Kadang2 sebagai manusia, aku lupa, aku lupa yang manusia tak dapat bagi apa2 jaminan dekat aku. But still, kadang2 aku mengharap kat mereka. Mengharap mereka ada, di setiap situasi. Ada untuk menggembirakan, ada untuk berkongsi tawa, ada untuk lap hingus bersama, ada menghulurkan tisu bila air mata tak tertahan lagi, ada untuk disayangi dan menyanyangi.
Aku tak kata, tiada langsung manusia yang aku tak boleh harapkan kat dunia ni. Tapi mereka boleh ada, dan boleh takde. Tiada jaminan yang mereka akan sentiasa ada dengan aku. Dan aku pun tak boleh memberi jaminan yang aku akan sentiasa ada untuk mereka.
Bila kita berharap dekat manusia, kita boleh kecewa, sebab mereka manusia. Mereka bukan Tuhan, yang tahu apa akan jadi di masa depan, yang tahu apa yang hati simpan. Kadang2 mereka yang paling kau harapkan lah, yang kecewakan kau. Kadang2 yang terjadi bukan atas kehendak mereka pun. And again, kita ni semua manusia, tercipta dengan penuh khilaf.
Maka, berharaplah pada Allah swt. Berdoa pada Dia, supaya Dia sentiasa hadirkan orang yang kita boleh harapkan untuk menjalani kehidupan dalam dunia ni. Melalui manusia, kita letak kebergantungan harapan kita pada Allah. Bila sesuatu yang kau harapkan pada manusia, tak menjadi, maka kau kena ingat, itu apa yang Allah kehendaki. Pasti ada hikmah yang menanti.
Kau tak boleh nak expect semua orang faham kau, akan ada untuk kau bila2 masa je. Allah je akan faham kau, akan sentiasa ada, di mana jua.
Dan, jangan pernah letak harapan, yang seseorang itu takkan kecewakan kau, because he will. Dan jangan pernah berangan kau takkan kecewakan orang, because you will.
Nadia, mulai sekarang, belajarlah berharap pada Allah sepenuhnya. Kerana hanya dengan izinNya sesuatu berlaku atau tak berlaku
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!