korang. Gelap oi, masing2 bukan cerah sangat pun keh keh keh.

Ni mesti sebab degil cakap mak ni. Mak suruh guna kunci yang dia belikan, tapi kunci tu besar. Malam2 je aku guna, setakat kat kelas aku guna kunci kecil je. Ha amek kau nak senang sangat kan, ha senang la sangat nak buka kunci besar penutup botol air pun dekat2 sejam.

Tapi Alhamdulillah la Arni nak tumpang aku, dengan Mirul still ada kat situ. Kalau dorang takde, aku tak tahu apa nak buat. Nak tinggal motor takde masalah, tapi nak balik macam mana? Ikutkan jalan kaki mahu 2 marhalah ada haha.

Again, thank you so much Mirul, Arni, and Man & the gang. Moga Allah membalas jasa kalian :)

*Adik saudara aku yang mengidap barah otak tahap ke 4 sedang koma. Mohon doakan dia, moga Allah permudahkan segala urusan dia. Ameen

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!