”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/27/2013

Cheque Deposit Machine

Rezeki Allah selalu tak terjangka. Baru2 ni aku dapat cek dari Nuffnang. Tadi sampai satu surat untuk aku, aku ingat surat PT mintak hutang, kalau dia mintak sekarang memang aku bakar bangunan dia, result final pun tak dapat lagi woi. Buka2 tengok aku dapat cek dari Celcom. Wuhuuuuuuu! Walaupun tak la banyak mana, but still Alhamdulillah sangat sebab sekarang memang aku kering haha.

Terus zassss masuk kan kat cek deposit tadi. Kalau dapat duit laju je, suruh bayar hutang terkebil-kebil nak pergi cash deposit haha.

Sekarang da teknologi kan, semua guna mesin je. Tak payah nak berjanggut tunggu giliran jumpa pegawai bank. Semua di hujung jari sajooo.

Cash deposit memang aku reti guna, selalu online shopping kenn, maybank2u aku tak reti nak register bahahaha. So itu nanti kita selesaikan.

Aku ni kalau benda aku first time nak guna, aku berdebar sikit. Kalau bab2 ni tanya ayah la. Aku dapat cek dari HSBC, aku baru tau boleh depositkan kat semua bank. Aku ingat boleh dekat HSBC je, baru ingat nak pergi HSBC Taiping sebab Kuala Kangsar takde HSBC. Kesian Kuale noob haha. Nasib baik tak payah pergi Taiping, kalau tak duit minyak je da habis duit cek aku kah kah kah

Nak guna Cek Deposit mesin sama je macam nak guna untuk Cash Deposit. Belakang cek kau tulis nama, nombor akaun yang kau nak trasnfer duit tu, and number telefon. Then ikut arahan dekat screen. Masukkan number akaun, masukkan amaun cek. Then masukkan la cek. Nanti dia keluar resit siap print cek atas resit. Fisrt time aku dapat resit tu, aku teruja dengan teknologi, woooooooo, ha macam tu tahap keterujaan aku

Cek2 yang aku dapat (macam dapat cek tiap minggu je gaya haha) aku depositkan dalam Maybank. Basically, macam tu je nak guna Cek Deposit Mesin. Tak salah aku, kalau RHB dia ada sediakan envelope untuk masukkan cek tu dalam envelope sebelum masuk dalam mesin.

Kenapa cek yang aku dapat semua dari HSBC? Senang nak deal eh dengan bank tu? Aku masuk bank tu pun tak pernah haha

Yang kau beria cerita macam mana nak guna cek deposit mesin tu kenapa? Kau ingat orang lain tak reti guna? Hellooooo Nadia, kau sorang je tak reti guna kot! Booo hahaha. Eh tapi sekarang aku da reti la *jalan mendongak muka

*Kalau korang tengok entri ni banyak gila komen. Ramai tanya kat aku kalau macam ni macam mana, kalau macam tu macam mana. Dek non oiii, akak bukan banker haha. Yang mana tau aku akan jawab, mana yang aku tak tahu aku mintak maap lee sebab takkan nak memandai macam tahu. And kalau korang rajin sila baca jawapan dekat komen-komen, mungkin sama kes dengan korang sebab ada setengah permasalah ada orang yang lebih arif tolong jawabkan bagi pihak aku. Thank you :)

366 comments:

  1. Tpi law dpan cek name org lawn..then blkang name n no akaun bole ke??

    ReplyDelete
  2. nama cek dengan nama belakang cek kena orang yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7/25/2015

      Sy ikut cr awk gunkn machine cheque tu. Tapi cheque sy kena sekat
      Service off. Mcm mn ehhhh

      Delete
    2. Try call service centre bank tu

      Delete
    3. Cek tersekat tak ada masalah - sebab cheque tu dah masuk mesin. Biasanya tengahari atau sebelum pukul 4.00pm, akan ada tukang collect cheque datang buka mesin (Jika kita depositkan sebelum pukul 4.00pm, cek akan diproses pada hari yang sama, taoi jika kita depositkan elepas pukul 4.00pm, cheque akan diproses hari bekerja berikutnya). Isnin-Jumaat

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Maksudnya dah masuk tapi masih floating. Tak silap

      Delete
    6. Anonymous1/17/2018

      saya punya pun sama dh ada amount cheque dalam acc tp tkleh keluarkan duit

      Delete
    7. masih floating maksudnya tu

      Delete
  3. Kalau cek bertarikh arini tp sy masukkn dlm mesin.. Duit akan dimasukkn dlm akaun adakah arini@3hari lepas tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x silap selalunya floating one day. kalau cek dari bank yang sama

      Delete
    2. Anonymous12/01/2015

      kalau cek dr rhb bank blakang cek tu letak no account lain contoh mybank cmtu boleh ke ?/

      Delete
  4. kalau cek dr rhb yg blakang tu kta letak no acc bank lain boleh ke ?

    ReplyDelete
  5. Anonymous12/02/2015

    kalau nak transfer ke account cimb yang dah x aktif boleh tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu tak sure. Try call bank. Tp kalau btl account tu dah closed logiknya tak boleh la.

      Delete
    2. Betul tu.. Tidak boleh dikreditkan / didepositkan ke mana-mana akaun yang dah tutup. Kes begini biasa untuk current account (Akaun Semasa). Akaun yang telah ditutup (akaun Syarikat), nombor akaun itu tidak boleh digunakan lagi (walaupun terpancar di screen deposit machine nama akaun syarikat tersebut. Penerima cheque kena kembalikan cheque dan minta dikeluarkan cheque baru atas nama akaun yang masih aktif. Cara lain adalah kena minta "Cash Cheque" (Perlu ditunaikan di kuanter bank cawangan yang tertulis di atas cheque @ House Cheque).

      # Syarikat - Akaun ditutup apabila return cheque melebih 3 kali.
      (Bad Conduct melebihi 3 kali sebulan pun, akaun boleh close).
      Maksud "bad conduct" ialah pemberi cheque kekurangan baki dalam akaun, tetapi sebelum jam 10.00 pagi, dia sempat "topup" / transfer / deposit duit untuk cover kekurangan baki dalam akaun. Bank akan denda si pemberi bank sebanyak RM50 - RM150 (mengikut bank).

