Di satu petang yang hening. Petang ke malam time tu eh? Ok kalau malam; di suatu malam yang indah (you choose, you choose).
aku : mak Nadia da lama da buang rahim, sebab ada ketumbuhan
kawan : oh sebab tu ke adik beradik Nadia 3 orang je
aku : hmmm, sort of kot, da rezeki banyak tu je hehe
kawan : bila kenanya?
aku : hmmm lama da, time Nadia 14 kot
kawan : oh lamanya. Ayah Nadia tak kahwin lain?
aku : (tersentak). Eh tak, kenapa nak kahwin lain?
kawan : Laki kot Nadia, tak kan tak faham dorang macam mana
aku : Ayah Nadia tak macam tu, dia tak kisah, janji mak sihat. Bila orang question, tak pe ke 3 orang je anak? Tenang dia jawab 'Eh nak berapa lagi, ada orang yang takde anak langsung, da rezeki nak dapat 3 je, lebih dari Alhamdulillah' (sebak)
kawan : baiknyaaaaaaa Ayah Nadia, serius baik. Kalau orang lain, memang buat alasan nak cari lain.
Its not about quantity, its about quality, ewahh kualiti sangat ke kau tu Nadia! haha Ye, aku lah salah sorang dari 3 anak ayah yang bertuah tu. Mungkin bila tengok aku, ayah bersyukur kot anak dia 3 je hahaha. Allah tahu yang terbaik untuk kita, apa yang akan cukupkan kita.
Aku tak prejudis. Aku tahu tak semua lelaki sama dengan apa yang kawan aku describe kan tu. Aku tahu banyak lagi laki macam Ayah. Marriage is about everything, not just only sex, children, it's more to responsible, commitment. Anak, isteri, amanah Allah ye kawan2.
Aku tak faham fitrah lelaki macam mana sebab aku perempuan. Tapi kalau ayah aku boleh setia, kenapa yang lain tak boleh?
Masa kat hospital, sebelah katil mak, ada perempuan kena breast cancer. Dia masuk hospital sebab nak gugurkan kandungan, kandungan tu bahayakan dia dan baby. Aku kesian dekat kakak tu. Kalau mak, ayah sentiasa ada kat hospital, kalau bukan waktu melawat, ayah jenguk kat tingkap. Apa mak nak, ayah cari, belikan. Tapi akak tu, suami dia datang semata-mata nak hantar guarantee letter je and campak duit RM10, dan blah! Kuangjarrrr! Perempuan tu tengah mengandungkan anak kau woi!
Doctor bagi akak tu makan ubat, nak matikan baby and induce baby keluar sendiri, macam mana entah procedure dia. Baby dalam 5 bulan kot time tu. Bila baby keluar, dia hitam (kesan ubat), tapi dia masih bernyawa! Subhanallah. Kelam kabut hospital time tu, sebab time tu pakar kanak2 takde kat situ. Siapa expect dia akan hidup? Tapi waktu tu mak da keluar wad, aku hanya nampak nurses and doctors kelam kabut dalam wad. Tu wad sakit puan kot, mana ada equipment untuk baby. Aku tak tahu penyudah baby tu, tapi mak kata peluang nak hidup memangg tipis, tapi kalau dia pergi, dia baby syurga :')
*****
Ayah lelaki terbaik bagi aku. Dia sanggup buat apa je untuk family dia, and semua dalam family akui benda tu. He is very family man type. Mak pulak sangat memahami ayah, tahu jaga makan pakai ayah, walaupun dorang dua2 punyai watak yang berbeza haha.
Aku sangat hargai pengorbanan ayah kepada mak, pengorbanan mak kepada ayah, pengorbanan dorang kepada kami adik beradik. Hanya satu pinta aku Tuhan, bahagiakan mereka di sini dan di 'sana'. Kekalkan perkahwinan mereke hingga syurgaMu
Aku telefon mak selang sehari. Ayat pertama aku mesti 'tengah buat apa?'. Mak ayah da tau da trademark aku haha. Tadi aku call mak, aku dengar ayah cakap kat belakang 'mesti dia tanya tengah buat apa kan?'. yaAllah, sayangnyaa aku kat dorang ;D
Tunggu Nadia balik hari Selasa nanti. Nadia rindu sangatttttttt kat mak dengan Ayah. :D
Aku berdoa, dapat suami sesetia ayah ;)
Aku berdoa, dapat suami sesetia ayah ;)
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!