Tadi baru ambil voucher buku. Alhamdulillah, prays to Allah for this rizq. Terima Kasih Kerajaan, terima kasih abang kakak pejabat yang serabut nak agihkan voucher hehe. Lepas ni da habis belajar, (insyaAllah) da tak dapat voucher buku kalau Najib nak bagi lagi. Akan ke Najib bagi, ke orang lain? EH? Hahaha Semua wakil2 rakyat seluruh pelosok Malaysia sila kecut perut sekarang, draft manifesto baik punya, pilihan raya is just around the corner *memandai je aku*.
Voucher ni aku kene shopping balik rumah nanti sebab share adik aku ada sekali dengan aku, sebab aku da senduk dia punya voucher hari tu haha. Tapi macam2 pulak program yang bakal dijalankan sampai aku takde space nak balik rumah. Jangan sampai aku balik rumah time weekdays *macam tak biasa* Kena deal dengan adik aku balik rumah hari yang sama, kalau tak macam mana nak shopping voucher sama2.
Aku homesick T_____T Mengada kan? Ok la rindu rumah, rindu mak ayah, rindu adik2, rindu cousins, rindu peti ais, dari rindu boyfriend kan? Huahuahua. Aku ingat nak balik 23hb March, sekali dorang cakap ada program dengan Bar Council. Nak balik 15 march cakap ada camping kat Tasik Banding? Pejadah jauhnya bawa camping, tu bukan lubuk memancing ke? Dalam tasik kalau ada lelaki kacak yang berbudi pekerti takpe jugak. Huahuahua. kalau balik 30march kata PRU time tu. Aku nak keliling pekan bawa basikal ikat bendera dekat belakang sebagai tanda sokongan, mana sempat nak pergi shopping buku.
Tarikh dinner pun jadi kelam kabut. Macam2 masalah, nak cari semua orang free memang agak mustahil. Aku ikut je bila, kalau aku tak dapat datang, takde la aku. Senang cerita. Biarkan biro yang serabut, sebagai orang yang bakal dirai, kita tengok je dorang sambil goyang kaki hirup tea strawberry secawan, kalau ada biskut lutut sedap jugak buat cicah. Tau tak biskut lutut tu apa? Ala yang atas dia bentuk lutut tu haha.
Aku homesick tak habis lagi ni. Tengok botol air pun teringat rumah apa hal? Haishhh Nadia Nadia, bila la nak jadi cool bukan hanya di luar tapi di dalam. Luar serupa gensgter, hati ada taman kanak2.
Selamat Mengundi,
Aku tak mendaftar lagi,
Baru 18, mana layak lagi,
Mungkin sesi lain kali.
;)
Aku tak mendaftar lagi,
Baru 18, mana layak lagi,
Mungkin sesi lain kali.
;)
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!