      * Bagi Individu - Kebiasaannya saving akaun (akaun simpanan), sebab tidak aktif kerana terlalu lama tiada sebarang transaksi keluar masuk duiy yang melebihi tempoh dibenarkan. Individu yang akaunnya sudah tidak aktif, kena ke Bank untuk aktifkan semula akaun itu (biasa bank akan suruh masukkan duit RM10 dan keluarkan semula) atau jika dah terlalu lama tak aktif, terpaksa buka akaun baru (dapat nombor akaun baru).

      Delete
    3. Salam nak tanya, kalau cek proses after 4pm on friday . biasa hari isnin in ke acc kan? jam brp?

      Delete
    4. Tak silap saya floating tak termasuk sabtu ahad.

      Delete
  6. thank kak...baru dapat cek first time ni.hahhaa..x taw nak buat camna..google jumpa blog akak...kelia akak paduu...alang2 singgah blog saya pulak...www.poconglaparpizzahut.com..

    ReplyDelete
  7. Anonymous4/05/2016

    akk, saya dpt cek ambank ni pastu mcm mana nak tunaikan ni..... takutla guna mechine. eh jap kalau guna mechine ni kan tak kesahla kan kat bank mana pun. tapi saya nak masukkan kat bsn.amik masa 3hari ye nak transfer kat bsn tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain guna machine boleh pergi kaunter kot. tapi idk procedure kat counter tehee sorry. aah tak kisah, yup float 3 hari.

      Delete
    2. Saya pun dapat dari ambank. Nak transfer ke bsn. Tp bsn takde mesin cek deposit. Mcm mana ye ?

      Delete
    3. yang tu kena pergi kaunter

      Delete
  8. Anonymous7/11/2016

    akk, saya dpt cek dari maybank kalau saya nak masukkan ke bank islam boleh x kak? maksudnye no account tu tulis no account bank islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Masukkan dalam mesin cek bank islam

      Delete
    2. To Nadia vs Beron
      Hi selamat pagi, dlm keadaan kebingungan ni, nak Tanya klau cek tu dr maybank tp masuk kat CDM Alliance Bank, no acc n nama penerima sama, Ada masalah ke tidak? Tq

      Delete
    3. Nama penerima kena sama. No account no account alliance x silap kalau guna cdm alliance.

      Delete
    4. Cek perlu didepositkan ke akaun dan bank penerima samada :
      # Menggunakan mesin deposit cek (Cheque Deposit Machine) - Masukkan nombor akaun dan jumlah amount.
      (di belakang tulis nama penerima, nombor akaun dan nombor telefon)

      # Masukkan dalam "tong" deposit cek, Samada isi borang deposit cek dan masukkan dalam sampul yang disediakan atau nak masuk terus tanpa sampul pun tak apa (setiap bank tak sama).
      (Nama, nombor akaun dan nombor juga perlu ditulis).

      # Terus ke kuanter bank penerima (bagi bank yang tidak menyediakan cheque deposit machine). Biasa kena isi borang deposit cek, isikan dengan lengkap, nama, nombor akaun dan nobmbor telefon.

      # Terus ke kuanter bank cawangan (House Cheque) untuk cek yang ditulis TUNAI / CASH / NAMA PENERIMA dan telah ditandatangani di bawah dan atas (sign 2 tempat).
      (Yang ini selain tulis nombor akaun, nama penuh, nombor telefon, perlu juga ditulis nombor IC dan kena bawa IC yang cipnya boleh dibaca sebab nak tumb print. IC yang rosak, bank tak benarkan tunaikan cek, kena ganti IC dahulu).

      Delete
  9. Sis. Kalau depan cek tu nama company pastu belakang cek tu nama n acc no lain bleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh. Dia kene penama yg sama

      Delete
    2. Salam kak.. Nk tanya, sy dpt cek dari Hong Leong Bank, sy masukkn cek dlm mesin Fast Cheque Deposit RHB Bank.. Bape hari duit tuh masuk kak?? Sehari atau tiga hari??

      Delete
    3. lain bank 3 hari selalunya.

      Delete
    4. Betul. Float 2-3 bekeraja - tidak termasuk hari Sabtu & Ahad juga hari kelepasan am (tapi bergantung kepada pukul berapa cek itu dimasukkan). Jika masuk lepas pukul 4.00 petang, cek akan diproses keesokkan hari nya. Jika sebelum pukul 4.00 petang, dikira pada hari yang sama.

      Delete
  10. Kalau cek tendang pulak cmne sis eh? Nak kene cal pemberi cek tu utk cnfirmkan yang sye guna nma n acc lain dekat blakang cek tu supaya pemberi cek tu pulak dpt cnfirmkan bile pihak bank call ke? Ke kena mntak pemberi cek tu buat cek baru? Sye x tau nak buat cmne lpas sye bankin cek guna dposit mesin hritu.. Dh smggu lbih tpi cek x msuk jugak pastu xde dngar apa2 dri pihak bank. No tel pun sye ade letak kat blakang cek tu. Nak refer d kaunter bank pulak ssah sbb xde mase.. 😔😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya if ada problem bank akan call. If not you yg kena call bank bgtau apa mslh. Ada simpan lagi kan resit? I'm not a banker so I dont actually know the exact procedures. Better you check direct dengan bank sebab if betul tendang boleh mintak owner buat baru. Hope it helps :)

      Delete
    2. Ape beza cek tendang dgn cek return ni sis? If mntak owner buat baru xde msalah ape2 ke kat owner tu nnti?

      Delete
    3. Kalau tendang mmg kene buat baru. Selalu cek tendang sbb dlm akaun pemberi tkde duit. Return blh btlkn balik.

      Delete
    4. Untuk "Cek Tendang" atau dipanggil "Return Cheque", ada beberapa faktor yang tidak membolehkan duit dikreditkan ke akaun penerima, antaranya :

      # Dalam akaun pemberi kekurangan baki / dana tidak mencukupi (Si pemberi tak sempat nak topup duit dalam akaun dia sebelum jam 10.00 pagi pada tarikh cek diproses). Tetapi, walaupun dia sempat topup, bank akan mengenakan denda kepada si pemberi cek sebanyak RM50 - RM150 kerana telah melakukan kesalahan "bad conduct").

