Time upper form, aku ada geng nama FREMMIN. Aku ada cerita pasal dorang sebelum2 ni. Jumaat lepas salah sorang dari kitorang (Marzihah) selamat nikah dengan kawan sekolah kitorang jugak. Haha. Da kenapa kau gelak? Sebab tak sangka rupanya jodoh dia dekat je hehe
Aku pergi nikah dia, time kadi tanya Wawan (pengantin laki) soalan, aku yang debor weh, aku memang suka over. Time dia akad pun aku yang debor macam aku yang kawin haha.
sama cantik sama padan. Semoga korang bahagia dan kekal hingga ke syurga :)
Semalam pergi kenduri side Marzihah. Ramai jugak budak2 sekolah yang datang, ada yang aku da tak jumpa 8 tahun.Seronok sekali sekala jumpa macam ni, da tak jadi kenduri kahwin da, jadi majlis reunion je ha haha. Kitorang orang last balik, siap paksa cameraman tangkap gambar kitorang. Aku rasa gambar kitorang lagi banyak dari gambar family dia. Haha dasarrr suka bolot majlis orang.
Us. Pengantin terpaksa tahan panas sebab kitorang kalau tangkap gambar mana cukup 1 2, sekali shoot mesti nak 20 terus haha. Nasib la, sekali seumur hidup korang kena buli senyum sepanjang hari haha.
Ni la FREMMIN. Tapi Fazlina not in pictures, dia kena balik India da, nikah je dia datang. Impian kitorang nak kumpul time Marzihah kahwin tak kesampaian. Takpe kita kumpul time kenduri next pulak hehe
Lepas balik kenduri, cikgu Rziah ajak pergi beraya dekat rumah dia. Rezeki jangan ditolak. Cikgu homeroom aku dulu, lagi cantik dari anak2 muridnya T____T. Da la cantik, masak superb, buat kek kalah Secret Recipe hehe.Semalam dia masak spaghetti.
Sorry la kepada yang ter-crop hehe
Dear Marzihah & Wawan,
Tahniah!
Semoga bahagia menjadi milik korang hingga akhirnya.
Jadi la suami isteri yang saling melengkapi, ada give and take.
Bagi aku anak saudara cepat sikit pleasee haha
Sebelum ada orang tanya aku bila, baik aku jawab siap2 haha. InshaAllah ada jodoh lagi 2 3 tahun ke haha. Doakan :D
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!