Aku start praktikal da, Isnin lepas, dekat firm area Kuala Kangsar je. Nasib baik start pukul 9pagi, takde la bangun awal sangat haha. Habis 5.30 petang. Nasib baik ada Azam dengan Tasha budak UIA, takde lah bohsan sangat.
Staffs semua ok, baik, boleh gelak sama2. Tapi tu la, firm aku buat convey, so majority kes pasal Sale & Purchase, aku da naik hafal agreement dia haha. Tu yang bosan sikit, hari2 kau mengadap benda yang sama, tak variety. Kadang2 takde keje, online je la keje aku, Wifi free kan haha
Aku habis 31st July ni. Harap bertabah. Da start kerja ni, takde life wohhhh. Malam2 tidur awal, sangat mak2. Bangun Subuh tidur balik kejap haha dasarr. Nasib baik lunch boleh balik rumah, takde aku stress duduk ofis sepanjang hari haha
Da kerja ni rasa takde masa nak update blog hahaha kekwat sebegitu rupa haha. Bosan la cerita pasal kerja, ye dak? Nanti aku pergi beronggeng bersuka ria, aku canannkan kat sini. Sementara aku menghadapi kehidupan yang kusam ni, biarlah aku pendam sendiri hahaha
hmmm tensen la kenapa firm semua banyak kes, amik satu dua setahun dahla haha
ReplyDeletekan? tamak beteiii hahaha
ReplyDelete