      # Si pemberi tersilap menulis/menaip nama penerima juga adalah penyebab (walaupun terkurang 1 huruf).

      # Signature / tandatangan tidak sama juga boleh menyebabkan cek tendang / return cheque.

      # Kesilapan menulis haribulan, bulan, tahun, tarikh juga adalah faktornya.

      # Kesilapan menulis jumlah amount dan menulis jumlah dengan perkataan adalah penyebabnya (Contoh 1,003.30 = Satu Ribu tiga dan tiga puluh sen sahaja). Tertinggal perkataan DAN, SEN, SAHAJA juga boleh jadi mistake.

      # Cheque terkoyak, ada kesan conteng, renyuk dan rosak juga

      # Nama diatas cek tidak sama dengan nombor akaun yang ditulis di belakang cek

      Semua ini di panggil = "Refer to Drawer"

      Delete
    5. Maksudnya kalau tertinggal perkataan bin pun cek tak dikira ye? Saya ada buat deposit cek maybank ke akaun maybank pg smlm tp blom ada apa2 status. Adakah still kena tgu 3 hari baru tau status cek tu float atau tendang?

      Delete
    6. Itu saya tak pasti. Tapi bab float tu boleh cek dekat maybank2u. Kalau ada float dia bagitau kat account info

      Delete
  11. Tq2...good info...hihi..

    ReplyDelete
  12. semalam saya g dposit cek kt maybank mesin. tp sy terlupa nk tlis nbor akaun bank kt blakang cek. tlis name n nbr phone je. macmane eah. duit masuk x kalo mcm 2. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada resit kan? Cuba call bank tanya mcm mana. Saya pun x pasti. Or else bank akan call sebab ada letak no phone kan. Saya dlu pernah bank call sbb ada masalah dengan cek. Tapi tu saya tak perasan. Ni dah perasan better call bank

      Delete
  13. First time dapat cek tak tahu macam mana nak settlekan. Nasib ada blog akak ni. Nak tanya berapa hari duit float kt acc maybank ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau same bank kdg2 tak sampai 2 hari. kalau bank lain2, 3 hari

      Delete
    2. Sama bank bermaksud jika cawangan yang sama (House Cheque), duit akan dikreditkan TERUS ke akaun penerima dalam masa yang sama (jika ke kuanter), atau selepas pukul 6.00 petang jika cek masuk ke mesin deposit sebelum jam 4.00 petang. Itu pun jika baki / dana dalam akaun pemberi mencukupi.

      Contoh Bank Islam, jika kita dapat cek dari pemberi cek yang buka akaun di cawangan Bank Islam Cawangan Bandar Baru Uda (BBU), ini dipanggil "House Cheque". Jika kita juga ada akaun Bank Islam dan duduk tak jauh dari Bank Islam BBU, boleh terus ke kuanter, isi borang deposit cek, tunggu nombor dipanggil, ke kuanter, serah cek, jika dalam akaun pemberi baki mencukupi / dana mencukupi, duit terus dikreditkan ke akaun penerima dalam masa yang sama.

      Jika masuk mesin deposit cek sebelum pukul 4.00 petang, duit akan masuk lepas pukul 6.00 petang (house cek).

      Tapi jika cek-cek bank cawangan lain (1 hari bekerja).

      Untuk Cek-Cek bank tempatan (2-3 hari bekerja)

      Delete
  14. salam sis,klau dpt cek dri maybank tp nk masuk kn dkt acc cimb boleh x?kne masuk kn dkt machine cek maybank ke cimb?
    first time dpt cek..so confuse..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. masukkan dalam machine cimb. belakang tu letak no akaun cimb

      Delete
  15. klau nama acc (binti) tp dlm cek tulis (bt) boleh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry, bab tu saya tak sure

      Delete
    2. Anonymous4/15/2017

      Ima blh je.. Jnji nama pd cek ngn no akaun tu sama

      Delete
    3. Boleh.
      Asalkan ejaan nama penerima betul dan nombor akaun yang ditulis dibelakang dan nombor akaun yang di "key-in" di cheque deposit machine adalah betul.

      Delete
  16. Kak, mana2 bank dia akan cetak cek dekat slip eh selepas deposit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm not sure about that. sebab pernah guna maybank je hehe

      Delete
    2. Kalau kita buat dekat atm, tak payah isi borang apa apa kan kak? Just masukkan cek je?

      Delete
    3. yep. just tulis details kat belakang.

      Delete
    4. Bank akan cetak pada cek untuk "Cash Cheque" (Cek yang ditunaikan di kuanter cawangan yang sama). Kena bawa IC dan isi borang deposit cek.

      Untuk cek yang dimasukkan di mesin deposit cek, cek tidak akan dicetak, tetapi pendeposit cek akan terima 1 resit yang ada gambar cek dan butiran transaksi (transaction) seperti nama akaun, nombor akaun, jumlah amount, tarikh, masa transaksi dibuat, dari bank mana cek dikeluarkan dan berapa hari float (bergantung kepada bank).

      Delete
    5. Jika buat di mesin deposit cek (Cheque Deposit Machine), kat belakang kena isi nombor akaun, nama akaun dan nombor telefon. Key-in (tekan) nombor akaun dan jumlah amount cek dan masukkan cek. Tunggu resit keluar.

      Jika bank tidak sediakan machine deposit cek (CDM), boleh masukkan cek ke dalam "tong" deposit machine (Samada isi borang deposit cek, masukkan cek dan borang dalam sampul yang disediakan, kemudian masukkan dalam tong) atau boleh juga terus masukkan cek dalam tong jika tidak ada borang dan sampul cek (tapi pastikan nama, nombor akaun dan nama telah ditulis di belakang cek).

      Delete
  17. Akak...mcm mana ni... smlm dah deposit cek.sy tggu die keluar resit.xkeluar plak.mane prnah guna.ingt dh setle.cek nama suami.blkg num akaun sy..adoi mcm mna nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bank mana? resit dah habis kot. hmm belakang ada letak no telefon kan? if ada masalah bank akan call. kalau nak call bank nak tanya pun dia nak particular bila masuk. tapi try call bank, kot by ur husband name boleh trace.

