Siapa yang pertama menyeru kepada aku bahawa tiada siapa yang layak disembah melainkan Allah?
Ayah
Siapa yang pertama membisikkan pada aku bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah?
Ayah
Siapa yang pertama mengajak dan mengajar aku menunaikan solat?
Ayah
Manusia yang bertanggungjawab memastikan aku fasih membaca al-Quran?
Ayah
Siapa yang jugak mengajak aku menuju kejayaan ketika aku masih belum menginjak usia sehari?
Ayah
Lelaki pertama yang menyentuh dan membelai aku dengan penuh kasih sayang?
Ayah
Orang pertama yang mengajar aku menaiki basikal?
Ayah
Orang pertama yang mengajar aku memandu kereta?
Ayah
Manusia paling gelabah ketika aku sakit?
Ayah
Lelaki yang paling rajin melayan kerenah aku?
Ayah
Manusia yang paling jarang berkata 'tidak' kepada aku?
Ayah
Manusia yang tak pernah jemu menghantar dan mengambil aku dari sekolah/universiti?
Ayah
Manusia yang berkerja mencari rezeki yang halal untuk memberi yang terbaik dalam hidupku?
Ayah
And the lists are going on
Because I know in whatever circumstances, he always be there, for me.
Even when I have my own children later, I know I will always be his baby girl. I 100% positive about that.
Dalam ruang hidup aku yang mana yang aku boleh nafikan kewujudan ayah?
Takde! Takde sesaat pun dalam hidup aku yang aku tak perlukan kehadiran ayah
Ya Allah, aku berdoa kau bahagiakan lelaki kesyangan aku ini hingga ke syurgaMu.
Jauhkan dia dari sebarang kecelakaan.
Ayah,
Takde apa yang Nadia boleh buat untuk balas segala jasa Ayah.
Nadia cuma boleh doa Allah kurniakan ayah syurga terbaik Dia.
Kerana disitu letaknya bahagia yang abadi. Eternal happiness.
Takde apa yang lain yang Nadia nak lihat selain kebahagiaan ayah di 'sana' kelak selepas berhempas pulas di dunia.
Terima Kasih atas segalanya.
Selamat Ulangtahun yang ke 52
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!