Roomate aku cerita, ada orang kat kampung dia jenis anak tak boleh kena tegur. Kena marah dengan cikgu, diserangnya cikgu tu dengan parang. Huishhh pakcik, bawa mengucap. Certain parents sekarang memang terlampau manjakan anak, ibarat; seekor semut lalu atas badan anak dia pun, habis 1 kubu semut dia bakar (peribahasa baru)
Kalau mak ayah aku, tak dapet leeee. Aku pernah kena rotan dekat tangan sampai bengkak sebab tak bawa buku kerja. Hari tu hari Khamis, padahal cikgu tu mintak hantar hari Jumaat. Salah siapa? Cikgu pun manusia kan, mesti ada lupa la silap la. Balik2 mengadu la kat mak, kalau silap aku memang tak la aku mengadu. Tahu mak aku jawab apa? 'Rasakannn' T_____T Kalau memang salah aku, nak mengadu, alamatnya kena lagi 1 liang la.
Bab pelajaran mak memang strict, ayah lenient sikit, ayah strict bab kesihatan. Tapi mak ayah aku tak pernah paksa aku belajar, just nasihat je. Tambah2 da besar ni, da masuk U pun, tak kan tu pun kena suruh, tak kan tak boleh fikir sendiri.
Ayah cakap 'nak berjaya belajar, tak nak sudah, masa depan kamu, bukan ayah. Nanti kalau takde kerja semua, mak ayah takde, kamu nak makan apa?' T_____T Memang rezeki Allah sediakan, tapi kita kena usaha kan?
Aku ni nak kata ada kebolehan bab suara ke sampai boleh menang ratus2 ribu dengan menyanyi je memang tak. Nak kata tangan berseni boleh jual potret tepi jalan lagi la tak. Nak jadi penulis lagi la, mahu kena baling dengan Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4 jap lagi. Communication skill, marketing skill pun ke laut kalau nak bukak bisnes. So aku rasa sumber rezeki aku dari otak dan akal yang Allah bagi.
Nak berjaya bukan senang. Perlukan pengorbanan yang besar, sangat besar. Semua terpulang pada individu balik, kau nak or kau taknak? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Amboi, kemain rancak berperibahasa hari ni.
Ok la sebelum menutup tirai, dan bukak buku nak buat kerja sambil hati sebak, ada tak....................................................................................
sesiapa nak sedekahkan aku kasut sukan? Ni bukan masalah rajin berjogging, ni masalah pereputan haha.
Tadi jogging pusing tasik pun cover2, tersalah langkah boleh menjunam ke tasik ni, tapi tapak tertinggal dekat darat la. Then kalau ada orang lalu terjumpa tapak kasut je, tapi orangnya takde, mesti dorang cari aku dalam tasik kan? Selamat la aku yang tak reti berenang ni. Betul la, apa yang jadi ada hikmahnye kan? Eh sempat buat drama hahaha.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!