      Delete
    2. Itu atas budi bicara pihak bank, samada pihak bank akan call dan minta nombor akaun suami atau bank akan batalkan cek itu dan kena dapatkan cek baru dari pemberi cek dan depositkan semula.

      Kena pastikan nama dan nombor akaun yang ditulis adalah sama dengan nama penerima diatas (dihadapan) cek.

      Tulis dibelakang cek nombor akaun dan nama akaun dengan betul (nama dan nombor akaun mesti sama dengan nama penerima yang ditulis / ditaip didepan). Jangan lupa tulis nombor telefon yang aktif.

      Delete
  18. Hari ni sy minta tolong adik bank in duit kat maybank. Tapi masalahnya, dia masukkan duit tu utk deposit cek. Apa yang sy perlu buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, setahu saya mesin deposit cek tak boleh masukkan duit. kalau boleh pun, dia masukkan ke akaun siapa?

      Delete
    2. Mesin deposit boleh terima duit, kalau time tu mesin tu rosak, tak boleh detect samada kita masukkan cek atau duit.. Hehehehe =)

      Kalau masuk duit dalam 'tong' deposit cek mungkin boleh.
      Duit tu diisi dalam sampul, lepas tu masukkan dalam tong..

      Tapi tak tahulah apa jadi kat duit tu nanti.. =)

      Delete
  19. Salam.cek flout 2 hari.2 hari bekerja ke?tk kisah sabtu ahad pon dikira.jumaat mlm bru didepositkn ke akaun.bole dpt cash hari ahad tk. Hrp dpt mbantu... Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. if i'm not msitaken 2 hari berkerja.

      Delete
    2. Jika masuk hari jumaat sebelum tengahari atau sebelum pukul 4.00 petang, duit akan dikreditkan pada malam Isnin atau Selasa pagi (bergantung kepada bank penerima dan bank pemberi).

      Tapi jika cek didepositkan selepas pukul 4.00 petang hari Jumaat, cek akan diproses pada hari Isnin flout 1-2 hari bekerja (bergantung samada house cheque, cek cawangan lain atau cek-cek bank tempatan)

      Tapi semuanya jika cek tidak ada masalah (dalam akaun pemberi cek baki mencukupi / cukup dana), nama dan nombor akaun betul, penandatangan betul, tiada mistake)

      Delete
  20. Saya masukkan cek dari bank islam ke mesin deposit cek cimb bank..hari Jumaat..di kedah cuti..tapi bank buka..hari sabtu cek dlm cimb click ada tertera amaun tersebut..tpi time cek balance melalui atm..tkdak plak amaun tu..mngkin belum clear kut..sebab sabtu dan ahad.cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's still floating tu.

      Delete
    2. Betul, masih float.
      Biasa di CIMBCliks ditulis baki termasuk float (yang dah nampak). Tetapi jumlah yang boleh dikeluarkan adalah tidak termasuk float (masih belum dikreditkan).

      Contoh (jika amount float RM 15,000) :
      Baki : RM 15,0040.00
      Jumlah yang boleh dikeluarkan : RM 20.00

      (Boleh keluar RM 20.00, sebab dalam akaun kena tinggalkan baki terakhir RM 20.00)

      Delete
  21. Anonymous2/13/2017

    askum , sy nak tanye cheque tu kite masukkan kat tmpt yang kite masukkan duit tu kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan. masukkan duit cash deposit mesin. kalau cek dia ada cheque deposit machine

      Delete
  22. Saya ada dapat dua cek HSBC dari seseorang. tapi cek tu x ada tempat tuk tulis nama/no.akaun/no.fon kt belakang. sy xtaw cek ni valid ke tak. pastu date tu 3 bulan lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde? erk tak tahu pulak saya. kalau macam tu mungkin kena ke kaunter. tak silap saya tempoh valid cek 6 bulan.

      Delete
  23. akak, saya dapat cek dari ambank. nak masukkan dlm acc maybank, so kena pergi ke machine maybank kan? bkn ambank? confuse 😂

    ReplyDelete
  24. Next time klu akak dpt cek lagi, akak tulis nbr acc cimb saya ekk.. Nti leh blanje akak makang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama account holder kena sama dik :P

      Delete
  25. Saya nk tnya.. Kalu cek sy dpt cimb tp dkt tmpt tulis "bayar" ditulis tunai, tp sy buat deposit cek ke akaun atas nama sy kt belakang tu mcm mane plak yer..? Salah ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk sorry, tu saya pun tak tahu. kena tanya bank

      Delete
    2. Ini dipanggil Cash Cheque (Cek Tunai).
      Kena pastikan pemberi cek telah menandatangani kat bawah dan kat atas cek (Signature 2 tempat). Kalau kat atas tak ada tandatangan, cek tak sah.

      Saudara kena ke lokasi Bank CIMB Cawangan tertera (kena ke kuanter). Tak boleh ke CIMB Cawangan lain. Jangan masukkan cek itu ke mesin deposit cek, nanti cek terbatal. Urusan semua dikuanter.

      Kat belakang isi nombor akaun, nama penuh, nombor telefon, nombor IC dan tandatangan.

      Tunggu nombor dipanggil dan serah di kuanter. Kena bawa IC (untuk tumb print). Tak boleh tunaikan cek jika IC rosak, cip tidak boleh dibaca atau cap jari tak sama.

      Nanti terus dapat duit cash (Kalau tandatangan pemberi sama dan dalam akaun pemberi bakinya mencukupi / cukup dana).

      Jika bank tak boleh tunaikan, balik dan call owner cek bagitau cek tidak boleh ditunaikan, minta dia call bank semula (biasa dia tahu kenapa tak boleh ditunaikan, mungkin dalam akaun tak cukup duit, tandatangan tak sama etc).

      Tapi jika dah boleh tunaikan dan risau bawa balik duit banyak, isi borang masuk duit, minta bank masukkan terus ke akaun kita (tapi mesti kena ada akaun CIMB juga).

