”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/22/2013

Perlabuhan Dosa

Ha kemain tajuk, macam tajuk novel. Nak buat novel la, pastu nak suruh buat drama, nak Adi Putra hero, heroin dia aku hahahahha.

Ok serius.

Kalau nak buat perbandingan, dosa2 kita ni, ibarat segerombolan sampah.
Jijik.
Busuk.
Bangkai.
Hamis.
Hina.

Kalau manusia boleh bau betapa busuknya dosa, nescaya kita takkan ternak dosa dah.

Tapi manusia ni peduli ke? Certain manusia memang betul2 buat dosa macam sampah. Campak merata-rata, pergi ke tempat bersih, cemar lagi dengan sampah dia, bila tempat tu da busuk, hijrah ke tempat lain pulak. 

Berapa kerat je antara kita yang ada usaha nak bersihkan dosa kita? 

Dan berapa kerat je yang istiqomah membersihkan sampah mereka? Berapa kerat pula yang buat kerja separuh jalan? Berapa kerat pulak hanya mengharap pada pencuci sampah?

Don't fall too deep in your sins, it will make your heart stain.

Salam Jumaat :)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!