”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/04/2013

Nasi Lemak Biru Petaling Jaya & Pesta Buku 1Malaysia PWTC

Rabu lepas tiba2 adik aku ajak teman dia pergi KL sebab dia nak pergi pesta buku and kebetulan UiTM da boleh ambil voucher buku. So Khamis pagi kitorang pergi naik bus. Dia pergi rumah pakcik aku, aku pergi rumah Tqah. Da lama gila aku tak jumpa minah ni.

Memang rezeki aku nak jumpa Tqah kot, kebetulan dia cuti. Aku kalau jumpa dia, mesti tidur rumah dia, da kenal sangat dengan keluarga dia. TQ so much Tqah and family for my accommodation :D. Malam Jumaat Tqah bawak aku pergi makan satu nasi lemak dekat PJ. Aku pernah pergi dulu time asasi. Sambal dia terbaik bohh. Nasi lemak daun pisang pulak tu weh, RM1.50 je. Nasi lemak biru Tqah panggil. Berbaloi-baloi. Then dia nak bawak aku makan burger kukus, tapi tutup. Selalu dengar burger bakar je, baru aku tau kewujudan burger kukus. Burger suam2 kuku kambing ado?

Ingat malam Sabtu nak tidur rumah dia lagi, tapi Pakched ajak tidur rumah dia dekat Shah Alam sebab dia nak belanja makan. Bab belanja2 ni aku laju je, tapi macam tak puas jumpa Tqah. Jumpa dia setahun pun tak puas hehe. Best gila la bercerita, pasal ajaran sesat pun ada haha.

Pagi Jumaat aku pergi Pesta Buku kat PWTC. Off course la aku pow voucher buku adik aku, voucher buku  aku tersekat dekat mana ntah tak dapat2 lagi. Dapat jumpa Mira kejap. Benda yang rancang last minute  ni la selalunya paling best. Bersembang dengan Mira dekat2 4jam jugak la, macam2 cerita keluar. Tapi banyak cerita pasal kawan2 yang da kahwin, sambil merancang sendiri punya kah kah kah.

ni tengah tunggu komuter dari Putra nak pergi Batu 3. Terik weh. Rasa nak duduk juntai kaki tepi platform, kat situ je redup sikit.

Masing2 beli Ujang sebab nak paper bag. Tapi aku beli komik Gempak sebab nak paper bag Kijiya yang super awesome and mantop. Eh aku beli komik semata nak paper bag je, da dapat paper bag, comics aku buang bahahaha.

tengok muka masing2 tahan panas kiki

ni nama dia takde keje tunggu komuter tak kunjung tiba

Yang tengah tu da meroyan. Aku suka system coach wanita kat KTM, yang aku tak suka laki perasan wanita masuk situ. Tak faham bahasa ke apa ntah. Yang bercinta tu lagi la. Kau nak bergesel sila duduk dekat bumbung KTM

Buku yang berjaya dirembat. Semangat cousin aku menyusun. Ni half je. Ada beli buku rujukan PMR untuk Hafiz, RM5 sebijik boh. Murah gila aku rasa, dulu aku beli RM25 kot. Alasan dia jual murah sebab nak tukar muka depan, padahal tu keluaran 2012. And maybe sebab ni tahun akhir PMR kot. Jimat2. Best la pergi pesta buku, berbaloi2, lagi berbaloi bila guna voucher muahaha. Terima Kasih Najib! dengan segala 1Malayasia dia tu.

Nana yang rebe. SS sementara tunggu ikan siakap 3 rasa


ok ni sumpah takde keje

I'm the eldest T____T 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!