      Delete
  26. nak tanye la..kalau dapat cek rm99000.00 dari bank hong leong, bole ke kita cashkan ke bank maybank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm not sure but why not? Duit keluar ye ada limitation, duit masuk ada ke?

      Delete
    2. RM99,000.00 boleh di cashkan di Hong Leong Bank cawangan tertera SAHAJA (tak boleh di Maybank atau Bank lain). Ini JIKA pemberi cek menandatangan pada atas dan bawah cek (2 tempat). Cek yang boleh di cash-kan mestilah ditulis nama individu sahaja (Nama company tak boleh). IC juga mesti sama dengan nama diatas cek dan IC boleh dibaca (kena tumb print). Bank akan call owner cek, untuk minta pengesahan samada dia ada isu cek berjumlah RM99,000.00 pada si penerima bernama ...... Bin ...... Tetapi ini JIKA CASH CHEQUE (Cek Tunai) sahaja.

      Tetapi jika bukan CASH CHEQUE (tidak ditandatangi pada 2 tempat, atas dan bawah cek), Saudara kena masukkan cek itu dalam mesin deposit cek Maybank.

      Tulis nombor akaun, nama dan nombor telefon. Tekan nombor akaun dan jumlah dimesin, jika betul nama holder, masukkan cek itu tanpa ragu2. Tunggu duit dikreditkan ke akauan Saudara dalam masa 2-3 hari float.

      Delete
  27. Nak tanya sy dapat cek maybank tp nak masukkan ke akaun bsn boleh tak?? Nk kena pegi bsn ke mcam mana ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehhh. Pergi bsn. Kt blkg cek letak no akaun bsn

      Delete
  28. Assalamualaikum kak . semalam saya dapat cek . Then tadi saya nak masukan duit dekat maybank . Then mula la kisah dia haha .. saya dah tulis semua no account .. amount . Lepss dah settle masukan cek . Tengok2 cek kene tendang terkeluar balik . Masukan balik then terus servis out manchine rosak . Tapi masalah nye kan kan kan .cek sangkut dalam tu haha aduh nak rosak pun kuarkan la cek tu kan . Then nak tnya cek tu takan hilang dalam tu kan . . Tapi cek saya depan je tertulis kenapa belakang kosong . Mcm kertas kosong . Itu mmg cek betul ka . Repond ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكوم سلام.
      Belakang cek selalunya ada ruang tulis no akaun n no telefon. Depan pulak ada penama, amaun dan tarikh. Tak pasti la kene call bank. Bagitau cek sangkut. Bagitau cek dari bank mana atas nama siapa berapa amaun.

      Delete
    2. Jangan risau, cek itu tak akan hilang. Cek akan di collect dari waktu tengahari atau sebelum pukul 4.00 petang setiap hari (Isnin - Jumaat). Cek itu cuma tersangkut dalam mesin. Nanti yang tukang collect akan keluarkan cek tersangkut tu (samada dia masukkan semula dalam mesin @ dia key-in kan atau dia ambil untuk diproses bersama cek-cek lain yang tak sangkut). Bila cek yang sangkut tu sudah dikeluar, mesin boleh digunakan seperti biasa.

      Cek yang kosong belakangnya, biasanya cek yang dikeluarkan oleh Company2 besar seperti Kilang-Kilang Besar, Syarikat Insuran & Takaful, Badan2 Berkanun etc. Cek ini biasanya dicetak menggunakan printer khas (Bukan Bank yang keluarkan, ada logo Syarikat pengeluar, ada logo Bank dan nombor check).

      Cek ini bukan bank yang keluarkan (maksudnya cek itu bukan dari buku cek biasa) tetapi kertas dan cetakan berkomputer sebesar saiz A4/A5 dan ada tempat koyak cek (garisan putus-putus). Cek ini dicetak beserta tandatangan owner cek (biasa nama kita, tarikh dan jumlah amout pun diorang taip bukan tulis tangan).

      Belakang cek jenis ini memang kosong. Kena ambil inisiatif sendiri dengan menulis nombor akaun, nama penuh penerima / nama syarikat dan nombor akaun.

      Jangan risau, cek ini sah (walau rekabentuk dan design-nya tak sama macam cek sebenar) yang dikeluarkan oleh bank (berbentuk buku cek).

      Akan datang, semua bank tak keluarkan cek lagi (untuk jimatkan kertas dan salahguna cek). Akan datang banyak bank guna sistem perbankan secara online tanpa cek (Seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, Agrobank etc).

      Delete
  29. salam sis.. nk tnye kalu trus dpt cash boleh x? ke kne msukkn cek kt dlm mesin jgk.. huhu sbb sy bru dpt gji tp byr cek.. cek sy under maybank tp sy xde acc mybnk so kalu sy trus g kaunter leh dpt cash x?? harap sis bls sbb terdesak sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cek tu cek berpalang, boleh tunaikan terus kat kaunter. kalau tak, kena tunggu beberapa hari utk floating. If i'm not mistaken

      Delete
    2. Cek yang boleh ditunaikan HANYA cek tunai (Cash Cheque) sahaja. Syaratnya pemberi cek menandatangani diatas dan dibawah cek (Signature 2 tempat). Cek juga atas nama individu sahaja (nama company tidak boleh ditunaikan, kena masuk mesin). Jika dapat cash cheque dari Maybank, terus ke kuanter Maybank (Cawangan yang tertulis di atas cek. Bawa IC untuk pengesahan (Jika IC rosak @ tak boleh di tumb print, bank tak akan tunaikan cek itu). Jangan pergi Maybank Cawangan lain, nanti tak boleh nak di cash-kan.

      Tetapi jika BUKAN cash cheque, kena masuk dalam Cash Deposit Machine. Jika tiada akaun Maybank, boleh guna akaun bank lain (Contoh jika ada CIMB atau BSN, masuk di Mesin deposit cek bank CIMB atau ke Kuanter BSN).

      Tapi jika tak pernah ada akaun bank seumuar hidup, dinasihatkan kena buka juga akaun bank, paling murah Bank Rakyat RM10 buka akaun, RM8 kad ATM, (itu pun jika Saudara bukan seorang yang Muflis, sebab seorang Yang Muflis atau diisytiharkan Bankrap, akaun dan duit akan dibekukan oleh Bank Negara, kena guna nama orang lain, adik beradik, isteri, suami, anak, bapa, kawan etc untuk pembayaran gaji etc).

