”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/21/2013

Anak da 5 tapi masing2 takde sijil beranak?

It based on true story. Ada rekod dekat satu jabatan kerajaan. 

Dapat tahu lepas si mak meninggal. Si ayah datang angkat sumpah nak buat sijil beranak untuk si anak-anak, 5 orang. Kenapa da ada 5 anak baru nak buat sijil beranak untuk dorang? Kenapa tak daftar ikut procedure time mula2 dorang lahir dulu?

Sebab

Sebab...

Sebab....

Sebab takde sijil nikah!

Si mak dan si ayah tak menikah sebenarnya! Menikah dekat Thai pun tidak, kalau menikah dah, takde la masalah. Aku bukan nak buka aib siapa2, aku nak cerita sebagai pengajaran kepada diri sendiri and semua yang membaca. Macam mana boleh jadi macam ni? Ni bukan hal agama je, tapi nationality, masa depan budak2 tu. Anak kecil2 lagi. Mak baru meninggal last week. Nenek side mak, taknak ambil tahu langsung pasal cucu2. Yela, nenek tak tahu pun kewujudan 5 cucu tu.

Bila aku dengar cerita ni sumpah aku terkejut. How come? Orang Melayu kita, orang Islam. Dalam hal ni siapa harus dipersalahkan?

Diri sendiri? Sebab tak ambil berat hal agama, hal nasab keturunan, hal akad nikah. Anak sorang, ampun lagi kak, ni da 5. Selama ni beranak dekat mana? Kalau dekat hospital, mesti pihak hospital report sebab takde sijil nikah

Nak salahkan mak bapak? Yang tak ambil tahu aktiviti anak2. Yang tak endah anak kawan dengan siapa. Yang tak pantau anak kerja dekat mana. Melentur buluh biar dari rebungnya. Anak ibarat kain putih, mak ayah yang mencoraknya.

Nak condemn society? Sebab tak ambil tahu hal jiran. Sebab masing2 sekarang selfish, tahu masalah keluarga sendiri je. Dari masalah kecil la akan merebak jadi besar. Bukan nak suruh jaga tepi kain orang, but at least do care.

Nak condemn adat? Sebab menyusahkan. Membebankan. Sampai orang nak kahwin pun takut2. Takut takde hantaran berpuluh ribu, takut khemah tak grand, takut takde karaoke, takut dicemuh masyarakat.

Nak salahkan negara? Tak strict-kan rule Islam. Ambil endah tak endah hal kebajikan rakyat. Berpesta sana sini, sampai lupa berseronok ada hadnya. Lupa yang keseronokan yang buat orang lalai pasal agama.

Apa la nasib anak2 tu. Pegawai yang terima report ni hampir nangis sebab anak dia yang 2 or 3 tahun sebaya dengan anak bongsu 5 beradik tu. Kalau masyarakat tahu, kebanyakannya bukan nak menolong, tapi nak mencemuh. Tahu2 je la orang kita, pandai mengata dari menolong. 

Aku sumpah tak dapat digest kes ni. Kesian dekat budak2 tu, kecil2 lagi. Benda da jadi macam ni, tak payah la nak tunding jari dekat siapa2. Dari menunding jari, baik kita cari punca, baikkan akar umbi. InshaAllah baik akar, eloklah buah-buahnya.

Tiap orang, lain kehendaknya, lain hatinya. Mana anak yang da boleh lepas untuk kahwin, kalau dorang da mintak kahwin, in my opinion, mak bapak kena restu. Provided, ambil kira all the circumstances. Kahwin bukan untuk berseronok je. Tapi jangan bagi dorang 'berseronok' tanpa akad nikah. Nauzubillah.

Wallahualam. Semoga kita semua dijauhi dari perkara2 macam ni. Semoga benda macam ni, tak terjadi da especially di kalangan orang Islam.

2 comments:

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!