Aku start puasa penuh umur 6 tahun, sekarang da 23 pun. Kira sikit berapa tahun da aku berpuasa, aku malas, nanti komen berapa tahun eh haha. Aku takde masalah nak berpuasa, orang makan depan aku pun aku tak kisah, tapi kalau aku dahaga ada orang minum depan aku memang la rasa nak sumbat botol tu sampai kerongkong dia haha
Sejak Malaysia bajet2 summer ni, universiti cuti penuh time puasa. Alhamdulillah tak payah macam semut urung gula kat bazar Ramadhan secoet kampus. Masakan bazar can't beat masakan mak, never. Da 3 tahun rasanya aku tak pergi bazar, aku malas, aku tak suka crowded, panas, bising, ha gitewww, diva kelas atasan haha. Tadi je pergi kena paksa dengan Azam pergi bazar balik dari office. Oh puasa2 ni firm aku start 8.30am-4.30pm :) Last2 aku beli kuih 3 ketul, tu pun makan 1 setengah je (setengah tiap 1) haha. Membaziaqqq!
Tadi aku pergi tarawikh dekat Masjid dengan Pakcik aku sebab nak temankan si Kak Ngah. Penuh dia sembahyang walaupun tengah sembahyang dia gaduh dengan budak sebelah haha. Tadi sebelah dia ada budak perempuan 2 tahun, memang nakal pun. Time sujud muka dia mengadap Kak Ngah, time berdiri muka dia mengadap Kak Ngah jugak. Kak Ngah sound suruh pandang depan, dia buat degil je, dia nak berkawan kot. Kak Ngah siap betulkan kepala dia ke depan haha. Last2 skali Kak Ngah da angin, tengah solat dia tunjuk penumbuk dekat budak tu. Seriau aku woi kalau dia tumbuk anak orang haha. Tak kusyuk solat aku, rasa nak berhenti suruh dia duduk sebelah lagi satu aku. Esok taknak bawa dia da, tak reti aku handle anak orang, tak aman aku nak solat. Ummi dia tak dapat pergi jaga Arissa.
Da habis tarawikh tadi aku tunggu Pakcik dekat kereta. Nampak asrama budak MCKK. Rindunya zaman asrama, berbuka sama-sama, tarawikh sama-sama. Pernah sekali tarawikh tiba2 blackout, perghhhh menguji iman betul. Dengan gelap, panas, nyamuk. Tahun tu kot pahala aku paling banyak kalau tak merungut la haha. Time belajar aku jarang gila sahur. Tak kunci pun jam, kalau terbangun sambil pejam mata raba botol air, minum sambil baring hahaha Nak salahkan syaitan sebab malas tak boleh sebab dia pun kena ikat, sah memang perangai dari azali malas haha.
Salam Ramadhan untuk semua umat Islam. Ada kawan aku yang non-muslim pun try puasa macam kita, Alhamdulillah, mana tahu ini titik permulaan mereka ;) Semoga tahun ni kita dilimpahi keberkatan lebih dari sebelumya. Semoga semua ibadah kita diterima. Perbanyakkan ibadah2 sunat dan kekalkan di bulan2 yang lain, kecuali tarawikh hehe.
Semoga Allah bagi aku petunjuk nak chambering dekat mana T___T
Da boleh pasang lagu raya kot!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!