      Jika Syarikat tempat Saudara bekerja keluarkan cek Maybank, elok Saudara buka akaun Maybank juga, jika company guna RHB, buka akaun RHB, jadi duit cepat sikit clear (float pun tak lama).

      Delete
  30. Salam nak tanya, kalau saya dpt cheque kena sign ke kt depan cheque tu? Smlm sy ada msukkan cheque ke mesin cheque deposit dh tulis no akaun, nama dgn no tel tp sy tk sign kt depan cheque tu. Bleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu. yang kena sign pemberi cek.

      Delete
    2. Jika terima apa-apa cek, sebaiknya semak betul2 dahulu.. Jangan sign, tambah perkataan, tambah amount, ubah tarikh atau padam ejaan yang salah guna getah pemadam pen atau liquid paper dihadapan cek etc.

      Nombor akaun, nama penerima dan nombor telefon hanya boleh ditulis dibahagian belakang sahaja. (Jika dapat kesan ada kesilapan, minta pemberi cek keluarkan cek baru).

      Jika semalam Saudari sign kat hadapan cek, automatik cek itu akan terbatal dan kena minta cek baru dari pemberi cek (silap2 cek itu akan tendang @ return dan pemberi cek akan didenda RM50 - RM150).

      Jika Saudari berniat nak sign cek, Saudari kena buka Current Account (Akaun Semasa) sendiri, samada Current Account untuk perniagaan (daftar SSM Syarikat) atau untuk Individu.. Untuk buka Current Akaun (ada buku cek), deposit minima diantara RM500 - RM5000 (berbeza setiap bank).
      - Ambank dan Alliance Bank (RM500)
      - Bank Islam, Bank Muamalat, CIMB dan Bank Rakyat (RM1000)
      - Maybank (RM2000)
      - RHB & Public Bank (RM3000)
      (Tapi sekarang Bank Rakyat tak keluarkan buku cek lagi, guna perbankan online / internet sahaja dinamakan "eCurrent Account-i")

      (Syarat untuk buka Current Account (Samada untuk perniagaan atau individu) sungguh ketat, tak semudah buka Saving Account (sebab untuk simpanan dan tak ada buku cek). Bank akan check sejarah kewangan kita di CTOS & CCRIS @ Bank Negara).

      Jika Saudari dah ada buku cek, boleh sign cek dan beri cek itu pada orang lain ATAU depositkan cek itu ke akaun saudari sendiri (yang penting baki mencukupi / dana dalam akaun mencukupi) jika tidak, kalau 3 kali cek tendang (return) akaun boleh kena tutup dan nama akan tersenarai di BMC (Biro Maklumat Cek) Bank Negara, 6 bulan atau 2 tahun, baru boleh clear).

      Maaf hanya sekadar gurauan dan perkongsian mengenai hal-hal cek sahaja.. Manatau rezeki Saudari boleh buka Current Account dan ada cek sendiri, ada sedikit pengetahun..

      Delete
  31. Anonymous5/30/2017

    Saya dapat cek dari maybank. Cek tersebut dah sign atas bawah (2 kali sign) untuk cash kan cek. Tapi saya x dapat pergi ke branch maybank tersebut disebabkan jauh. Bole ke saya bank in cek tersebut di branch lain walaupun cek tersebut sudah di sign atas bawah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap saya cek macam tu tak boleh pergi cawangan lain.

      Delete
    2. Betul.. Untuk Cek yang di sign atas & bawah dinamakan Cek Tunai (Cash Cheque). Tidak boleh ditunaikan ke Maybank cawangan lain, kena pergi ke Cawangan (House Cheque) yang tertera di Cek Tersebut (walaupun jauh). Jika tidak, duit tidak boleh ditunaikan. Kena pastikan nama di atas cek dan nama dalam IC adalah sama. Jangan lupa bawa IC penama (IC yang rosak tidak boleh tunaikan cek).

      Delete
  32. Tumpang tanya....
    Kalau di atas cek tulis nama singkatan tapi no akaun betul saja boleh ke??

    Contoh :
    Nama penuh muhammad afiq
    Atas cek afiq sahaja?

    Mohon pencerahan...
    Tq😘😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tulis nama penuh as per ic if i'm not mistaken.

      Delete
    2. Tulis nama singkatan "AFIQ" sahaja BOLEH, tapi cek itu akan di reject dan duit TIDAK BOLEH dikreditkan ke akaun Muhammad Afiq. Hehehe.. =)

      Delete
    3. You helped a lot here. Thank you on the behalf of me n my readers :)

      Delete
    4. Insyaallah.. Saya membantu mana2 yang boleh sahaja.. =)

      Delete
  33. Tumpang tanya

    Saya baru dpt gaji dari tempat saya bekerja..nama saya dan nama company ngan total amount tertera kat belah dpn cek gaji..klau saya depositkan cek atas akaun saya sendiri..tapi terlupa letak detail nama,no akaun dan no.tel kat belakang cek..adakah cek tu dikira sah ataupun akan dikembalikan balik cek ke cawangan bank yg saya depositkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cek tu tetap sah just dia tak boleh nak cash in duit sebab where to put the money kalau tkde no akaun? This is my logic answer. You should call the bank for further inquiries.

      Delete
  34. SAYA NAK TANYA KALAU CEK TU ATAS NAMA LAIN TAPI TERSALAH MASUK ACCOUNT LAIN, PROCESS DIA MACAM MANA YE? CEK COMPANY PULAK TU. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama kene sama dengan nama akaun yg nak masuk. Better u call bank. I dont have that knowledge. Or if u rajin scroll up above comments to get some ideas. Sorry couldnt help much.

