”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/10/2013

Happy Birthday Beron!

Happy 23rd birthday to myself. Takde banyak perubahan dalam hidup. Bulan 6 ni inshaAllah habis belajar :) Bulan 7 practical, lepas raya inshaAllah chambering. Doakan. Hidup makin mencabar. Dulu lari2 jatuh, luka, berdarah, nangis, hilang sakit, diam. Da besar ni lain pulak jenis jatuhnya, sakitnya, tapi da tak selalu melalak macam dulu hee.

Aku rasa aku makin sensitive orangnya, aku percaya ni semua faktor usia. Dulu hati aku bukan main keras, lagi keras dari batu marmar. Dulu aku peduli apa orang terasa dengan aku ke apa, mampuih aku tak pujuk. 1. Sebab aku tak tahu dia merajuk, 2. sebab aku tak reti memujuk (sampai sekarang). Tapi sekarang aku da lebih sensitif pada persekitaran. Aku rasa la. Haha

Dulu pantang aku orang mengarah aku. Aku baru bangun niat nak basuh pinggan, tiba2 ada orang suruh aku basuh pinggan. Sumpah aku duduk balik, buat nohen je (nohen bahasa Perak, maksud; buat tak tau). Kalau suruh aku dengan gaya 'Nadia, tolong basuh pinggan', sejuk la hati aku pergi tolong. Tapi kalau mengarah aku 'pergi la basuh pinggan tu, apa la anak dara semua nak kena bersuruh pot pet pot pet' memang turn off niat baik aku nak pergi basuh pinggan sebelum di suruh tadi. Sumpah sampai pinggan tu beranak pun aku tak pergi cuci haha. Nak mintak tolong orang sila beradab ye kak. Even mak aku nak suruh aku buat apa2 pun, mesti ada word 'tolong'.

Aku ada penyakit 'Peduli apa aku'. Peduli apa aku kau pemalas, peduli apa aku kau merajuk, peduli apa aku Najib baru bubar parlimen, peduli apa aku kau lapar, peduli apa aku badan besar pun, peduli apa aku orang tak peduli. Not healthy, not healthy. Kita bukan hidup sorang2 dalam dunia ni, ada benda dalam dunia kita kena peduli ye adik2.

Tapi Alhamdulillah, makin besar, makin boleh fikir mana baik, mana buruk, mana menyenangkan hati orang, mana menyakitkan hati orang. Ni semua faktor usia, tak syak lagi.

Selamat Hari Jadi Nadia.
Be a good muslimah.
Be a good daughter.
Be a good friend.
Be good in everything that Allah loves.
InshaAllah. Aameen :)


No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!