      Delete
  35. Saya nak tanya. Saya bank in cek tapi machine tu kena masukkan cek dulu ke dalam sampul tapi saya tak masukkan. Reject ke cek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkt sampul tu suppose to fill in details. Then where u write downs the details? Kalau dh tulis blkg cek then it shouldnt be a prob i guess

      Delete
  36. Salam.sy dpt cheque dr cimb tp nk masukkn ke account alliance..boleh x sy depoaitkn kt mesin cimb je tp no.accnt alliance bank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh if i'm not mistaken. Dia kena pergi target bank yg kita nak bank in tu

      Delete
  37. SALAM NAK TAU APE BEZA CEK LUAR, CEK TEMPATAN, CEK SENDIRI DAN CEK LUAR NEGERI... BOLE BAGI TAU X.. CONFUSE NIH
    BOLE EMAIL PD SY
    anleen7585@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm sorry. I dont know the answer. perhaps someone here can help

      Delete
    2. Nk tnya cek yg ada tanda tngan atas bwah sshaja nk ceas mcm mne

      Delete
    3. Dekat kaunter bank cawangan yg keluarkan cek kalau x salah

      Delete
  38. Nak tanya kalau dah deposit cek company dalam mesin tapi da print baru perasan name tertinggal satu huruf..macam mne ye? Valid x cek? Bank xda telefon pun bagitahu apa2 problem..da seminggu da..thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya cek 3 hari je dah cash. Kalau cmtu u yg kena call bank tanya status. Sorry lambat. I've been busy lately. Hope ur prob is settle by now.

      Delete
  39. Nak tanya , saya dapat cek dr cimb ,. saya terus pergi mesin cheque deposit buat semua macam biasa . just dekat belakang cek tu saya tulis acc maybank tp masa kat mesin tu saya tulis acc cimb . nanti duit tu masuk kat bank mana ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi cdm cimb duit kene guna akaun cimb.

      Delete
  40. En.saya nak tanya baru2 ini saya tunaikan kewajipan saya drop check di mesin maybank tapi gagal.. X naik nama..so saya tanya kaunter pertanyaan beliau suruh masukkan di dalam boxs.. Saya tanpa pikir apa2 saya masukkan.. Saya nak tanya adakah maybank kena pakai sampul check juga untuk drop check di box

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampul x wajib x silap sy tapi pastikan kat belakang cek ada nama pemerima yg sama dengan cek dan no akaun penerima

      Delete
  41. Kalau kita drop hari ini di box..adakah float pada hari esoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. X silap saya dia ada jadual kutip cek and akan float selama 3 hari kebiasaaannya.

      Delete
  42. Anonymous9/07/2017

    Assalamualaikum,saya nak tanya..5 sept saya ada bank in 2 cek tapi 1 cek ada print no akaun di belakang,lagi 1 cek tiada tulis apa2 maklumat dibelakang cek..cuma ada nama penerima dibahagian depan cek & cop serta no tel company. Macam mana tu ye? 😢
    Bank in ke cimb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكوم سلام.

      It should have sbb kalau tkde dorang nak masukkan ke akaun mana? Better call bank.

      Delete
  43. Anonymous9/08/2017

    Assalamualaikum.saya nak tanya.klau gune fast machine deposit di rhb,x perlu sampul tak pe kan?lepas tu kalau saya depositkn cek sebelum pkul 4.00 hari jumaat,bile boleh dpt taw cek tu da masuk ya?please help me.����

    ReplyDelete
    Replies
    1. cek selalu akan float 3 hari kalau tak salah. and ada waktu2 bank collect check.

      Delete
  44. Anonymous9/08/2017

    Assalamualaikum.saya nak tanya.resit yg keluar di fast machine cheque deposit di rhb memg x de keluar no acc penerima ey?x sperti deposit cek bank lain.risau pulak.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya x tau. tak pernag berurusan dengan rhb. maaf. tp once dah masuk tu and kt cek ada tulis no akaun penerima shouldnt be a prob

      Delete
  45. assalamualaikum.. nk tanya sikit ye. sy dpt cek dri standard chartered yg telah dicetak nama dan no akaun syarikat. tp sygnya account tu dah closed. cek bertarikh 2015 :-) huhuhuhu bru jumpa penat dok cri.. ape yg perlu sy buat ye :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكوم سلام

      Cek tahan 6 bln je tak silap saya. So yang tu tak boleh guna dah.

      Delete
  46. nk tnya kalau cek dari CIMB tulis utk msuk acc, no acc BSN dan masuk mesin deposit cek ke CIMB lak, boleh ke tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak masuk bsn kene pergi masuk cdm bsn. Itu setahu saya la. Maaf kalau salah

      Delete
  47. salam nak tanya.. saya dapat claim insurance accident.. so sekarang sya dapat cek dari pejabat lawyer untuk amount claim saya tu.. cek akan dikeluarkan atas nama saya.. cek dari maybank dan akaun saya juga maybank.. so bank yg sama.. kalau saya bank in kan kat brancher maybank tu boleh terus masuk ke akaun saya di hari yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jenis cek yang boleh claim hari yg sama by claim kt kaunter cawangan bank yg keluarkan cek. Ada cek yg akan floating 3 hari. Yg ni setahu saya lah.

      Delete
  48. Anonymous9/26/2017

    Assalamualaikum puan. Tumpang tanya. Dapat cek ni dari nuffnang ni sekali shj ke ? selepas tu ada dapat lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكوم سلام

      Sekali je sebab lepas tu saya x cash out. Peram.

      Delete
  49. Anonymous10/05/2017

    assalamualaikum,
    kalau dpt byrn dlm bentuk cek (dari bank islam) then pihak pemberi cek tu sendiri yg tunaikan cek tu terus kpd akaun sy (maybank), agak2nya berapa lama ya utk duit masuk dalam akaun bank? tiga hari jugak ka? terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكوم سلام

      Kalau dah tunaikan masuk dalam bank terus dapat

      Delete
  50. Assalamualaikum,
    Saya masukkan cek, butiran belakang tu saya tulis nama dan no akaun, tapi tak tulis pula no. Telefon. Agaknya lepas x ye? Nama penerima cek sama tertulis di mesin deposit cek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكوم سلام

      Lepas inshaaallah. Kalau tkde masalah cek n no akaun penerima should b no prob

      Delete
  51. Anonymous10/29/2017

    ASSALAMUALAIKUM.
    Nk tanya, pendeposit dh cek depositkan dari public bank kepada maybank. skrg dh 3 hari berkerja. sy blum dpt lg la.mcm mana yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm

      cuba cek online, ada amount floating tak? kalau takde, call bank utk tanya status

      Delete
  52. As salam..kak terlupa check depan cek tak tulis nama penerima.hanya tulis nama ..no acc dn no fhone di blkg cek shj..adakah masalah ni bank tkkn terima.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat depan kena tulis nama penerima. better call bank utk tahu status

      Delete
  53. SALAM..nak tnya.. kalau kite slh tulis no acc kat belakang cheque, then kite gune correction tape untuk betulkan semula... bole ke? kena tendang x cheque tu nt?
    tq

    ReplyDelete
  54. Anonymous11/22/2017

    Sy deposit cek tp mse tu xde pulak msukan no acc dgn amount dkt screen tu, tp semua detail dkt blkg cek sy da msukn, cmne ye

    ReplyDelete
  55. Anonymous11/24/2017

    Hi, tumpang tanya. Kalau pemberi cek tu ada 2 tandatangan. Maksudnya terus masuk akaun ek? Ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu boleh cash dekat kaunter yang keluarkan cek

      Delete
    2. Kalau ada 2 tandatangan 1 dekat bawah, 1 kat atas palang belah atas bermakna boleh terus ambik cash di kaunter

      Delete
    3. yep. branch yg keluarkan cek sahaja

      Delete
  56. Hello, saya dpt cek yang bertarikh 4/12/17 tapi saya dah masukkan cek saya tu ke dlm mesin cek deposit lebih awal sehari drpd tarikh yg tertera pada cek yg saya terima..saya masukkan pada 3/12/17.. Rasanya xda masalah kan guys? Atau kena masukkn juga pada 4/12/17..

    ReplyDelete
  57. Assalamu'alaikum..semalam ayah sy msukkan cek dalam mesin cek maybank..da msuk tggu la resit keluar tp x keluar jgak..xpa ke cmtu? Or kena call bank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAu maklumat tepat shouldnt be a prob. If after 3 hari cek x masuk lg then u can call :)

      Delete
  58. salam nak tnya, sy dapat cek bertarikh 8/12 jumaat pastu sy masukkan dlam mesin cek pada 9/12 sabtu ,nama depan belakang sama dan cawangan sama so ada masalah tak tq :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tnya boleh tak dy dpat cek maybank dan sy trus ke mesin cek maybank tpi blkang sy tulis no akaun publik bank..so boleh dpat tak

      Delete
    2. alamak tak sure la yang tu. sorry

      Delete
  59. assalam.. sy baru deposit cek maybank ke akaun maybank sy smlm pukul 4.30 (khamis).. jadi dia proses hari jumaat.. ptg jumaat da masuk float.. so bila agak2 akan clear? kena tgu hari isnin jugak ke or maybe jumaat malam tu akan clear? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa haa... berhuhuhu la nak tgu smpi pagi sok.. haha

      Delete
    2. Inshaaallah dapat la hari ni tu

      Delete
  60. Salam,saya nk tanya kalau blakang cek tu saya terlupa nk tulis no tel.xpe ke?tp dh tulis no akaun dgn nma

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau no akaun and nama betul then shouldnt be a prob :)

      Delete
  61. Harini first time deposite cheque. Kalau sy nk tunaikan cheque maybank dan deposite cheque melalui cimb, boleh kan? Lepastu, after dh masuk dlm machine, mmg dia keluar resit je eh 😅 ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehh. Aah dia akan keluar resit

      Delete
    2. Slm nk tanya cheque palang a/c payee only cimb ats nama kita..tpi tertera kt cheque tu nama maybank dan no akaun. Bolehkah cheque tersebut dicashkn di cimb (house cheque) @ perlu bank in dlm maybank seperti tertera.

      Delete
    3. sorry, i'm not sure bout that

      Delete
  62. Kalau nama kat cek tinggal satu huruf bleh ke?..nme kat cek mohamad tapi nama btol mohammad..

    ReplyDelete
  63. Kalau dekat cheque tu xde binti blh ke? Nama acc Siti Alisya Binti Md Idris tp kat cheque tu Siti Alisya Md Idris,,,huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure sebab setahu sy kene sama dengan IC. tapi tak ttahu lah bin/binti effect ke tak

      Delete
  64. Assalamualaikum nk tanya ni..Kalau cek tu masuk pkol 5 ptg ari Khamis bila ye dia blh tunaikan. .tgk online ari Isnin dia tulis 1day float. .maksudnya esok ke bru blh tunaikan?bank branch sama..maybank ke maybank

    ReplyDelete
  65. Salam sis... sy ni nk masukkn cek dlm mesin pb... tp x blh la...sabtu ahad mesin cek tutup ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mesin boleh je just dia akan process on hari kerja

      Delete
  66. Anonymous1/30/2018

    Masuk cek hari ahad. rabu cuti am bila cek blh clear

    ReplyDelete
  67. Kalau saya salah tekan amount pada mesin tak sama dgn cek dan resit tu dah keluar mcm mna? Ada masalah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde masalah rasanya.dia ikut amaun cek

      Delete
  68. kalau cek bsn boleh guna ke kt cimb..ni first time dpt cek

    ReplyDelete
  69. Hai . Tumpang tanya . . Harini sy ada keluarkan cek utk date harini jgk . . Tp sy bru perasan yg sy terlupa nk sign cek tu n xsure salesman tu perasan atau tidak . . Sy cuma nak tahu kalau salesman tu pergi clear trus cek tu hrini. Apa status cek tu yer . Tendang ke?or ada effcet nama pemilik cek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAlau takde tandatangan, cek tak valid rasanya

      Delete
  70. Anonymous2/08/2018

    Assalamualikum..tumpang tanya..saya terlupa nk tulis nama dihadapan cek tapi kat belakang dah tulis nama penuh/no akaun dan no tel adakan cek itu diterima?

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليكوم سلام

      Tak silap saya tu cek tak lengkap and tak diterima.

      Delete
  71. Kak, saya nak tanya skit, saya tersalah masukan cheque CIMB ke mesin Bank Muamalat. Apa saya kena buat?

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!